BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN NEWTON-UNGKU OMAR FUND DAN GERAN PENYELIDIKAN INSTITUT PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES)
Tarikh : 23 Ogos 2017 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Jasmin
Penglibatan : 40 peserta
NEWTON-UNGKU OMAR FUND?
EU Grant Application Horizon 2020?
Terra Viva Grants?
TWAS-COMSTECH Joint Research Grants?
IRTI Research Grant Program?
Toyota International Research Grant?
MyCC Research Grant Programme (RGP)?
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
1. Berikutan Mesyuarat Penyelarasa UCTC 2016, bertarikh 28 Jun 2016, adalah dimaklumkan pihak universiti dijemput untuk memohon dana di bawah Bahagian Hubungan Industri (BHI) iaitu Projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang hampir sama seperti Dana UCTC. Walau bagaimanapun, projek RTP haruslah berfokuskan kepadamasyarakat luar bandar dengan objektif untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan pendapatan masyarakat luar bandar . Kepakaran dari universiti serta kerjasama agensi lain perlu digunakan secara optimum untuk membantu mencapai objektif RTP ini. Selain itu, elemen NBOS haruslah ditunjukkan iaitu low cost, rapid execution, high impact dan sustainability.
2. Juga dimaklumkan bahawa projek di bawah RTP juga amat menitikberatkan output, outcome dan sasaran KPI di mana ketua projek dimestikan untuk mengisi templateBorang Cadangan Projek Inisiatif Kerjasama Universiti, Program Transformasi Luar Bandar, NBOS4 (lampiran) dilampirkan juga Template kertas kerja permohonan Dana UCTC sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen permohonan ini.
3. Dilampirkan juga slide penerangan berkaitan Inisiatif Kerjasama Universiti, Program Transformasi Luar Bandar sebagai rujukan. UCTC digalakkan untuk fokus kepada Program ke-4 iaitu PROJEK KOMUNITI (ESTE).
4. Dimaklumkan juga, permohonan peruntukan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa penilaian yang ditetapkan oleh BHI. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan juga, hanya cadangan projek yang berfokuskan masyarakat luar bandar dengan outcome dan impak selari dengan prinsip NBOS akan dipertimbangkan dalam mesyuarat penilaian ini nanti. Mesyuarat Jawatankuasa KPT akan bersidang setiap 2 atau 3 bulan sekali. Hasil maklumat yang diperolehi, tarikh paling dekat untuk Mesyuarat Jawatankuasa adalah pada 29 Julai 2016 dan dokumen permohonan perlu di hantar kepada sekretariat KPT sebelum atau pada 26 Julai 2016.
5. Oleh yang demikian, adalah dimohon supaya setiap permohonan (pastikan lengkap dengan dokumen sokongan untuk bukti kerjasama) dipanjangkan kepada UCTC UiTM pada / sebelum 22 Julai 2016. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus pada saya Puan Fatimah Sham (016-3612630) untuk sementara waktu ini.