Hikayat Sultan Bustamam

Transliterasi oleh Mahbob Yusof, Juhaida Abdul Rahim, Rohaizah Jaafar, Ratnawati Sari Mohd Amin & Nurani Abdullah, Ogos-2021

Muka surat 31 hingga 40

Muka surat: Mula 1-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60


Muka surat 31/479

selesai daripada makan minum maka kata Dewi Nilawati sekarang bagaimana ikhtiar tuan hendak main di sini sehari dua lagilah atau hendak berjalan maka jawab Siti Salmiah hamba hendak berjalan ke negeri Tahat Yamin di sanalah konon boleh hamba berjumpa dengan ayah bonda hamba maka kasihanlah hati Dewi Nilawati mendengar katanya kebudak budakan maka ditanya Dewi Nilawati Apa ada kehendak tuan [...] kak jangan tuan menaruh malu maka kata Siti Salmiah Tiadalah apa kehendak hamba jika ada sekiranya ada kasihan kak akan hamba pintalah dayang-2 ini seorang bersama hamba jadi teman hamba berkata-2 maka sahut Dewi Nilawati Baiklah tuan nanti kak pergi berikhtiar dengan suami kak Maharaja Thalhut dahulu lalu ia bermohon pada Siti Salmiah berjalan naik ke gunung langsung ke istananya didapati suaminya hadir menanti ia balik serta sampai diberi akan suaminya makanan yang diberi Siti Salmiah itu disambut Maharaja Thalhut diketahui makanan sudah disimpankan terlalulah suka ia mendapat makanan itu dimakannya setengah dan setengahnya itu dibahagikan segala anak cucunya maka berkata isterinya Adalah Siti Salmiah pinta pada beta seorang dayang-2 akan teman ia berjalan serta dikhabarkan segala perintah Siti Salmiah itu belas hati Maharaja Thalhut mendengar dia maka berkata ia Sebenarnya tuan yang dipinta itu jika tiada dipinta sekalipun sepatut juga kita mau beri teman akan dia kerana ia sudah sampai pada kita tiadalah patut kita lepas ia berjalan seorang diri di dalam rimba belantara tuan lengkapilah dua orang anak pari beri pergi mengiring dia tatkala ia beranak boleh menjadi pengasuh anak-2 apakala sudah selesai segala kerjanya bertemu anak beranak tetap duduknya boleh ia balik ke mari maka Dewi Nilawati pun segera melengkapi dua orang anak pari seorang bernama Cekur dan seorang bernama Jerangau diajarnya beri berbagai-2 ilmu hikmat serta dinyatakan segala perintah yang hendak jadi ke hadapan maka dipersalinnya kedua anak pari itu lalu dibawa turun mendapat Siti Salmiah maka Maharaja Thalhut pun berkirim sebentuk cincin [pandahar] akan Siti Salmiah setelah sampai dilihat Siti Salmiah perempuan itu balik pula mendapat dia sukalah hatinya maka Dewi Nilawati pun mendakap Siti Salmiah diciumnya serta diberi cincin [pandahar] itu katanya Ini tuan pemberinya suami beta akan tuan serta dengan anak pari dua orang ini akan jadi pengasuh anak tuan duduklah seketika berkata-2 maka Dewi Nilawati pun bermohon pada Siti Salmiah maka Siti Salmiah pun menyembah serta menangis katanya Di mana pula akan boleh beta berjumpa dengan Tuanku sekali lagi terlalulah kasihan hati Dewi Nilawati mendengar dia seperti dihiris dengan sembilu rasanya berhamburanlah air matanya katanya Jangan tuan menaruh susah hati dikeluarkan sebentuk cincin dari jarinya katanya Cincin ini pemberinya kak akan tuan jika ada sesuatu kehendak tuan atau tuan hendak berjumpa dengan kak tuan asapkan cincin ini dengan dupa sebut nama kak nescaya pergi kak berjumpa dengan tuan serta diunjukkan cincin itu diterima Siti Salmiah dimasukkan ke jarinya suka Siti Salmiah mendengar boleh berjumpa dengan Dewi


