Hikayat Sultan Bustamam

Transliterasi oleh Mahbob Yusof, Juhaida Abdul Rahim, Rohaizah Jaafar, Ratnawati Sari Mohd Amin & Nurani Abdullah, Ogos-2021

Muka surat: Mula 1-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60

Bibliografi


Hikayat Sultan Bustamam

  • Disalin oleh Tuan Haji Puteh ibn Syaikh Umar Basir. Selesai disalin pada 2 hari bulan Jamadil Akhir tahun 1343 hari Isnin iaitu bersamaan dengan 29 haribulan Disember tahun 1924.

  • Teks dalam Jawi.

  • Dakwat berwarna hitam dan rubrikasi berwarna merah bagi perkataan Bahasa Melayu tertentu. Stail khat Riq'ah tetapi tidak menarik dan sukar dibaca.

  • Kisah seorang sultan bernama Bustamam yang dilahirkan luar istana kerana bondanya dikeluarkan dari istana iaitu permaisuri kepada Sultan Yahya. Kemudian mengisahkan tentang perjalanan hidup Sultan Bustamam menghadapi pelbagai rintangan. Juga menceritakan keadaan golongan atas dalam masyarakat iaitu golongan bangsawan.

Muka surat 1/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 1/479

Dipermaklumkan tatkala membaca hikayat ini janganlah sekali-2 dilipatkan tepinya dan mahulah dibacanya dengan secukup cermatnya

Alkisah inilah hikayat Sultan Bustamam yang terlalu amat indah-2 perkataannya yang telah termasyhur di Tanah Arab lalu ke Tanah [Ajam] ialah yang menaklukkan habis daerah [...] ini serta mengislamkan segala mereka itu iaitu sebelah utara sehingga habis tiada ketinggalan beribu-2 negeri dan beberapa pula makhluk yang duduk segenap gunung dan segenap rimba belantara habis jadi Islam dengan kuasa Allah Subhanahuwataala melakukan kudrat iradatNya atas tiap-2 masa dan ketika. Jika hikayat ini dihimpunkan oleh arif disuratkan tinggal kepada anak cucu yang terkemudian mengetahui dari siapa mengambil insaf dan menambahi yakin percaya hatinya akan kudrat iradatNya Tuhannya memeliharakan segala hambanya yang telah harap akan Dia dengan kesempurnaan peliharaNya hai segala mukmin mengambil insaflah kamu akan mustahak segala firman dan hadis dan riwayat segala orang tua-2 dahulu kala dengan sesungguhnya. Tuhan Rabbulalamin yang menjadikan semata-2 sekalian sangat kasih akan hambanya tiada khali daripada dirahmatkan pada tiap-2 waktu. Fikirkan olehmu jika sekiranya tiada Tuhan kamu berkenan dan kasih akan kamu betapa dijadikan kamu adakah dapat siapa-2 merasai dan menyuruh menjadikan jika tiada dijadikan betapa kamu jadi. Jangan sekali-2 sangka kamu Tuhan kamu berbuat aniaya akan kamu melainkan kamu juga berbuat aniaya atas diri kamu ditipu oleh dunia. Engkau menurut kehendak nafsu kamu melanggar daripadanya nahi Tuhan kamu jadilah kamu mendapat laknatNya. Hai mukmin peliharakan dirimu jangan tercampur ke dalam neraka jahanam. Mengambil insaflah kamu akan segala petunjuk yang diriwayatkan oleh orang yang dahulu kala daripada kamu. Dengan sebab inilah diusahakan orang tua-2 dahulu dihimpunkan segala cetera hikayat yang ada di dalamnya kias dan ibarat supaya anak cucu yang kemudian daripadanya mengambil takwil dan insaf akan memeliharakan dirinya dan memutuskan yakin percaya hatinya akan Tuhannya sangat memeliharakan segala hambaNya yang percaya harap akan dia tiada disia-2kan. [Habis-2] tilik dan fikir engkau sempurnakan dan jangan

