Senarai Manuskrip Melayu

Foto Burung Merak Pavo muticus. Ihsan MY

Senarai manuskrip ini adalah yang dipilih daripada Koleksi Manuskrip di Perpustakaan Universiti Malaya. Sila layari katalog Pendeta Discovery untuk melakukan pencarian yang lebih berpelbagai.

Kitab

KITAB AKIDAH

MANUSCRIPT 315

Menceritakan tentang nur Muhammad, kematian, sakarat al-maut dan perjalan alam roh serta keadaannya.

KITAB BADI' AL-MA'ANI FI SHARHI `AQIDAH AL-SYAIBANI

MANUSCRIPT 181

Membincangkan isu akidah iaitu tauhid kepada Allah, beriman kepada Rasul, kitab, alam ghaib dan lain-lain. Menyandarkan pendapat kepada imam 4 mazhab.

KITAB DUR AL-ALI

MANUSCRIPT 134
Tahun 1919

Menerangkan mengenai rukun Islam dan iman. Membawa kisah sirah Nabi Muhammad secara terperinci.

KITAB FARA'ID

MANUSCRIPT 316
Tahun 1879

Membahaskan tentang ilmu faraid iaitu ilmu pembahagian harta pusaka yang diwariskan oleh si mati. Menghuraikan secara detail serta membawa potongan ayat al-Quran dalam huraiannya.

KITAB FARA'ID

MANUSCRIPT 319

Berkisar tentang ilmu faraid iaitu ilmu pembahagian harta. Dibahas secara terperinci dan jelas.

KITAB HAKIKAT MATI DAN KALIMAH SHAHADAH

MANUSCRIPT 13

Membicarakan mengenai konsep nafi dan ithbat pada kalimah La ilah illa Allah dan maksudnya. Beriman kepada Nabi Muhammad dan perkara-perkara ghaib. Penulis mengulas ungkapan Imam Sanusi di dalam kitabnya Umm Barahin.

KITAB ISLAM
[BASED ON HASHIAH BY AL-GHAZZALI]

MANUSCRIPT 11

KITAB KIFAYAT AL-MUHTADIN DAN SERTA DOANYA

MANUSCRIPT 148

Berkisar mengenai prinsip tauhid, keimanan, konsep ibadah dan doa-doa pilihan.

KITAB MENGENAI HUKUM FIKAH

MANUSCRIPT 108

Tahun 1760

KITAB TAJUID

MANUSCRIPT 135

Tahun 1286

AZIMAT DAN DOA

MANUSCRIPT 311

Hikayat

HIKAYAT DALANG JERAUMAN

MANUSCRIPT 38

Diketogarikan sebagai cerita panji dari Tanah Jawa. Cerita yang terdapat unsur-unsur kepercayaan agama Hindu.

HIKAYAT EMAS JEJOLOK

MANUSCRIPT 40

Cerita panji. Mengisahkan mengenai kisah percintaan antara golongan bangsawan sesuatu kaum. Watak utama adalah Raden Inukartapati dan Raden Galuh.

HIKAYAT FATHUL SHAM

MANUSCRIPT 138

Tahun 1887

HIKAYAT GANJA MARA

MANUSCRIPT 149

Ganja Mara yang bernama Gusti Buana telah ditukar dengan Taja Salim di Istana Gangga Buana. Kemudian dibuang ke Pulau Kubin dan dibesarkan oleh Raja Jin. Seterusnya mengahwini Putri Kamaliah di Gangga Dupa. Oleh kerana kehadirannya tidak disukai oleh Permaisuri Gangga Dupa dan akhirnya Ganja Mara dikeluarkan. Pelbagai tribulasi dan halangan Ganja Mara dan akhirnya beliau ditabalkan menjadi Sultan Dol Akbar dan digelar Sultan Fadhil Shah Nubaz Shah.

HIKAYAT HANG TUAH

MANUSCRIPT 23

Ketaatan dan keperkasaan Hang Tuah membantu menjulang Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha menyebarluaskan jajahan. Mengisahkan ketulusan hati Hang Tuah sebagai Laksamana mempertahankan kedaulatan kerajaan.