Muka surat 32/479

Nilawati itu banyak diperoleh faedah daripadanya serta diceterakan beri faedah cincin kedua itu maka Dewi Nilawati pun bermohonlah pada Siti Salmiah kembali ke istananya diiringkan inang pengasuh dayang-2nya maka Siti Salmiah pun duduklah berkata-2 dengan anak pari kedua orang itu telah keesokan harinya dari pagi-2 berjalanlah ia ketika menuju sebelah khairani mana sekuasa ia berjalan barang di mana ia berjumpa sungai dan [katur ] air turun dari gunung ia singgah mandi dan makan minum ketiganya makanan itu tiada juga berkurang sambil bermain memungut bunga dan buah-2an barang yang boleh dimakannya sukalah hati Siti Salmiah oleh pandai anak pari itu ajak bermain menghiburkan hatinya sepanjang jalan itu tetapi perutnya makin besar tiadalah berapa kuasa ia berjalan berasa letih antara beberapa hari ia berjalan sampailah ia kepada suatu sungai terlalu besar airnya terlalu deras maka singgahlah ia di situ mandi dan bermain-2 maka hendak menyeberang sungai itu tiada dapat airnya terlalu deras maka sungai itu suatu [pecah] cabangnya turun ke Sungai Nil dinamai akan dia Sungai [Baidh] maka Siti Salmiah pun berasa letih tiada terjalan karena perutnya sudah sampai bulan maka perlahan-2 dibawa oleh anak pari itu berjalan memeper sungai itu maka dilihat tampak suatu dusun terlalu besar maka dihampiri dusun itu masuklah ia ketiga ke dalam dusun itu maka adalah dusun itu dusun seorang zahid bernama Zahid Sufian duduk dua laki isteri berbuat ibadat kepada Allah Taala tiada siapa lain dengan dia dahulu ia berbuat dusun di seberang sungai Baidh itu sebab tanah itu lembah sedikit jadi jika banyak hujan hapus tanamannya habis binasa oleh itulah ia berubah buat dusun di seberang ini sepuluh lima belas hari sekali ia menyeberang kepada dusun yang lama itu diambil ubi-2 dan buah-2an barang yang ada masuk dibawa pulang taruh makan itu pun ketika air sungai itu kering karena sungai itu apakala tiada hujan kering menjadi padang jika turun hujan sedikit nescaya datanglah air terlalu banyak dengan derasnya tiadalah boleh pergi mari maka Siti Salmiah pada ketika itu berjalan menuju rumah Zahid Sufian telah dilihat oleh isteri Zahid budak-2 perempuan tiga orang menuju rumahnya segera ditegur diajak duduk sambil bertanya dari mana tuan datang ini tiada pernah aku lihat jangankan perempuan orang laki-2 pun jarang-2 sangat yang sampai ke mari karena tempat kami ini jauh daripada orang maka sahut Cekur beta ini pun orang dusun juga sesat jatuh ke mari oleh membawa saudara beta ini hamil sudah cukup bulannya hendak mencari tempat berhenti sementara ia bersalin maka sukalah isteri Zahid seraya dipanggil suaminya dikhabarkan perintah ini maka kata suaminya tiadakah engkau kenal yang hamil itu cucu Amir Talib jadi isteri Sultan Yahya di negeri Samtarani dianiaya oleh suri Samtarani dijualkan pada orang Pulau Serindit sekarang sudah ia berjumpa dengan khatibulalam anak yang di dalam perutnya itu terlalulah bahagia ialah mengislamkan tanah khairani hingga habis ke ujung tanah ialah menjadi sultan besar berilah tempat akan dia sukalah isteri Zahid mendengar dia segeralah