Muka surat 2/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 2/479

ditilik sahaja dengan tiada difikirkan yang ada pandangan dan pengajaran dalamnya supaya terpelihara dunia akhirat mendapat bahagia selama-2nya. Amin Ya Rabbulalamin. Demikianlah konon asal ceteranya ini kata yang empunya cetera ada sebuah negeri bernama Samtarani dan Bandar Amsad pun namanya juga kerana Bandar Amsad itu di tepi laut jadi bandar tempat singgahan segala kapal jong pilau perahu berlabuh naik berjalan berniaga kepada segala negeri sebelah daratan maka negeri Samtarani itu ke daratnya ada kira-2 satu hari perjalanan Bandar Amsad itu pun di dalam perintah negeri Samtarani juga maka negeri Samtarani itu lengkap dengan kota parit alat senjatanya maka rajanya bernama Sultan Yahya lengkap dengan menteri pegawai hulubalang tenteranya maka ada menterinya seorang bernama Aflus sangat bijaksana banyak pengetahuannya ialah menjadi perdana menteri sangat pandai memerintah negeri dikasihi oleh segala menteri pegawai hulubalang tentera rakyat sekalian baik budi pekerti mengasihi segala dagang senteri sempurna segala akal bicaranya masyhur namanya pada segala negeri banyaklah dagang senteri dari sebelah laut tiada berputus kapal jong perahu dari Tanah Arab dan Tanah Iskandariah dan Tanah Hindustan dan dari [segenap] pulau-2 masuk ke Bandar Amsad pergi berniaga ke negeri Samtarani terlalu ramai pada tiap-2 masa dan ketika dan dari sebelah darat pun banyaklah kafilah turun berniaga ke negeri itu sebermula maka ada pula sebuah negeri ke darat negeri Samtarani itu daripada bangsa Irani terlalu besar negerinya bernama Badrani lengkap dengan kota paritnya alat kota terlalu besar dan banyak hulubalang tenteranya beribu-2 kuda tambatannya maka rajanya bernama Manyasin terlalu besar kerajaannya lengkap dengan menteri pegawai maka ada seorang menterinya bernama Menteri Taansin ialah menteri yang besar menjadi menteri dikasih baginda akan dia maka ia pun sangat bijaksana penuh akal bicaranya dan pandai memerintah negeri sangat dikasih oleh segala menteri pegawai hulubalang laskar tentera rakyat sekalian pandai mengambil hati segala orang maka adalah antara negeri Samtarani dan negeri Badrani itu delapan hari perjalanan jauhnya banyak pula negeri kecil-2 takluk kepadanya menghantar ufti maka tiada berputus orang Badrani menyerang negeri Samtarani pada tiap-2 tahun oleh berbuat kebesaran maka tiadalah kuasa orang Samtarani duduk melawan musuh sentiasa tiada mendapat kesenangan sehingga dengan perkelahian maka pada suatu hari Sultan Yahya menghimpunkan segala menteri pegawainya berikhtiar perintah musuh ini betapa kesedapannya cuba diturut kehendaknya kalau lepas daripada bermusuh ini dengan demikian ini kerana ia lebih kuasanya daripada kita maka sembah menteri Aflus Daulat Tuanku pada fikiran patik jika sudah tetap hendak menurut kehendaknya cuba patik hamba beri surat akan perdana menteri Taansin bertanya hal ini kerana ia ada bersahabat dengan patik pada masa dahulu boleh kita dengan apa ikhtiarnya kerana ia pun orang bijaksana maka berkenanlah baginda akan bicara menterinya maka dikarang khatib surat akan perdana menteri Taansin

