Bubble sort ialah satu algoritma mudah dalam pengisihan suatu senarai yang prosesnya dilaksanakan satu persatu secara berturutan dengan membandingkan unsur-unsur bersebelahan dan akan menukar kedudukan (swap) sekiranya berlaku turutan yang salah.
Terdapat dua proses perbandingan yang boleh dilaksanakan untuk menukar kedudukan, iaitu:
Banding unsur pertama sama ada lebih kecil daripada unsur kedua (untuk turutan menurun)
Banding unsur pertama sama ada lebih besar daripada unsur kedua (untuk turutan menaik)
Kelebihan Isihan Buih
Antara kelebihan menggunakan algoritma isihan buih (bubble sort ) untuk membuat pengisihan ialah isihan ini lebih mudah dibina dan lebih mudah difahami.
Pengisihan secara bubble sort adalah sesuai digunakan apabila bilangan di dalam unsur adalah kecil memandangkan perbandingan perlu dibuat satu persatu sehingga akhir senarai.
Oleh itu, isihan buih adalah sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran dan bukan untuk aplikasi sebenar.