Hikayat Sultan Bustamam

Transliterasi oleh Mahbob Yusof, Juhaida Abdul Rahim, Rohaizah Jaafar, Ratnawati Sari Mohd Amin & Nurani Abdullah, Ogos-2021

Muka surat 11 hingga 20

Muka surat: Mula 1-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60

Muka surat 11/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 11/479

sembilan bulan isteri Amir Shah pun sakit hendak beranak sangatlah susah hati Amir Shah melihat sakit isterinya kesusahan dengan kekurangannya tiada berbidan maka kata Amir Shah kepada isterinya Duduklah kamu boleh aku pergi mencari bidan di dusun hampir-2 kita ini segera juga aku kembali maka isterinya pun menangislah terlalu sangat maka kata Amir Shah Janganlah engkau menangis serahkan dirimu kepada Allah Ialah sebaik-2 Tuhan akan menolong segala hambanya maka Amir Shah pun menadah tangannya menyerahkan dirinya dan isterinya kepada Allah Sub ha nahu Wa Taala maka ia pun berjalanlah kepada dusun yang hampir-2 itu mencari bidan tiada diperolehnya maka diturutnya cari daripada suatu dusun kepada suatu dusun tiada juga dapat mari pun malam berjalanlah ia hendak balik ke tempatnya tiba-2 dikehendaki Allah Taala turun ribut gelap gelita hendak hujan maka hairanlah Amir Shah akan dirinya melihat akan hal yang demikian itu digagahnya juga berjalan oleh bimbang akan isterinya tiba-2 sesat tiada berketahuan jalan jatuh ke kaki bukit hujan pun turun terlalu lebat maka tiadalah dapat ia berjalan menangislah ia terkenangkan isterinya dengan tangis yang amat sangat serta ia berseru-2 katanya Hai Tuhanku telah putuslah harapku malam ini akan berjumpa dengan isteriku melainkan kepada Engkau jua hai Tuhanku telah haraplah aku akan Engkau juga memelihara isteriku dan anakku demikianlah ia berseru-2 tiadalah dapat ia berjalan berhentilah ia di kaki bukit itu menanti cuaca hendak mencari jalan pulang ke tempatnya. Bermula maka adalah orang pada suatu dusun kena aniaya maka ia membawa anak isterinya berjalan hendak masuk ke negeri mengadap [...] raja maklumkan halnya maka dia berjalan beberapa ketika berhampiran dengan dusun Amir Shah maka turunlah angin ribut dan hujan maka masuklah ia ke dalam dusun itu hendak berteduh hujan berjalan ia menuju rumah Amir Shah serta sampai dilihat rumah itu sunyi tiada kedengaran suara orang maka diserulah mereka itu akan tuan rumah maka isteri Amir Shah pun menyahut perlahan-2 dengan ketakutan dan kesakitan serta didengarnya demikian dirinya seorang perempuan masuk pergi melihat halnya telah dilihat oleh orang itu akan hal isteri Amir Shah sakit sangat hendak beranak itu kasihanlah hatinya mereka dikhabarkan pada suaminya maka segeralah disuruh oleh ketua dusun itu segala perempuan pergi tolong maka pergilah masing-2 duduk tolong [pebela] serta bertanya ke mana pergi suamimu maka dijawab isteri Amir Shah suaminya pergi mencari bidan tiada balik lagi adalah berasa senang sedikit hatinya melihat perempuan itu mahu menolong pebela ianya maka sampailah pada ketika yang baik maka ia pun beranaklah seorang perempuan terlalu elok rupa parasnya disambut oleh segala perempuan-2 itu dimandi sucikan dan dibedung diletakkan hampir ibunya dan diambil air disucikan ibunya dan diberi makan ubat dan

