Sistem pangkalan data menggunakan model pangkalan data tertentu sebagai strukturnya.
Terdapat beberapa jenis model pangkalan data yang biasa digunakan.
Model pangkalan data ialah penyusunan secara konseptual suatu pangkalan data dan merupakan satu cara mentakrif dan menggunakan data dalam satu pangkalan data.
Dalam model pangkalan data hierarki, data disusun dalam struktur pokok.
Model ini sesuai digunakan sekiranya suatu entiti mempunyai hubungan satu induk (parent) dengan satu atau lebih entiti anak (child).
Model ini tidak menyokong hubungan banyak entiti induk kepada banyak entiti anak.
Mungkin disebabkan itu,model ini tidak banyak digunakan.
Model pangkalan data rangkaian terdiri daripada beberapa jenis rekod dan dihubungkan melalui penunjuk.
Model ini dapat mengatasi beberapa ketidakbolehtentuan dalam model hierarki.
Model ini sering digunakan kerana mudah dibina, digunakan dan diuruskan dalam dunia yang sebenar.
Datanya disusun dalam jadual yang terdiri daripada lajur dan baris.
Kelebihan model pangkalan data hubungan ialah struktur pangkalan data tidak perlu dinyatakan terlebih dahulu.
Model berorietasikan objek merupakan kaedah yang baharu dalam pengurusan data.
Model ini menyimpan takrifan objek-objek yang boleh digunakan semula oleh perisian.
Model ini menyimpan objek-objek dan hubungan.
Model ini mempunyai ciri yang sama dengan model rangkaian iaitu dapat mewakilkan data untuk hubungan banyak-ke-banyak.