Muka surat 3/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 3/479

demikian bunyinya “Inilah surat daripada menteri Aflus yang amat menaruh rindu dendam akan sahabatnya oleh lama tiada mendapat warta sahabatnya iaitu menteri Taansin yang amat bijaksana janganlah kiranya taulanku dapat lalikan oleh dunia ini ayuhai taulanku yang sempurna akal tiada kekal bagi kita dunia ini akhirnya tinggal juga janganlah kita terkena perdaya dunia ini baiklah kita cari suatu jalan ikhtiar meninggalkan nama kita di dalam dunia ini menjadi sebutan segala anak cucu yang terkemudian daripada kita jika kita mati pun supaya hiduplah nama kita di dalamnya pada jalan memberi kebajikan kepada segala anak cucu yang tinggal masyghullah hati hamba dengan fikiran ini maka terima baiklah di hati hamba jika sekiranya padamlah perselisihan kedua negeri ini dengan ikhtiar bicara kita maka hiduplah nama kita maka anak cucu yang terkemudian daripada kita mendapat kesenangan dengan bicara kita dengan jalan yang mana akan dapat kita padamkan perbantahan ini cuba taulanku cari suatu ikhtiar nyatakan hari pada hamba supaya boleh kita ikhtiarkan” Telah sudah surat itu dibaca di hadapan baginda dengan segala menteri pegawai maka sangatlah berkenan di hati baginda maka menteri Aflus pun bermohon pulang ke rumahnya melengkapi seorang menteri dan sepuluh orang tentera pengiringnya disuruh bawa surat itu sampaikan kepada perdana menteri Taansin surat dengan beberapa hadiahnya maka menteri itu pun menerima surat dengan segala hadiah itu lalu bermohon berjalan menuju negeri Badrani selang beberapa hari sampailah ia masuk mengadap menteri Taansin pada waktu itu menteri Taansin pun hadir di luar dihadap segala menteri pegawai penuh sesak maka menteri utusan pun naik duduk menyembah serta mengeluar surat dengan segala hadiah itu diletakkan di hadapan perdana menteri segera disambut oleh perdana menteri surat itu dibuka tatap daripada awal sampai akhirnya sangatlah berkenan dan kesukaan hatinya mendengar perkataan nasihat yang amat benar pada hatinya maka ia bertanya khabar perdana menteri Aflus duduk berkata-2 seketika itu ditinggalkan menteri utusan di rumahnya masuklah ia ke penghadapan rajanya diiringkan oleh segala menteri pegawai maka baginda pun hadir di penghadapan sekaliannya naik duduk menyembah serta dipersembahkan surat perdana menteri Aflus itu disambut baginda di tatap daripada awal sampai ke akhirnya sangatlah benar di hati baginda segala perkataan surat itu maka titah baginda Ayuhai menteriku amatlah benar perkataan menteri Aflus ini dengan sungguhnya Aflus orang budiman bijaksana segala pekerjaan dikehendaki kebajikan meninggalkan zaman masanya akan kesenangan atas segala anak cucunya yang kemudian serta menjadi pengajar kepada sekaliannya maka perkataan yang benar itu sepatutnya kita turut mengikut adat jika dapat dibicarakan negeri Samtarani itu takluk pada kita dan hantar ufti mahulah kita bermuafakat turut kebajikan balaslah surat ini beri balik pergi maka menteri Taansin pun bermohon pulang ke rumahnya disuruh khatibnya membuat surat telah sudah diserahkan pada menteri yang bawa surat itu surat dengan beberapa

Muka surat 4/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 4/479

hadiahnya maka menteri yang membawa surat itu dipersalin ikut patatnya maka ia pun menyembah bermohon turun berjalan menuju negeri Samtarani antara beberapa hari di jalan sampailah ia masuk mengadap perdana menteri Aflus sampaikan surat dengan segala hadiah itu maka segeralah disambut menteri Aflus surat itu dibuka tatap dari awal hingga akhirnya sangatlah suka hatinya oleh sampai seperti maksudnya maka segeralah ia masuk mengadap rajanya persembahkan surat itu maka disuruh baginda baca surat itu maka berkelatlah bentara ke hadapan menyembah membukakan surat itu serta menyaringkan suaranya membaca surat itu demikian bunyinya “Inilah surat daripada menteri Taansin yang telah murah hati menilik surat sahabat dan kekasihnya iaitu perdana menteri Aflus maka segala perkataan nasihat di dalam surat taulanku itu amatlah benar pada hati hamba jika sekiranya dapat taulanku perbetulkan hati Seri Maharaja di sana pada jalan muafakat taulanku bawalah sesuatu apa mari daripada Seri Maharaja pada hamba boleh hamba bawa mengadap Seri Maharaja di sini luluslah jalan kebajikan supaya muafakat selama-2nya” Setelah sudah terbaca surat itu sangatlah berkenan pada hati baginda serta dengan segala menteri pegawai yang mengadap sekalian memuji-2 perdana menteri kedua maka titah baginda Hai menteriku turutlah kehendak perdana menteri Taansin itu perbuatlah surat kita lengkapi bingkisan ikut patat padan menteriku sendirilah pergi kepada perdana menteri itu bicarakan ikut yang baik telah menteri Aflus mendengar titah maka ia pun menyembah bermohon keluar muafakat dengan segala menteri pegawai dilengkapi kuda semberani empat puluh ekor serta dengan alat pakaiannya beberapa pula daripada benda-2 yang lain-2 serta dengan hadiah akan perdana menteri Taansin setelah lengkap dikaranglah surat dengan perkataan yang manis-2 dan dengan beberapa hormat mulia setelah sudah siap maka dibawa masuk mengadap baginda dimaklumkan segala jenis yang diperintahkan dan persembahkan surat itu ditatap baginda benar segala perkataannya maka baginda pun menurunkan cap mohornya diserahkan pada menteri Aflus diterima perdana menteri lalu bermohon turun pulang ke rumahnya berlengkap perbekalan dan kenaikan setelah lengkap pada ketika yang baik maka menteri Aflus pun berjalanlah diiringkan menteri pegawai dan empat puluh hulubalang dan laskar seribu membawa kuda empat puluh dan beberapa puluh kerbau lembu gajah kuda bermuat perbekalan jalan pun sudah perbaiki orang berjalankah menuju negeri Badrani barang tempat kemudahan air di situlah didirikan khemah perhentiannya malam bangkit pagi-2 berjalan pula sambil berkerahan-2 sepanjang jalan itu hingga sampailah ke kota negeri Badrani di sana pun telah [dihaharkan] oleh perdana menteri Taansin tempat perhentian lengkap dengan makanan segala orang yang mari dan makanan gajah kuda maka berhentilah menteri Aflus di perhentian itu menyuruh seorang menteri masuk pergi khabarkan pada perdana menteri Taansin maka menteri itu pun pergilah