Muka surat 12/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 12/479

mana setahu mereka itu dengan demikian hari pun sianglah hujan ribut pun berhentilah masing-2 bermohon pada isteri Amir Shah hendak berjalan maka ditanya isteri Amir Shah hendak pergi ke mana sahutnya hendak masuk ke negeri maka berpesanlah ia maka bertemu dengan suaminya suruh dia pulang usahlah cari bidan maka ditanya mereka itu nama suaminya dikhabarkan beri maka di dalam yang banyak itu ada seorang tua perempuan ia berkata Hai anakku peliharakan baik-2 anakmu ini pada pandanganku besar bahagia anakmu ini tiada pernah aku melihat budak jadi demikian ini sudah berkata-2 masing-2 turun berjalan menuju jalan masuk ke negeri maka akan Amir Shah setelah hari siang maka baharulah tampak jalan serta diketahuilah ia sesat maka hatinya pun terlalu bimbang berlari-2 ia mencari jalan ke sana ke mari telah bertemu jalan maka berjalanlah ia menuju jalan ke tempatnya serta sampai dilihat pintu dusunnya dan rumahnya terbuka berdebar-2lah hatinya segeralah ia masuk ke dalam dilihat isterinya ada dengan selamatnya sudah beranak mata isterinya pun menegur akan dia serta berkhabar [...] semalam yang berlaku dalamnya maka mengucap syukurlah Amir Shah ke hadrat Allah Taala memeliharakan hambanya dan suka melihat anaknya maka duduklah ia berbuat makanan makan laki isteri dan duduk berbuat ibadat kepada Allah Taala bertambah-2 keras yakin percaya hatinya serta membela segala tanamannya sangatlah kasih ayah bondanya akan anaknya dinamai akan dia Siti Salmiah makin sehari bertambah besar sampailah umurnya menanggung kemaluan maka ada kepada suatu hari Sultan Yahya ingin hendak berjalan bermain-2 melihat negerinya dengan segala desanya serta berburu maka dititahkan kepada menterinya berlengkap alat setelah terlengkaplah alat lalu berangkatlah Sultan diiringkan hulubalang askar keluar kota beberapa gajah dan kuda berjalan menuju hutan dan bukit akan berburu banyaklah diperoleh perburuannya daripada rusa dan kijang tetapi sembelih barang di mana malam di sanalah didirikan khemah berhenti [...] masing-2 naik ke atas kenaikannya pergi berburu mencari binatang di dalam hutan [...] daripada suatu perhentian kepada suatu perhentian suka baginda bermain-2 di dalam hutan rimba dan di atas bukit-2 itu melihat kekayaan Tuhan [seluruh] alam maka selang lima hari baginda tiada balik maka permaisuri pun menyuruh dayang-2 melengkapkan segala lempeng penganan juadah pelbagai aneka setelah siap maka ada seorang saudara permaisuri bernama Amir Bahur terlalu amat jahat budinya selama ia menjadi ipar baginda terlalu kasar dan kebesarannya maka dipanggil permaisuri saudaranya itu disuruh beri segala jenis makanan itu disuruh bawa pergi hantarkan kepada baginda turut cari di mana-2 baginda duduk maka Amir Bahur pun menerima segala bingkisan lempeng penganan dan barang-2 itu bawa keluar diambil gajah tiga ekor dimuat sekalian itu ia naik seekor

Muka surat 13/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 13/479

kuda berjalanlah ia menuju hutan turut bekas perjalanan gajah kuda orang mengiring Baginda pada hari itu tiada berjumpa maka dikehendaki Allah Taala di dalam gajah tiga ekor itu rebahlah seekor di jalan lalu mati maka barang-2 yang dimuatkan di atas gajah itu tiadalah bertempat hendak dimuatkan bawa maka disuruhnya cari gajah kuda kerbau lembu segenap dusun itu hendak disuruh kandar pikul bawa pun tiada berjumpa barang seorang habis pengiring baginda pergi berburu jadi susahlah hati Amir Bahur maka dilihat ada sebuah dusun ke tengah hutan jauh daripada orang maka disuruh oleh Amir Bahur kawannya pergi lihat maka ada kerbau lembu disuruh ambil jika tiada kerbau lembu dia suruh cari orang barang yang ada disuruh panggil barang dialihnya jangan dipakai maka pergilah orang memanggil Amir Shah mengatakan dirinya uzur tiada dipakai oleh orang itu dimasuki rumahnya hendak ditarik jadi ketakutanlah Amir Shah laki isteri maka segeralah disuruh anaknya bersembunyi maka pergilah laki isteri dengan orang yang memanggil dia serta sampai kepada Amir Bahur dimuatkan segala bungkusan itu ke atas kepala Amir Shah laki isteri disuruh bawa berjalan turun ia beberapa dipinta oleh Amir Shah hendak beri isterinya seorang balik ke dusunnya tiada siapa ada tiada dipakai oleh Amir Bahur disuruh bawa juga barang-2 itu lambat sedikit berjalan disuruh kawannya palu tiadalah berdaya lagi maka menangislah Amir Shah laki isteri bimbang akan anaknya serta pembawa pun terlalu berat tiada ia terbawa berjalan sebagai disuruh Amir Bahur palu maka dipalulah kawannya pecah berdarah disuruh berjalan segera maka kata Amir Shah laki isteri apatah daya kita lagi sudah janji Allah Ta'ala di atas kita di mana dapat kita salahkan anak kita tinggal itu kita serahkan kepada Allah Taala Ialah sebaik-2 Tuhan menolong hambanya menangislah ia kedua laki isteri bimbang akan anaknya dan sangat berat pembawanya dan sangat sakit dipalu oleh kawan Amir Bahur kakinya pun sakit tiada terjalan makin sangat dipalunya disuruh berjalan bangat serta kata Amir Bahur Hai orang dusun jika engkau buat ular tiada mahu berjalan bangat sama dengan kudaku ini [nescaya] ku bunuh engkau kedua tiadakah engkau tahu aku ini ipar baginda membawa makanan akan baginda apakala sampai kepada baginda baliklah engkau kedua maka bertambah-2lah takut keduanya digagahnya junjung bawa berjalan juga mengikut dia maka jalannya berbalik-2 oleh menurut bekas jalan gajah kuda barang di mana malam di sanalah ia berhenti ketika ia berhenti itulah boleh lepas daripada palunya duduk dua laki isteri berbuat ibadat itu disuruh oleh Amir Bahur kawannya kawal takutkan ia lari maka bengkaklah kaki ia kedua laki isteri tiada dapat berjalan lagi maka luka-2 bekas dipalunya itu pun bertambah-2 besar serta bernanah tiadalah terderita keduanya maka rebahlah ia kedua pada suatu tempat tiadalah [afli] hendak berjalan lagi beberapa dipalu oleh kawan Amir Bahur pun tiadalah ia kedua bangkit berjalan lagi katanya Janganlah dipalu jika hendak dibunuh