HIKAYAT INDERA MENGINDERA

MANUSCRIPT 126

Mengisahkan mengenai Raja Indera Mengindera. Pelbagai kisah tentang hubungan antara Raja-raja di antara negara di sertai dengan mitos dan kesaktian yang pelbagai.

HIKAYAT ISKANDAR ZU'L KARNAIN

MANUSCRIPT 21

Tahun 1284

HIKAYAT JARAN MISA GEMBAR SARI RATU

MANUSCRIPT 28

Cerita Panji. Kisah percintaan di antara Raden Inukartapati dan Raden Galoh.

HIKAYAT JINATUR JAYENG KUSUMA

MANUSCRIPT 4

Cerita Panji. Terdapat banyak kisah yang berlaku terutama kisah percintaan di antara Raden Inukartapati dengan Raden Galoh. Berpunca daripada rasa cinta yang mendalam pada watak utama maka berlakulah episod-episod pengembaraan, peperangan dan lain-lain.

HIKAYAT KORIS MENGENDERA

MANUSCRIPT 150

Kisah seorang putera raja yang bernama Koris Mengendera. Beliau bakal menjadi pewaris takhta kerajaan ayahandanya yang besar takluk jajahannya.

HIKAYAT MISA SUSUPAN

MANUSCRIPT 34

Cerita panji. Raden Inukartapati yang memainkan watak utama sebagai anak raja di Kuripan. Kisah yang berlaku mewarnai hikayat ini.

HIKAYAT MISA TAMAN JAYENG KUSUMA

MANUSCRIPT 35

Berlatar belakang cerita panji. Seorang yang berketurunan raja bernama Raden Inukartapati dan bercinta dengan puteri yang bernama Raden Galoh.

HIKAYAT PAHANG

MANUSCRIPT 201

Mengisahkan tentang politik istana negeri Pahang pada abad ke 19. Negeri Pahang pada asalnya diperintah oleh kerabat Bendahara. Hikayat ini diakhiri dengan ditabalkan Sultan Ahmad Muazzam Shah menjadi Sultan Pahang setelah mendapat bintang kebesaran dari negeri Johor.

HIKAYAT PANDAWA

MANUSCRIPT 39

Mengisahkan mengenai Mahabharata yang disadur dalam Bahasa Melayu di Tanah Jawa. Ia berkisar tentang perang besar dari 2 cabang bangsa Bharata iaitu Korawa dan Pandawa. Peperangan ini melibatkan anak-anak raja Pandu dan anak-anak Korawa.

HIKAYAT PARANG PUTING

MANUSCRIPT 128

Mengisahkan mengenai parang puting yang mempunyai kuasa sakti. Dimiliki oleh anak Puteri Langgam Cahaya yang dibuang ke bumi akibat lantaran kejahatan Raja Mambang. Akhirnya anak Puteri Langgam Cahaya berkahwin dengan Tuan Puteri Mengindera Sehari Bulan.

HIKAYAT PENERANG HATI

MANUSCRIPT 190

Mengandungi 200 hikayat. Kisah dongeng semata-mata dan hanya sekadar cerita tauladan.

Versi transliterasi rumi

HIKAYAT RAJA BERASHGUL

MANUSCRIPT 129

Kisah mengenai Kerajaan Islam pada era Khilafah Uthmaniyah yang diketuai oleh Sultan Abdul Majeed Khan. Menceritakan kemenangan Negara Islam yang diperintah oleh beliau dalam usaha memerangi orang kafir.

HIKAYAT RAJA BUDIMAN

MANUSCRIPT 191

Menceritakan mengenai Raja Budiman yang menetap di Negeri Serendah Sekebun Bunga. Mempunyai 7 orang isteri dan isteri yang terakhir melahirkan seorang putera yang diberi nama Laila Muda. Dilahirkan kembar dan kembarnya adalah seekor naga. Raja Budiman sangat menyayangi putera bongsunya itu mengakibatkan timbul rasa iri dan dengki daripada abang-abangnya. Pelbagai kisah yang terjadi dan akhirnya Laila Muda menaikki takhta kerajaan yang diwarisinya daripada Raja Budiman.

