Konsep penskripan web digunakan secara meluas dalam pembangunan web. Penskripan ialah sebahagian kecil program yang dilaksanakan berdasarkan interaksi pengguna dengan laman web.
Penskripan ini ditempatkan di dua bahagian iaitu penskripan klien di sebelah pelanggan dan penskripan pelayan di sebelah pelayan.
Penskripan pelayan bekerja di bahagian belakang pembangunan web dan dilaksanakan oleh pelayan web, manakala penskripan klien pula bekerja di bahagian hadapan pembangunan web dan dilaksanakan oleh pelayar web.
Bahasa penskripan klien secara umumnya merujuk program komputer dalam web yang dilaksanakan pada komputer klien.
Program ini direka bagi memanipulasikan dan memaparkan kandungan laman web yang telah dimuat turun dalam komputer klien.
Penggunaan penskripan klien dalam web telah memberikan keupayaan kepada laman web untuk menukarkan atau memberikan respon kepada kandungan web mengikut input yang diberikan oleh pengguna dengan lebih pantas.
Penskripan klien biasanya digunakan untuk proses pengesahan input yang dimasukkan oleh pengguna apabila mengisi borang dalam talian.
Selain itu, penskripan klien juga digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas yang mudah seperti menukar elemen. Contohnya, jenis font atau warna latar web tanpa melibatkan pelayan.
Contoh lain bagi penggunaan penskripan klien adalah seperti penggunaan shopping cart dalam laman web yang menawarkan pembelian secara dalam talian kepada pengguna.
HTML atau Hypertext Markup Language ialah bahasa markup standard yang digunakan oleh pereka web profesional bagi mereka bentuk laman web.
Dokumen HTML adalah mengenai konsep bagaimana dokumen dipaparkan.
Dokumen HTML juga ialah konsep bagaimana elemen teks, audio, video serta grafik disusun agar mudah dibaca dan difahami olehpelawat laman web.
Cascading Style Sheet (CSS) ialah salah satu bahasa pengaturcaraan yang merupakan tambahan (extension) kepada HTML.
CSS membenarkan perubahan kepada gaya sesuatu halaman web dan menerangkan persembahan bagi sesuatu dokumen HTML.
JavaScript menyediakan keupayaan pengaturcaraan untuk memproses sesuatu tugas berdasarkan permohonan yang diterima daripada klien.
Kod JavaScript akan ditulis bersama-sama dalam kod HTML