Muka surat 14/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 14/479

sekalipun Alhamdulillah syukurlah kami tiadalah upaya kami bangkit lagi pada ketika itu ada orang bergajah lalu dua tiga ekor diambil Amir Bahur seekor dimuat segala bingkisan makanan ditinggalkan Amir Shah dua laki isteri di situ berjalanlah dia mencari baginda persampaikan segala pembawanya kembalilah ia ke negeri maka Amir Shah laki isteri tinggal di situ beberapa diupayanya hendak berjalan balik ke tempatnya tiadalah terupaya ia kedua terjalan kaki keduanya bertambah-2 besar bengkaknya serta menangislah keduanya di dalam hutan itu dengan lapar dahaganya tiadalah dapat ditahani hatinya bimbang akan anaknya berbagai-2 bunyi [sawaknya] tiadalah dipanjangkan kalam itu menyusahkan hati segala yang mendengar dia. Maka tersebutlah perkataan Sultan Yahya bermain berburu di dalam rimba itu pada suatu hari baginda berkuda mengepung perburuan berlari-2 seekor kijang melintas di hadapan baginda tiada sempat dipanah baginda kijang itu berlari-2 lepas ke hadapan maka segera dikertakkan kudanya menghambat kijang itu maka ada seorang biduanda berkuda telah dilihat rajanya menghambat kijang keseorangan itu maka ia pun mengertakkan kudanya mengikut baginda telah jauhlah daripada tempat segala menteri pegawai tenteranya dipanah baginda kena kijang itu rebah segeralah disembelih oleh biduanda maka baginda pun terlalu lelah oleh hambatan kijang itu lalu berhenti di bawah naung kayu serta berasa dahaga air terlalu sangat maka dititahkan pada biduanda itu disuruhnya cari air maka dilihat oleh biduanda ada sebuah dusun di dalam hutan itu maka segera dipacu kudanya pergi ke dusun itu serta sampai ia masuk mencari air pada ketika itu Siti Salmiah duduk berbaring-2 di muka pintu rumahnya menangis akan ayah bondanya lambat balik kerana ia takut duduk seorang diri selama-2 tiada pernah ia bercerai tiadalah [hali] ia daripada menangis tiadalah ia berbuat makanan akan dimakannya [l…] ia dengan menangis jahat kurus pucat tubuhnya letih lesu terlali ia di pintu itu maka biduanda itu pun bertemulah dengan air telaga hendak diambil tiada berbekas maka pergilah ia ke rumah itu dilihatnya seorang budak perempuan tidur di pintu maka diserulah oleh biduanda maka Siti Salmiah pun terkejut jaga melihat seorang laki-2 menyeru dia sangatlah takut rasa hatinya hendak lari bersembunyi pun tiada sempat lagi takut diperturut oleh biduanda itu lalu ia menyahut perlahan-2 maka diperiksalah oleh biduanda itu Tiadakah siapa-2 lagi di sini sahut Siti Salmiah Tiada siapa maka ditanya oleh biduanda itu Ibu bapa engkau ke mana perginya maka sahut Siti Salmiah Habis ditangkap oleh penyamun dibawa pergi lama sudah tinggal hamba seorang kasihan hati biduanda mendengar katanya maka dipintanya suatu bekas hendak dibubuh air bawa kepada rajanya terlalu dahaga ada berhenti di luar dusun ini maka diberi Siti Salmiah suatu becana bekas air disambut biduanda dibubuh air segeralah ia naik kuda berjalan menuju tempat rajanya serta sampai dipersembahkan air itu lalu