Muka surat 5/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 5/479

nyatakan kepada penghulu pintu hendak masuk mengadap perdana menteri maka penghulu pintu itu pun segeralah berlari-2 pergi maklumkan pada perdana menteri dilepas masuk maka masuklah ia langsung mengadap perdana menteri Taansin dikhabarkan segala pesanan perdana menteri Aflus maka perdana menteri masuk mengadap rajanya maklumkan segala kelakuan perdana menteri Aflus mari sendiri membawa bingkisan itu maka titah baginda Sambutlah ia permuliakan tanda kita suka menerima jalan kebajikan maka menteri Taansin pun bermohon pulang ke tempatnya melengkapi dua orang menteri pergi akan menyambut perdana menteri Aflus serta disuruhkan buka pintu yang besar dan disuruh dirikan [jukan alam] dilengkapi pula sebuah rumah perhentian kelengkapan dan orang-2 sekalian dengan hampar hamparan dan tirai kelambu serta tempat menteri pegawai dan makanan sematanya dihadirkan maka menteri yang pergi menyambut perdana menteri itu pun telah bertemulah dengan perdana menteri Aflus lalu memberi hormat persilakan masuk maka diaturkanlah segala bingkisan dengan kuda semberani itu dipakaikan selengkap pakaiannya telah mustaid maka berjalanlah menteri Aflus mengiring bingkisan itu sampai ke pintu kota [bertekarlah] bunyi meriam yang besar-2 di atas kota gemuruh tiada apa kedengaran lagi telah masuk ke dalam kota tertitirlah nobat bertarulah bunyi nafiri berkembanglah payung beratas-2 menyambut bingkisan dan perdana menteri Aflus diarak berjalan masuk ke balai penghadapan maka menteri Taansin pun mengerahkan segala menteri pegawai hulubalang [...sida-2] berhimpun ke balai penghadapan hingga penuh sesak dengan memakai ikut taraf masing-2 duduk beratur diatur oleh bentaranya maka menteri Taansin pun berjalanlah masuk ke penghadapan dengan perlahan dinantikan bingkisan itu telah bertemu di jalan maka menteri Aflus pun memberi hormat akan menteri Taansin disambut menteri Taansin tangan menteri Aflus dihormatkan menurut adatnya sama berhormat hormatan keduanya berpegang tangan berjalan masuk ke balai penghadapan maka segala bingkisan itu pun disambut diatur di hadapan singgahsana baginda seraya berseru dengan nyaring suara katanya Titah seri maharaja persilakan perdana menteri naik maka naiklah kedua menteri duduk pada tarafnya menteri Aflus didudukkan di kiri menteri Taansin dan segala menteri hulubalang itu pun diatur bentara beri duduk pada tarafnya masing-2 dengan beberapa ketika maka Seri Maharaja Shah Qobat pun keluarlah ke penghadapan semayam di atas takhta kerajaannya maka menteri Aflus pun bangkitlah menyanjung duli menurut adatnya telah selesai maka dikeluarkan surat rajanya diunjukkan kepada menteri Taansin disambut menteri Taansin surat itu dengan beberapa hormat diberi kepada bentara maka disambut bentara [bertelut] ke hadapan membuka surat dibaca demikian bunyinya “Inilah surat daripada Sultan Yahya yang memerintah negeri Samtarani sampai kepada saudara kita perdana menteri Taansin yang menanggung kerajaan Seri Maharaja Shah Qobat adalah hamba lengkapi menteri Aflus pergi mengadap Seri Maharaja di sana

