Dunia kini semakin bergantung pada Internet dan sistem komputer untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian, sama ada di rumah, di sekolah ataupun di tempat kerja terutamanya yang melibatkan institusi kewangan.
Selain menyediakan kemudahan untuk berkomunikasi dan berurus niaga, Internet juga dijadikan sasaran bagi penjenayah untuk mencari mangsa.
Perbuatan tersebut menyalahi undang-undang pemintasan komunikasi dan pendedahan terhadap serangan mengikut keadaan semasa.
Kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang dan kekurangan dalam pendidikan dan kesedaran awam tentang bentuk jenayah yang baharu ini menjadikan masalah ini lebih rumit untuk ditangani.