Muka surat 15/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 15/479

disambut baginda diminum terlalu indah perbuatannya serta dengan halus tanahnya maka diperiksa baginda Mana engkau peroleh air dan becana ini pun bukan perbuatan di dalam negeri kita seperti perbuatan di sebelah tanah Arab maka sembah biduanda Patik dapat di dalam dusun hampiran patik lihat di dalam dusun itu ada sebuah rumah di dalam rumah itu ada seorang budak perempuan sahaja patik tanya ibu bapanya ke mana pergi ia kata ibu bapanya habis ditangkap oleh penyamun dibawa pergi lama sudah tinggal ia seorang diri duduk dengan kurus kering letih tidur di pintunya patik bangunkan ialah memberi becana ini kasihan hati melihat hal kelakuannya matanya bekas menangis terlalu takut bangunnya tiada pernah berjumpa makan berapa harikah sudah jika sekiranya jadi ampun pada ke bawah duli Shah Alam benarkan patik hamba bawa pergi pebela budak itu kerana budak sangat betapa hendak ditinggalkan dia seorang diri di dalam belantara ini tentukan mati maka baginda pun berasa kasihan mendengar kata biduanda itu seraya bertitah Daripada mana pula datang penyamun menangkap orang hampir negeri kita ini pergi engkau panggil budak itu bawa ke mari hendak ku periksa maka biduanda itu pun menyembah segera berjalan menuju dusun langsung masuk ke rumah sekali maka dilihat oleh Siti Salmiah laki-2 itu balik pula sangatlah takut di dalam hatinya maka dilihatnya membawa becana pada fikirnya ia membawa hantar balik becanaku maka biduanda pun sampai ke pintu diunjukkan bencana itu disambut Siti Salmiah maka kata biduanda Hai anak perempuan marilah engkau dipanggil oleh raja ada berhenti di luar dusun hendak periksa bagaimana penyamun mengambil ibu bapa engkau di dalam jajahan raja kami hendak disuruh [...] cari penyamun itu marilah pergi bersama-2 aku raja lagi menanti maka sangatlah takut Siti Salmiah seraya menangis katanya Hamba tiada berani pergi maka kata biduanda Janganlah engkau takut hai anak perempuan raja tiada berbuat aniaya akan engkau beberapa dinasihatkan pun tiada juga Siti Salmiah mahu pergi sehingga ia menangis terlalu sangat maka tiadalah berdaya biduanda belas kasihan pun terlalu sangat maka segeralah ia balik mengadap baginda persembahkan segala kelakuan Siti Salmiah maka baginda pun kasihan mendengar dia seraya bertitah Marilah aku pergi periksa ke rumahnya maka baginda pun naik kuda berjalan menuju dusun Amir Shah dibawa oleh biduanda itu langsung ke dalam dusun maka Siti Salmiah pun melihat orang yang datang itu datang pula membawa seorang laki-2 sama memakai baik kalau sungguh orang itu raja negeri ini makin sangat ia takut ia masuk pergi berdiam di dalam rumahnya dengan ketakutannya sambil menangis serta sampai baginda ke rumah itu diseru oleh biduanda katanya Hai anak perempuan marilah kamu keluar hendak diperiksa maka tiadalah Siti Salmiah menyahut ia berselimut dengan kain rebah tidur diam dengan ketakutan beberapa kali diseru oleh biduanda tiada disahutnya maka baginda pun