Muka surat 6/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 6/479

pinta aman daripada pekerjaan perbantahan yang tiada berguna kerana dunia ini tiada akan kekal kepada kita akhirnya tinggal tinggal tiada guna kita menaruh persusahan kepada anak cucu yang terkemudian daripada kita maka saudaraku telah masyhur bijaksana nyatalah kepada saudaraku segala fadilat dalamnya sepatut kita membuangkan [fadihat] menuntut kebajikan afdal tiap pekerjaan dengan muafakat supaya mendapat kesempurnaan pinta saudaraku bawakan memteri hamba ini mengadap Seri Maharaja serta tolong ikhtiarkan pada jalan yang memberi manfaat. Setelah sudah terbaca surat itu maka titah Seri Maharaja Shah Qobat Hai taulanku perdana menteri sebenar sangat seperti surat Seri Maharaja ini pada seorang pun tiada kekal dunia ini melainkan nama yang baik [beratlah] pada hati orang sedikit. Sekarang sangatlah suka di hati hamba mendengar Seri Maharaja di sana menuntut kebajikan hamba terimalah dengan sebenar-2 suci ikhlas hati hamba mengaku saudaralah sampai ke mati tiada hamba ubahkan maka Seri Maharaja di sana pun mahulah [pertetapkan] demikian pandangkan buat kedua negeri ini bersatu [wujud] seperti anak suatu ibu jangan [diperbeza] akan supaya kita mendapat kebajikan daripada segenap jalannya demikian itu di dalam hati hamba tiada berubah lagi barang siapa meninggalkan setia ini tiadalah mendapat kebajikan selama-2nya muafakatlah dengan menteri hamba perbuat surat setia kita kedua boleh saudaraku balik sekira jangan bimbang hati Seri Maharaja di sana. Maka terlalulah suka perdana menteri mendengar titah Seri Maharaja itu maka segala bingkisan itu pun dibawa oranglah masuk ke dalam maka baginda pun memuji-2 keelokkan rupa kedua empat puluh itu lalu berangkat masuk. Dengan seketika itu keluarlah beratus-2 hidangan diatur oleh bentara menurut tarafnya makanlah masing-2 ikut berkenan padanya Setelah sudah makan minum kembalilah masing-2 ke tempatnya maka menteri Aflus pun dibawa menteri Taansin ke tempat yang telah dilengkapinya itu beri berhenti serta disuruh beberapa orang menteri duduk menyelongkar menatap barang yang kekurangan maka menteri Taansin pun memberi hormat akan menteri Aflus bermohon kembali ke tempatnya serta menghantar makan makanan aneka bagai akan menteri Aflus tiga empat hari ia berhentilah lelah pada suatu hari menteri Aflus pun pergi ke rumah menteri Taansin disambut oleh menteri Taansin dengan beberapa hormatnya maka berhimpunlah segala menteri pegawai penuh sesak di rumah perdana menteri Taansin mesyuarat berkira-2 pertetapkan dengan janji setelah sudah tetap kira bicara diperbuat surat balas surat Sultan Yahya serta surat janji maka menteri Taansin melengkapkan bingkisan daripada benda yang mulia-2 lengkap dengan satu pakaian mahkota yang bertatahkan ratna mutu manikam beberapa [pulak] kain baju