Muka surat 33/479

disimpan sebuah rumah berikan Siti Salmiah serta diperjamukan makan maka kata Zahid Hai anakku Siti Salmiah duduklah engkau di sini insha Allah Taala besar anak kamu dapatlah kamu berjumpa dengan ibu bapa dan suami anakku di negeri Tahta Yamin telah didengar kata Zahid itu sangatlah hairan Siti Salmiah dan anak pari kedua itu akan terus pandangan zahid itu maka duduklah ia ketiga di dusun itu makanan pun tiadalah kurang daripada genap perkaranya maka Zahid dua laki isteri pun sangatlah kasih akan Siti Salmiah pebela seperti anaknya serta diajak pergi bermain ke dusun di seberang sungai itu sambil memungut buah-2an dilihat Siti Salmiah dusun itu terlalu besar serba tanaman ada belaka dan sangat permai segala buah-2an masak bercambah jatuh di bawah pohonnya maka dipungut ambil daripada buah kurma delima bidara anggur zabib […bawanya ] dibawa menyeberang ke rumahnya suka hati Siti Salmiah melihat kasih isteri zahid itu duduklah antara beberapa lama maka Siti Salmiah pun sakit hendak beranak maka isteri zahid pun tiadalah pergi kemana-2 duduk tunggu pebela bersama-2 Cekur Jerangau sampai pada ketika yang baik maka Siti Salmiah pun berputeralah seorang laki-2 disambut oleh isteri Zahid dimandikan telah suci diletakkan di atas daun tanjung terlalu kasih rasanya maka Zahid Sufian pun pergilah hampir kanak-2 itu, diambil diciumnya serta dijampi menterakan telah cukup hari dicukurkanlah kepalanya diraksi namanya maka dinamai oleh Zahid dengan Bustamam maka Zahid pun kembalilah ke tempatnya duduk berbuat ibadat akan isteri Zahid tiadalah mahu pergi ke mana-2, ia pun tunggu pebela kanak-2 itu daripada sehari kepada sehari makin besar makin bertambah-2 baik rupanya antara sebulan lamanya Siti Salmiah pun kuatlah tubuhnya maka dibawa oleh Zahid pergi bermain-2 di dalam dusunnya mengambil bunga dan buah-2an dan mandi di sungai itu maka Siti Salmiah pun sukalah hatinya oleh melihat kasih mesra isteri Zahid dan Zahid itu akan dia panas pun tiada diberi [kena lebih] daripada ibu bapanya lagi dan tiada kesusahan ia memeliharakan anaknya itu sehingga hendak menyusu itulah dibawa Cekur Jerangau padanya ia kedualah membela Bustamam bersama-2 dengan isteri zahid tiap-2 hari ia pergi bersama-2 isteri zahid bermain-2 segenap dusun itu menyukakan hatinya akan jambia dan bungkus itu ditinggalkan pada Cekur Jerangau dan surat azimat itu digantungkan di leher anaknya, tiap-2 hari ia berjalan main keliling-2 huma itu jika air sungai itu kering ia menyeberang pergi main ke dusun di seberang itu sampailah umur Bustamam setahun, maka pada suatu hari pergilah Siti Salmiah dengan isteri zahid bermain dan memungut buah-2an di dusun seberang sungai itu maka tengah mengambil buah-2an turunlah sedikit hujan datanglah air terlalu deras dengan seketika air sungai itu pun dalam tiadalah boleh ia menyeberang balik ke tempatnya maka keduanya pun duduklah menanti surut air pada ketika itu lalulah suatu kafilah utusan daripada Raja [...] balik dari negeri Samtarani tengah jalan keputusan air berjalanlah ia menghampiri sungai itu hendak mengambil air telah dekat dilihatnya dua orang berdiri di sana


Muka surat 34/479

[Kerosakan (koyak) muka surat yang menyukarkan transliterasi]


Muka surat 35/479

[Kerosakan (koyak) muka surat yang menyukarkan transliterasi]


Muka surat 36/479

taman menyeberang sungai Bhaid berjalan menuju jalan besar barang di mana malam disanalah ia berhenti terlalulah suka Bustamam berjalan di dalam rimba belantara itu pandai Cekur Jerangau bawa bermain memungut bunga dan buah-2an segenap hutan itu ada pun ia berjalan itu sesat jalan ke Tahat Yamin sampai kepada suatu gunung maka diajak Bustamam naik bukit itu maka naiklah ketiganya beberapa ia melihat kekayaan Allah Taala maka segala jin pari dewa mambang yang diam di gunung itu pun gemparlah berlari ke sana ke mari takut akan azimat yang tergantung pada leher Bustamam itu maka pergilah penghulu jin itu hampir Bustamam hendak memeriksa ada pun penghulu jin itu bernama Sambagas diletak Maharaja Thalhut jadi ketua memerintah tegah larang segala jin pari dewa mambang di gunung itu tiadalah boleh ia menghampiri terlalu panas kekerasan azimat itu sikahan khatibulalam maka terlihatlah ia kepada Cekur Jerangau dikenalnya segera digamit maka pergilah Cekur mendapat dia maka bertanya is dengan bahasanya manusia yang bersama dengan kamu ini di mana diperoleh azimat sikahan itu maka dikhabarkan oleh Cekur segala ehwalnya suka ia mendengar serta disuruh Cekur minta izin kepada Bustamam hendak masuk dekat dibenarkan Bustamam maka masuklah ia memeluk mencium dan memberi hormat akan Bustamam seraya berkata berbahagialah hamba boleh berjumpa dengan tuan serta dipungut buahan-2 di gunung itu diperjamukan akan Bustamam dengan Cekur Jerangau dan katanya Ehwal ini sudah ada beta dengar kepada Maharaja Thalhut ada beta mendapat pedang lima bilah dalam itu dua bilah pedang perang dan tiga bilah pedang pakaian maka beta tilik tiada siapa yang patat padan memakai pedang itu tuanlah yang padan dengan dia serta diambil pedang itu dibawa ke hadapan Bustamam maka dilihat Bustamam sesungguhnya pedang dua bilah itu terlalu baik dan yang tiga bilah itu pun baik juga tetapi pedang pakaian banyak perhiasannya kata Bustamam Jika diberi akan hamba sebilah ini berkenan juga hamba memakai dia maka kata Sambagas Ambilkan tuanlah kelima ini kerana ada anak menteri hulubalang tuan empat orang keluar dari negeri Samtarani hendak pergi kemana-2 membawa diri daripada dianiaya adik tuan juga ialah akan jadi teman tuan berjalan suka Bustamam mendengar katanya lalu diambil pedang kelima itu sebilah dipersandangkan yang empat bilah itu diberi Cekur Jerangau tolong bawa lalu ia bermohon pada Sambagas hendak berjalan maka ditunjuk oleh Sambagas jalan yang hendak berjumpa dengan orang empat itu maka turunlah is ketiga dari gunung itu berjalan ikut jalan yang ditunjuk oleh Sambagas itu ikut sepergi kakinya sambil bermain menyukakan hatinya berhentilah perkataan ini. Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini berbaliklah pula kisah ini kepada masa dahulu kala zaman nenek moyang Maharaja Binyasin memerintah negeri Badrani itu ada pada suatu masa ia tengah menjamu menteri hulubalangnya pada ketika bulan gelap kehabisan bulan tiba-2 dilihatnya bulan naik hari sebelah matahari