Muka surat 16/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 16/479

turun dari atas kudanya masuk ke dalam rumahnya dicari maka berjumpalah ia tidur maka digerak baginda disuruh bangun hendak bertanya maka Siti Salmiah pun terlalu sangat menangis oleh takut serta diseru ibu bapanya makin sangat belas hati baginda digagahi disuruh bangun setelah dilihat baginda muka Siti Salmiah bahawa pada ketika itu terbukalah [hijab zolamni] penuh cahaya di muka Siti Salmiah [terhenjamlah hial] ke dalam dada Sultan Yahya tiadalah Sultan ingatkan diri termangu seperti orang tidur lena dan pada ketika itu segala bunga-2an pun berkembanglah pada segala pokoknya dan segala bau-2an pun habislah [terpapas] berhimpun ke rumah Siti Salmiah ia pun meninggalkan tampuknya menggugurkan dirinya ke tanah dan guruh berbunyilah [sayup-2] dan segala mergastua ada dalam hutan itu pun berbunyilah bersahut-2an dipuput angin segala daun kayu pun bertepuk kemerincing bunyinya sekalian itu seperti mengucap Amin pohon kabul doa hambanya maka segala perkara ini terlihatlah kepada pandangan Sultan di dalam [hilanya] maka terpancarlah keluar semangat Sultan dan laut yang bernama [... mustaqim] yang amat besar itu pun bergeloralah dipupuk oleh taufan yang amat besar berambat-2 tiadalah terkira-2 lagi [terampung-2lah] Sultan di dalam [...] itu kelemasan yang amat sangat tiada terbicara olehnya lagi maka larilah Sultan keluar pintu rumah Siti Salmiah bertitah kepada biduanda menyuruh memanggil perdana menteri Aflus seorangnya sahaja bawa kemari jangan dipergemparkan maka biduanda pun segeralah naik kuda dipacu menuju tempat segala menteri pegawai berbuat khemah serta sekaliannya mencari rajanya kerana hari sudah petang biduanda pun segeralah menghampiri menteri Aflus berkata perlahan-2 Hamba dititahkan memanggil perdana menteri ke dusun itu baginda ada semayam di sana ditegahkan hamba daripada pergemparkan maka inilah menteri Aflus kehendak kata biduanda itu segera disuruh tegahkan segala menteri hulubalang tiada diberi gempar disuruh balik kepada singgahan lalu dipacu kudanya berjalan dibawa biduanda menuju dusun sambil berkata maka ertilah menteri Aflus perintah yang hendak jadi telah sampai langsung masuk ke dalam sekali dilihat baginda lagi hadir di pintu rumah itu maka ia kedua duduklah menyembah maka titah baginda Hai menteriku dan kekasihku betapa ikhtiar penyamun konon masuk ke dusun ini dan ditangkap tuan dusun ini bersahaja laki bini dibawa pergi tinggal anaknya perempuan seorang diri lama sudah di dalam belantara ini budak baharu sampai umur adakah lepas keberatannya daripada kita hendaklah menteriku suruh siasat ambil penyamun itu boleh dihukumkan maka budak itu pun bertanya boleh dia duduk seorang diri di dalam belantara ini hamba hendak ambil bawa pergi pebela pun segahnya di sisi negeri ini wajib atas hamba memelihara tambahan [...] ini tetapi adalah wajib ini bercampur dengan haram inilah hamba pinta menteriku kirakan jangan keberatan atas hamba maka menteri Aflus pun ertilah kehendak titah raja seraya berdatang sembah Daulat Tuanku sesungguhnya yang demikian ini jika tiada dosa Shah Alam pelihara