Muka surat 7/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 7/479

dan kelengkapan pakai pakaian Pelbagai jenis dan gajah pula seekor dengan selengkap pakaiannya setelah [mustaid] dibawalah ke balai penghadapan diatur bentara pada ketika yang baik menteri Taansin pun membawa menteri Aflus masuk ke balai duduk beratur masing-2 tarafnya maka baginda Seri Maharaja Shah Qobat pun keluarlah semayam di atas takhta kerajaannya maka segala menteri pegawai pun menyembah menganjung duli maka titah baginda Sudahkah dilengkapi hendak beri balik perdana menteri ini maka sembah menteri Taansin Sudah patik lengkapi serta dikeluarkan surat itu diunjukkan kepada bentara disambut bentara telat ke hadapan membuka surat dibaca sekalian itu berkenan pada hati baginda itu dipalu mohor capnya maka disempurnakan dengan kain [beremas] diserahkan pada menteri Aflus serta baginda kurnia persalin akan menteri Aflus daripada benda yang mulia-2 dengan lengkap pakaian perdana menteri dan segala menteri hulubalang pun dipersalin belaka ikut taraf masing-masing menerima anugerah menganjung duli beberapa pula baginda berpesan dengan perkataan yang manis-2 jalan kebajikan telah selesai baginda pun berangkat masuk maka keluarlah hidangan beratus-2 diperjamukan segala menteri hulubalang makanlah masing-2 hidangan setelah sudah maka [terserahlah] segala bingkisan kepada menteri Aflus diterima menteri Aflus disimpankan beberapa pula persembahan menteri Taansin akan Raja Samtarani dan hadiahnya akan menteri Aflus serta dengan perbekalan sekaliannya diterima disimpankan maka surat dan bingkisan itu dimuatkan ke atas gajah pada ketika itu berkembanglah payung pelbagai warna dan alam panji-2 pun didirikan oranglah dan nobat nafiri pun berbunyilah bersahut-sahutan maka menteri Aflus pun bermohon pada segala menteri hulubalang lalu turun berjalan berpegang-2 tangan dengan menteri Taansin dua sepayung berarak terlalu ramai dengan gendang serunai dan berbunyi meriam seperti bertih berjalan langsung keluar kota sampai ke tempat perhentian di luar kota itu sekaliannya maka menteri Taansin pun bermohon menteri Aflus hendak balik ke dalam kota keduanya berpeluk-2 bercium sama berhormat dan berpesan lalu bersurai menteri Aflus menghantar menteri Taansin sampai ke pintu kota menteri Taansin pulang ke rumahnya maka menteri Aflus pun balik ke persinggahan berhenti sambil menyuruh bersimpan kemaskan sekaliannya telah keesokkan hari dari pagi-2 bermuat lah ke atas gajah kuda kerbau lembu lalu berjalan menuju negeri Samtarani tiadalah tersebut perkataan di jalan telah berapa hari sampailah hampir kota Samtarani maka menteri Aflus pun menyuruh seorang menteri membawa khabar kepada baginda segala kelakuan yang dipermuliakan oleh perdana menteri Taansin akan dia masuklah menteri itu mengadap baginda persembahkan segala pesanan itu maka baginda pun terlalu suka disuruh menteri pegawai menyambut dengan sepertinya telah pagi hari bertukarlah bunyi meriam maka keluarlah menteri hulubalang membawa nobat nafiri dan gong gendang beberapa pula [tanggul]

