Pengesahan pengguna (user verification) merupakan salah satu ciri keselamatan data dalam pangkalan data yang boleh dicapai oleh pengguna dalam laman web.
Kemudahan capaian ini seterusnya akan membataskan pengguna untuk melakukan sesuatu perubahan ke atas pangkalan data.
Sebagai contoh peringkat pengguna yang berbeza memberikan hak capaian yang berbeza serta aktiviti yang boleh dilakukan ke atas pangkalan data.
Laman web untuk pekerja di sesebuah syarikat hanya membenarkan pekerjanya yang boleh mencapai pangkalan data tersebut.
Untuk membuat laman web yang dapat mengesahkan pengguna tertentu, kita memerlukan satu jadual dalam pangkalan data yang menyimpan nama pengguna, serta kata laluan pengguna tersebut.
Untuk mengemas kini data dalam pangkalan data, kita memerlukan pencarian rekod yang hendak dikemaskinikan terlebih dahulu dalam jadual (table) bagi pangkalan data.
Bermula dari menyenaraikan terlebih dahulu semua rekod yang ada di dalam jadual, pengguna seterusnya akan memilih rekod yang hendak dikemaskinikan.
Setelah pengguna memilih rekod yang hendak dikemas kini, laman web akan memaparkan satu rekod yang telah dipilih dan proses pengemaskinian data dalam pangkalan data akan dilakukan oleh laman web yang seterusnya.