Muka surat 17/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 17/479

akan keberatan juga atas Tuanku Maha Suci Rabbulalamin memeliharakan hambanya daripada keberatan kedua perkara itu sambil bermohon keluar menyuruh biduanda pergi memanggil menteri yang tua-2 dua tiga orang serta dengan khatib maka biduanda pun pergilah naik kuda dipacunya dengan seketika sampailah ke tempat persinggahan perlahan-2 dinyatakan sabda perdana menteri orang yang dikehendakinya diajak bawa ke dusun telah sampai memberi hormatlah mereka itu akan menteri Aflus duduklah berkata-2 seketika sambil menteri Aflus bertanya hukum pada khatib hal anak tinggal siapa wali menikahkan dia jawab khatib yang tiada berwali pulang kepada Sultan barang diwalikan oleh Sultan ialah yang boleh menikahkan soalnya pula jika hendak dinikahkan dengan Sultan apa pula hukumnya jawab khatib Sekalipun sudah bertukar amal wakil kepada yang diwakilkan Sultan itu boleh ganti walinya maka menteri Aflus membawa khatib dan menteri itu masuk ke dalam dusun langsung ke pintu rumah telah bertemu dengan Siti Salmiah maka diperiksa menteri Aflus keredaannya makin sangat Siti Salmiah menangis maka dipertakut oleh menteri Aflus jika tiada berikrarlah kata [kabul] tiadalah berani siapa-2 usik dan ibu bapanya pun bangatlah berjumpa setelah Siti Salmiah mendengar kata bangat boleh berjumpa dengan ibu bapanya itu sukalah sedikit hatinya berikrarlah ia keredaannya maka khatib pun menghampiri Sultan membaca khatib nikah telah selesai maka menteri Aflus pun mengeluarkan [...] dari simpanannya dipasanglah beri cerah maka persantapan baginda pun sudah disuruh oleh perdana menteri pergi ambil letakkan di hadapan baginda maka diajak baginda isterinya makan tiadalah Siti Salmiah mau makan digagahi suruh makan ia makan sedikit maka perdana menteri dan menteri-2 itu pun makanlah setelah sudah maka masing-2 membaiki tempat tidur sekeliling rumah itu maka baginda pun beradulah dua laki isteri telah hari siang bangun menteri dan santap kedua laki isteri maka gajah kenaikan pun dihadirkan perdana menteri lengkap dengan tirai kelambu dinaikkan Siti Salmiah di atas gajah dari pagi-2 berjalan menuju masuk ke negeri dititahkan pada menteri Aflus disuruh pengawas siasat penyamun itu maka Siti Salmiah pun diberi baginda duduk di sebuah rumah hampir dengan istana baginda serta diberi dengan dayang-2 terlalu kasih sayang baginda akan isterinya maka Siti Salmiah sebagai menangis juga akan ayah bundanya tiada berhenti maka menteri Aflus pun siap berjalanlah segenap jajahan negeri disiasat penyamun pencuri berapa lamanya maka menteri Aflus pun bertemulah dengan seorang [tua] berjalan terlalu gopoh di dalam belantara maka menteri Aflus pun turunlah dari atas gajahnya hampir orang tua itu serta dekat memberi salam dan berjabat tangan maka kata orang tua itu Hai perdana menteri Aflus berbahagia engkau beroleh seorang anak akan mengerasi agama Islam maka hairanlah menteri Aflus mendengar kata orang tua itu di mana ia tahu namaku kerana tiada pernah aku

Muka surat 18/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 18/479

melihat orang tua ini di dalam menteri Aflus duduk berfikir berkata pula orang tua itu Hai perdana menteri janganlah engkau takjub akan aku kembalilah engkau ke negeri usahlah engkau mencari penyamun dan pencuri mentua raja kamu tiada engkau berjumpa lagi dan raja kamu pun mendapat dua orang anak yang tua terlalu besar bahagianya kemudianlah akan timbul sekalian itu maka bertambah-2 takjub menteri Aflus mendengar seraya berkata Betapa maulana berkata demikian maka sahut orang tua itu Jangan engkau peduli hendak mengetahui permainan kekayaan Tuhan kamu kemudianlah boleh engkau tahu lalu ia berjalan tiada dipeduli akan perdana menteri Aflus berdiri memberi hormat akan dia maka menteri Aflus pun tercengang-2 tiada terkata-2 maka hendak diikut pergi tanya lagi ia berjalan terlalu gopoh sudah jauh perginya maka ia balik naik gajah menuju ke negeri tercita-2 ia akan perkataan orang tua itu antara beberapa hari sampailah ia ke kota masuk langsung berjalan ke balai penghadapan ketika itu Sultan Yahya pun hadir di penghadapan maka menteri Aflus duduk menyembah sembahnya Daulat Tuanku ratalah patik pengawas siasat periksa penyamun itu tiadalah patik peroleh khabar maka patik bertemu dengan amat ajaib suatu maka diperiksa baginda apa juga yang ajaib itu maka dipersembahkan menteri Aflus segala kata-2 orang tua itu sematanya maka baginda pun terlalu ajaib serta suka mendengar dia beroleh anak itu diulang baginda tanya Ke mana juga orang tua itu orang mana itu maka sembah menteri Aflus Tiada patik ketahui orang mana ke mana hendak perginya hendak bertanya pun dilarangnya patik tiada diberi peduli permainan Rabbulalamin kemudian lagi akan boleh engkau tahu katanya maka baginda pun mengeluarkan beberapa banyak emas perak kain baju memberi sedekah akan segala fakir miskin pohonkan kepada Allah Taala kabulkan seperti kata orang tua itu pada ketika itu Siti Salmiah sedang hamil tiada diketahui baginda sangat kasih baginda akan dia beri lengkap dengan inang pengasuh dayang-2 sekalian itu tiada dipeduli Siti Salmiah ia [...] dengan menangis akan ibu bapanya akan jambia ayahnya itu sahaja [di…] kerana diketahui ayahnya terlalu kasih akan jambia itu tiada diberi bercerai dengan dia kerja yang lain tiada dipedulinya tiada mencerai dirinya maka beberapa dipujuk dan diajar baginda pun demikian juga halnya maka permaisuri pun sangatlah menaruh dengki atas Siti Salmiah berbagai dicari muslihat dengan dicercanya akan baginda katanya Ambil anak orang dusun hutan padang bawa taruh di dalam istana memberi aib nama pada segala raja-2 tiada memilih padan dan dipanggilnya inang pengasuh dayang-2 Siti Salmiah diajarkan bagi [...] disuruh perjahatkan Siti Salmiah disuruh persembahkan kepada baginda kata Siti Salmiah itu kelakuan orang tiada siuman tiada mempeduli membuat kerja pun termangu-2 segenap tempat kelakuan hendak lari maka inang pengasuh dayang-2 itu pun takut sangat akan permaisuri tiada berani melalui masing-2 persembahkan pada baginda menjahatkan Siti Salmiah