Muka surat 8/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 8/479

dan alam panji-2 akan menyambut bingkisan yang dibawa oleh menteri Aflus maka diarak [...] masuk ke dalam kota langsung ke balai penghadapan maka menteri Aflus pun sampailah [...] Diterima oleh bentara diaturkan baginda pun hadir di penghadapan maka menteri Aflus pun menaik duduk menyembah menganjung duli maka surat-2 itu pun diberi kepada bentara maka bentara bertelatlah ke hadapan membaca surat itu terlalu suka baginda mendengar di surat syukur akan [...] seperti kehendaknya jadi kebajikan dengan bicara menterinya maka dikurnia persalin akan menteri Aflus maka mahkota itu diterima baginda dipakainya berkilat-kilat ke mukanya tetaplah kedua buah negeri itu seperti suatu tiada berputus surat menyurat makin bertambah-2 ramai duduklah masing-masing memeliharakan negerinya maka kedua raja itu tiada mempunyai anak masing-2 ingin hendakkan [...] beberapa nazar dan [qul] tiadalah tersebut perkataan itu [...] maka diceterakan oleh yang empunya cetera ini ada sebuah negeri kecil ke selatan negeri Samtarani sekira-2 lima hari perjalanan daripada negeri Samtarani ini bernama negeri Damsyad rajanya bernama Amir Talib lengkap dengan menteri pegawai takluk ia kepada negeri Samtarani maka ada baginya seorang anak laki-2 dinamai akan dia Amir Shah maka mati ibunya maka beristeri pula Amir Talib seorang anak pegawainya beroleh pula seorang anak laki-2 juga dinamai akan dia Amir Ismail setelah besarlah keduanya terlalulah suka Amir Talib disuruh mengaji keduanya maka Amir Talib pun sangatlah kasihan akan anaknya yang tiada beribu itu dan dilihat pula fiil isterinya tiada memperduli akan anak tirinya itu bertambah-2 belas kasihan ia akan anaknya itu maka Amir Talib pun berfikir peninggal ia jadi teraniayalah anaknya maka lalu dibahagikan segala [...] diserta beri masing-2 bahagian iaitu bahagian Amir Ismail diserahkan pada ibunya dan bahagian Amir Shah diserahkan pada pengasuhnya maka ada sebilah jambia terlalu dikasih Amir Talib jambia itu berketurunan daripada datuk neneknya terlalu baik diberikan kepada Amir Shah maka diberikan Amir Ismail sebilah jambia yang lain maka bertambah-2 tiada diperkenan oleh isterinya akan Amir Shah itu peninggal Amir Talib itu kalau Amir Shah ganti kerajaan tiada boleh akan anaknya kerana ia yang tua berbagai dicari muslihat akan membinasakan Amir Shah telah diketahui Amir Talib segala hal itu bertambahlah susah hatinya maka dipinangkan anak keluarganya diberi jadi isteri Amir Shah dan diberi akan Amir Ismail seorang. Antara beberapa lama maka Amir Talib pun sakit berbagai-2 dipesankan anaknya kedua tiada diberi berselisih disuruh muafakat keduanya perbela negeri serta diamanatkan pada segala menteri pegawainya hal anaknya kedua dengan demikian ia pun sampailah hukum Allah Subhanahu Wa Ta'ala wafatlah ia lalu dikuburkan oranglah dengan sepertinya maka segala harta Amir Talib yang tinggal lebih daripada bahagian itu hendak oleh kadi menurut hukum Allah Ta’ala tiada diberi oleh isteri Amir Talib katanya sudah dibahagi oleh Amir Talib

Muka surat 9/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 9/479

bahagian masing-2 yang tinggal ini harta ia sebelah dan [kerja] Amir Talib itu pun disuruh anaknya perintah seorang tiada diberi Amir Shah masuki terlalu keras kelakuannya beberapa dinasihat oleh menteri pegawai itu pun tiadalah diturut maka segala harta yang dibahagikan Amir Talib berikan Amir Shah yang duduk pada pengasuhnya itu pun habislah dirampas oleh Amir Ismail dengan ibunya tiadalah tinggal lagi suatu pun maka Amir Shah maka makin besarlah hal Amir Shah makan pagi pun tiada berbicarakan segala menteri hulubalang pun sangat belas kasihan melihat hal Amir Shah telah dilihat Amir Ismail menteri pegawai menaruh kasih akan Amir Shah itu makinlah sangat panas hatinya berbagai-2 dicari kesalahan Amir Shah dihukum daripada denda dan rampas balun dan pukul diteriak oleh segala menteri pegawainya dilepaskan segala harta Amir Shah yang dirampas oleh Amir Ismail itu beberapa dipinta oleh menteri pegawainya disuruh pulangkan setengah boleh [jadi mudaratnya] tiada diberi balik berbagai pula dicari jalan kesalahan sampai pada hendak dibunuhnya maka tiadalah terkira-kira lagi susah hati Amir Shah melihat saudaranya perwatakan dia maka mesyuaratlah ia dengan isterinya jika kita duduk di sini juga akhirnya matilah kita diperbuat aniaya oleh Amir Ismail marilah kita bawa diri kita pergi ke mana-2 tumpang duduk di tempat lain daripada negeri ini supaya boleh kita duduk berbuat ibadat kepada Allah Taala dengan senang hati maka [kabullah] isterinya menurut ikhtiar suaminya maka berfikirlah Amir Shah jika aku pergi dengan tiada [kucitakan] padanya nescaya dikatanya aku lari apakah pula diperbuat tohmah di atas aku maka pergilah ia pada saudaranya. Ketika itu Amir Ismail pun hadir di penghadapan dihadap oleh segala menteri pegawainya penuh sesak maka Amir Shah pun duduk dengan hormat katanya Hai adikku telah aku pinta ada telah kepada engkau hendak pergi berbuat ibadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala ikut barang tempat yang sunyi yang berkenan pada hatiku maka sukalah Amir Ismail mendengar saudaranya hendak berundur itu katanya mana suka hatimu aku turut lalu ia [ber…] saudaranya pulang [ber…] maka berdatang sembah segala menteri pegawainya yang tua-tua betapa [...] Tuanku membenarkan paduka kekanda itu pergi segenap hutan padang sesuatu sakit demam tiadalah berpandang mata lagipun tiadalah baik demikian itu nama Duli Tuanku disebut orang maka jawab Amir Ismail dia suka demikian bertanya hamba menegahkan dia maka sembah pula menteri jika demikian sekalipun patutlah Duli Tuanku kurnia [...] atasnya jangan kesakitan belanja pada paduka kekanda itu maka sahut Amir Ismail dia pergi berbuat ibadat beri [...] pergi pinta jambia itu bawa mari boleh hamba beri mereka akan dia barang sepuluh dirham disuruh seorang menterinya bawa dirham pergi pinta jambia itu maka pergilah

