Post date: Apr 25, 2016 1:23:10 AM
OBJEKTIF UMUM
Mencapai penglibatan pensyarah dalam bidang penerbitan ilmu pada kadar purata dua (2) penerbitan per pensyarah pada setiap tahun.
objektif ini sememangnya sukar untuk dicapai & perlu penggemblengan tenaga pelbagai pihak
KPP & KF boleh juga membantu mencapai objekti ini dengan memantau statistik penerbitan untuk fakulti/bidang/akademi masing2. Ini kerana laporan statistik penerbitan mengikut fakulti/bidang/akademi akan disediakan seperti yang diperlukan dalam penyediaan laporan AKNC baru2 ini
OBJEKTIF KUALITI
1) Menerbitkan sekurang-kurangnya dua belas (12) buletin setiap semester dan dua (2) jurnal setiap tahun.
komitmen tinggi semua editor jurnal diperlukan bagi mencapai objektif ini. Mohon ketua editor dapat melantik ajk yang dapat membantu memastikan penerbitan buletin & jurnal dalaman ini dapat dilakukan dengan konsisten & berterusan.
2) Memastikan setiap pensyarah tetap menghadiri sekurang-kurangnya satu (1) bengkel penulisan pada setiap tahun
bermula tahun ini, penganjuran bengkel penulisan akan terjejas sedikit disebabkan bajet yang terhad
namun, penerbitan artikel masih boleh dilaksanakan dengan usaha tambahan pensyarah sendiri terutamanya penerbitan jurnal dengan inisiatif Koordinator UPENA menyalurkan peluang penerbitan jurnal di lotus notes di samping menganjurkan banyak penerbitan khas pelbagai jurnal sains sosial & teknologi
berkenaan dengan semua objektif kualiti UPENA ini, diharap supaya semua pensyarah dapat sama2 memenuhinya supaya objektif kualiti ini tercapai
mohon semua pensyarah dapat menumpukan penerbitan jurnal/prosiding/tajuk dalam buku berindeks scopus & ISI WoS (impact factor) bagi membantu mencapai objektif kualiti universiti (2016-2020) iaitu "BILANGAN PENERBITAN BERINDEKS MENCAPAI 30,000 MENJELANG 2020"
kerjasama dihargai
rekod penyelidikan (https://docs.google.com/document/d/1Busuy9ZhJCgsJ0DilEffUWTmraHAZNiSz-KvP-Dfipo/edit#heading=h.gjdgxs)
rekod penulisan