Muka surat 19/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 19/479

menurut ajaran permaisuri maka Siti Salmiah sudah mengandung itu pun diketahui permaisuri bertambah-2 dengki tiadalah berasa senang hatinya siang malam makan tidur pun tiada serasa padanya tiadalah khali daripada mencari muslihat maka ia sendiri pun berapa kali sudah disembahkan pada baginda Siti Salmiah ia ini sangat kelakuannya seperti hendak lari ketika baginda keluar ke penghadapan ia pun pergi terjenguk-2 segenap pintu bimbang hati patik kalau [...] nama Tuanku beberapa diajar tegur pun tiada ia pakai lagi sangat patut takut pula melihat ia ada menaruh sebilah pisau tiada ditinggal seketika pun apa kehendak di dalam hatinya tiadalah siapa tahu baik Tuanku beringat sangat jika berlaku suatu pekerjaan alangkah jahat nama Tuanku pada suatu alam dunia ini disebut orang Tuanku tiada pilih badan nafsu tiada ketahuan ambil orang hutan rimba bawa taruh di dalam istana yang tiada berketahuan bangsa yang tiada pernah orang berbuat demikian jangankan raja-2 orang keluaran yang haru-biru pun tiada berbuat demikian apalah kelak dikata orang tiadakah Tuanku fikirkan malu Tuanku seorang raja kurangkah anak raja-2 dan anak menteri pegawai tiada terupaya ambil orang hutan pula dijadikan isteri patik pun sangat malu [kodang] kepala rasanya dicerca oleh segala bini-2 pegawai duli Tuanku permadukan patik dengan orang hutan apa boleh patik katakan lagi sudah janji Allah Taala kepada patik syukurlah patik melainkan Tuanku juga jangan menaruh alpa ingat baik-2 jangan beroleh cedera maka titah baginda Sesungguhnya seperti kata tuan sudah janji Allah Taala akan jadi jodoh kakak betapa dapat disalahkan melainkan tuan ajar tegurlah tolong pebela budak tiada berakal lagi demikianlah sehari-2 permaisuri mencari daya upaya serta sangat takutnya kalau diketahui baginda akan Siti Salmiah mengandung itu. Ada kepada suatu hari baginda beroleh khabar kata kubah tempat kubur segala raja-2 itu roboh maka baginda pun bertitah pada perdana menteri suruh himpunkan segala utus dan hadirkan segala kelengkapan membaiki kubah itu maka disuruh siapkan tempat baginda hendak berangkat pergi sendiri melihat dia telah hadir sekaliannya maka baginda pun berangkat dengan segala menteri pegawai jauhnya adalah kira-2 sekerat hari perjalanan daripada Kota Samtarani itu di sanalah baginda semayam menyuruh orang bekerja membaiki kubah itu. Maka peninggal baginda berangkat pergi itu maka permaisuri pun berbuat muslihat berbagai-2 hendak membinasakan Siti Salmiah tiada disampaikan Allah kehendaknya terlantar suatu fikir di dalam hatinya maka dipanggil dua orang dayang-2 Siti Salmiah seorang bernama [Tan...] dan seorang bernama Nasbah maka berbicaralah ia ketika hendak berbuat khianat atas Siti Salmiah maka kata permaisuri Pergilah engkau kedua katakan pada Siti Salmiah ianya disuruh raja ambil bawa pergi ke tempat raja membaiki kubah itu hendak beri berjumpa dengan ibu bapanya supaya mahulah ia turut pergi mika kedua bawa ia pergi sebelah bandar Amsad jualkan pada orang perahu yang dari negeri jauh-2 yang hendak belayar bangat biar dibawa pergi jauh-2 benci aku memandang mukanya maka harganya itu ambil akan mika kedua tiada aku kehendak kadar boleh lepas bala itu [undur]