Muka surat 10/479 Hikayat Sultan Bustamam


Mukasurat 10/479

menteri itu telah berjumpa dengan Amir Shah dia duduk dengan memberi hormat dinyatakan titah Amir Ismail serta diberi dirham itu maka kata Amir Shah akan jambia ini sebilah peminta [...] kepada adik hamba hendak diperbuat bekas mata ayah hamba bawalah balik dirham ini maka baliklah menteri itu menyampaikan segala kata-2 Amir Shah itu maka murkalah Amir Ismail akan saudaranya disuruh beberapa orang daripada menteri hulubalangnya pergi sekat saudaranya ambil beri boleh-2 jambia itu maka sampai pada berkelahi berbunuh-2an sekalipun disuruh gagah juga lawan ambil boleh-2 jambia itu maka menteri hulubalang itu pun bermohonlah hendak pulang bersiap alat senjata dibenarkan maka pulanglah masing-2 sambil berkata betapa budi raja kita ini terlalu sangat aniaya atas saudaranya apa muslihat kita melepaskan dia daripada pekerjaan ini baik juga kita turut suruh raja kita marilah bawa Amir Shah pergi hantar pada barang tempat ia hendak pergi kita balik maklumkan kata tiada [berdan] dengan kita segenap jalan kita sekat dan turut cari tiada berjumpa dengan kata-2 inilah boleh lepas kita daripada murkanya telah sudah [berbika-] pergilah ia sekalian mengambil senjata dan perbekalan lalu pergi bermohon pada rajanya serta mendengar titah rajanya yang [...] bunuh saudaranya maka sekaliannya pun bermohonlah turun berjalan menuju tempat [...] pada ketika itu ia pun sudah siap hendak berjalan maka mereka sekelian pun [...] rupa kehendak rajanya serta disuruh Amir Shah segera berjalan maka Amir Shah laki isteri pun berjalan diiringkan oleh menteri hulubalang menuju jalan Samtarani katanya di sanalah baik tuan duduk tiada berani paduka adinda itu beri orang pergi kucai di sana maka berjalanlah Amir Shah laki isteri empat hari empat malam sampailah ke jajahan negeri Samtarani dipilih Amir Shah suatu tempat yang berkenan pada hatinya duduklah ia di sana ditolong oleh segala menteri hulubalang itu berbuat rumah tempat Amir Shah duduk setelah siap maka sekaliannya pun bermohonlah padanya lalu kembali menghadap Amir Ismail dimaklumnya kata tiada berdan diturut cari segenap jalan pun tiadalah bertemu maka murkalah Amir Ismail akan segala menteri-2 itu tiadalah tersebut perkataannya sebermula maka tersebutlah perkataan Amir Shah duduk di jajahan negeri Samtarani itu banyak dusun dan kampung-2 orang di situ dia duduk ke dalam hutan jauh sedikit daripada dusun orang ia duduk dua laki isteri berbuat ibadat kepada Allah Taala serta bertanam-2 barang-2 akan dimakan maka pada ketika itu isteri Amir Shah pun mengandung tiga bulan maka segala tanamannya itupun bangat jadi tiadalah memberi kesakitan duduklah dia memeliharakan isterinya bertambah-2 keras amal ibadatnya maka sampailah

Muka surat: Mula 1-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60