Muka surat 37/479

jatuh dengan sepenuhnya seperti purnama beredar ke matahari naik sampai ke pertengahan langit tiba-2 dilihatnya bulan itu berguling-2 turun ke bumi ghaib daripada pandangan datanglah gelap gelemat yang amat sekitar alam sehingga hilang cahaya dian pelita tiada tampak suatu jua pun antara beberapa lama tiba-2 dilihatnya pula bulan itu naik dari bumi ke langit dengan berbelah dua sebelah beredar ke matahari jatuh dan sebelah beredar ke matahari naik hingga sama jatuh keduanya tiada berdahulu kemudian jadi sangatlah ajaib raja dengan segala menteri pegawai hulubalang pahlawan tenteranya sekalian yang melihat alamat itu maka disuruh raja siasat periksa pada segala orang yang pergi datang ke negeri itu seorang pun tiada yang mengetahui maka bermuafakatlah raja dengan segala menterinya dilengkapi seorang menteri dan dua puluh orang hulubalang dan empat ratus lasykar diberi dengan belanja secukupnya makan dua tahun disuruh berjalan sebelah yang dilihat alamat itu periksa apa-2 jadi alamat itu beri nyata apa-2 diperoleh khabar disuruh nyata mari dengan segera hendak diketahui maka bermohonlah menteri hulubalang itu lalu bersiap bermuat segala perbekalan ke atas gajah, kuda, kerbau, lembu berjalanlah ia dari suatu negeri kepada suatu negeri bertanya khabar beberapa dilalui hutan, rimba, gunung tiada juga diperoleh khabar tiada siapa mengetahui dia beberapa lama ia berjalan melalui tanah Rom dan tanah Turki, lalu ke tanah Ajam tiada juga diperoleh khabar maka sampailah ia ke tanah Arab masuk ia ke sebuah negeri di sana banyak kaum Qibti dan [... ] dan kaum [... ] bertanya khabarlah ia di sana maka dikhabarkan mereka itu ada suatu masa dahulu sedikit daripada ini ada seorang-2 besar dalam negeri Mekah mengatakan dirinya seorang penyuruh Tuhan seru alam akan mengajar segala orang dipersalahkan segala pegangan orang yang lama-2 maka datang seorang raja dari sebelah masyrik menghendaki suatu tanda kebenaran katanya itulah dipanggilnya bulan turun mendapati maka raja itu dengan segala orangnya habis menurut dia dan lagi banyak orang pula menurut dia marah Raja Melah akan dia hendak dibunuh lari ia bersembunyi dalam gunung Madinah setelah didengar menteri segala perkataan itu disurat ambil tiada tinggal sepatah pun maka berjalanlah pula ke negeri yang hampir dengan negeri itu di sana pun demikian juga khabarnya dalam itu setengah berkata dipertunjuk alamat itu dengan sihirnya juga dan setengah berkata sebenar-2nya ia penyuruh tuhan alam itu pun disurat oleh menteri itu surat diperbuat surat akan rajanya sepucuk katanya Inilah rupa khabar yang telah diperoleh ia hendak turut juga cari beri berjumpa hendak berjalan pergi ke tempat nama Madinah itu apakala sudah tentu ia hendak balik mengadap setelah sudah dengar buat surat demikian diserah beri kepada sepuluh orang hulubalang dan dua ratus lasykar disuruh bawa balik mengadap rajanya maka hulubalang sepuluh orang itu pun berjalanlah balik adalah kira-2 enam bulan sampailah ia ke negerinya masuk mengadap rajanya dipersembahkan surat itu disambut baginda ada tatap surat ditunjukkan pada segala menteri pegawainya titah raja [umum lagi] surat ini bagaimana ketentuan kesalahan khabar ini balik penyuruh kitab oleh tentu


Muka surat 38/479



Muka surat 39/479



Muka surat 40/479


Muka surat: Mula 1-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60