Muka surat 20/479 Hikayat Sultan Bustamam


Muka surat 20/479

dari istana ini puas hatiku engkau kedua pun aku besarkan daripada semuanya dayang-2 maka pergilah ke-2 dayang-2 itu kepada Siti Salmiah berkata seperti pengajar permaisuri itu maka sangatlah suka hati Siti Salmiah mendengar hendak bertemu dengan ibu bapanya itu segeralah ia mengambil jambianya turun berjalan menurut dayang-2 kedua itu berjalan langsung keluar kota menuju jalan ke bandar Amsad telah jauh daripada kota Siti Salmiah pun tiadalah kuasa berjalan lagi kerana tiada pernah dia berjalan jauh letih lesu rasa tubuhnya bagi ia bertanya Jauhkah lagi tempat raja maka sahut dayang-2 itu Dekat sudah berjalanlah juga bangat-2 jangan lambat raja dan ibu bapamu menanti maka Siti Salmiah pun gagah berjalan oleh hendak berjumpa dengan ibu bapanya tiadalah dikirakan letih dan hangat kakinya rejam ditikam duri dan tersepak segenap kayu dan batu pecah berdarah itu pun tiada dipeduli digagah berjalan juga dengan demikian sampailah ke bandar Amsad maka dayang-2 kedua pun sembunyikan Siti Salmiah pada suatu tempat yang sulit katanya Duduklah engkau di sini dahulu kami pergi melihat raja di mana duduknya maka berjalanlah ia kedua mencari perahu yang hendak berlayar bangat maka berjumpalah perahu orang Malabari Pulau Serindit sedang siap hendak belayar pulang maka dipertawarkan oleh dayang-2 kedua itu pada orang Malabari hendak berjual budak maka diperiksa orang perahu itu Budak dari mana maka jawab dayang-2 kedua Raja kami suruh jualkan maka mualim perahu itu berkehendak hendak menebus dia maka dibawa oleh dayang-2 itu ditunjukkan Siti Salmiah maka berkenanlah mualim menebus dia berkira-2lah harganya ditentukan 20 dirham maka dikehendaki mualim itu kenyataan daripada raja menjual sahayanya itu maka muafakatlah dayang-2 kedua ditinggalkan seorang duduk bersama-2 Siti Salmiah seorang pergi menghadap permaisuri khabarkan seperti yang sudah diperintahkan jika tiada kenyataan baginda menjual tiada siapa berani menebus maka permaisuri pun segera menyuruh memanggil adiknya Amir Bahur setelah ia datang maka permaisuri pun berkhabarlah segala perintah ini disuruh membuat surat raja kerana mohor cap raja ada tertinggal di rumah tiada dibawa raja pergi bersama maka Amir Bahur pun sukalah serta diperbuat surat diambil mohor cap baginda dipalukan di dalam surat itu diserahkan kepada dayang-2 disuruh segera akan jangan berdan dengan raja balik maka dayang itu pun berlari-2 menuju bandar Amsad telah sampai dibawa pergi surat itu diberi kepada mualim Malabari diterima mualim dibaca demikian bunyinya “Inilah surat cap mohor alamat Sultan Yahya di negeri Samtarani beri taruh pada mualim Malabari bernama mualim [Kakduni] tanda kita berjual budak kita perempuan bernama Salmiah ditebus mualim Kakduni 20 dirham” setelah sudah dibaca diserah berilah 20 dirham kepada dayang-2 kedua hendak diambil Siti Salmiah bawa turun ke perahunya Siti Salmiah pun tiada mahu pergi ia menangis maka dikerasi oleh mualim Kakduni ia ambil bawa turun ke perahunya maka waktu hendak belayar datang mata-mata siasat perahu diperiksa pasal budak

Muka surat: Mula 1-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60