HIKAYAT RASULULLAH - HIKAYAT TATKALA BULAN BELAH DUA

MANUSCRIPT 256

Kisah Musa bermunajat ke Bukit Thur-Sina, cerita Rasulullah didatangi seorang perempuan bernama Fartana Islam, Hikayat Raja Handak dan pelbagai peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad.

HIKAYAT SERI RAMA

MANUSCRIPT 22

Hikayat Seri Rama memaparkan pelbagai kisah yang menarik. Menampilkan kehebatan watak utama iaitu Seri Rama dalam mempertahankan cinta suci kepada isterinya. Diselitkan juga pertarungan dan pertempuran di negeri yang bernama Langkapuri.

HIKAYAT SERIBU MASALAH

MANUSCRIPT 104

Membicarakan tentang fahaman dan peranan Nabi Muhammad. Kisah pertanyaan Abdullah bin Salam sebagai pemimpin Yahudi kepada Nabi Muhammad mengenai kejadian alam, kehidupan di akhirat, syurga, neraka, ganjaran dan siksaan.

HIKAYAT SULTAN BUSTAMAM

MANUSCRIPT 131

Kisah seorang sultan bernama Bustamam yang dilahirkan luar istana kerana bondanya dikeluarkan dari istana iaitu permaisuri kepada Sultan Yahya. Kemudian mengisahkan tentang perjalanan hidup Sultan Bustamam menghadapi pelbagai rintangan. Juga menceritakan keadaan golongan atas dalam masyarakat iaitu golongan bangsawan.

INI HIKAYAT MAHARAJA BARMA

MANUSCRIPT 140

INUKARTAPATI

MANUSCRIPT 192

Kisah ini menceritakan mengenai pengembaraan Raden Inukartapati mencari kekasihnya iaitu Raden Galoh. Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam usaha menjalin semula hubungan mereka yang terhalang. Cerita berakhir dengan pertemuan semula pasangan kekasih tersebut dan hidup bahagia memerintah kerajaan.

MISA PARBU JAYA

MANUSCRIPT 24

HIKAYAT BAYAN BUDIMAN INDONESIAN

MANUSCRIPT 3

Kisah ini menceritakan mengenai seorang saudagar bernama Khoja Maimun dengan isterinya bernama Bibi Zainab. Khoja Maimun berhajat untuk keluar berdagang dan meminta agar 2 ekor burung peliharaannya yang bernama tiong dan bayan untuk menjaga isterinya semasa ketiadaannya. Isterinya tertarik dengan Putra Mahkota dan meminta pendapat bayan. Bayan mengisahkan kepadanyan 70 kisah dan akhirnya beliau insaf daripada ingin berlaku curang terhadap suaminya.

HIKAYAT ALI HANAFIAH

MANUSCRIPT 9

Hikayat ini menceritakan tentang kehebatan, kegagahan dan keistimewaan watak yang bernama Muhammad Ali Hanafiah. Beliau mengetuai angkatan perang Khalifah Saidina Ali menentang tentera Saidina Muawiyah dan juga berjaya menuntut bela ke atas kematian Hasan dan Husin dengan membunuh Yazid bin Muawiyah pada zaman Bani Umayyah.

HIKAYAT BADRUL MU'IN

MANUSCRIPT 5

Kisah mengenai seorang raja bernama Syamsul Anwar. Mencintai Puteri Badrul Muin sepenuh hatinya tetapi ditolak walaupun sudah bergelar isterinya. Kebencian Puteri Badrul Amin terhadap kaum lelaki sukar dihapuskan kerana beranggapan bilamana dunia dikuasai oleh orang lelaki.



Syair

SHAER

Oleh Za'ba

MANUSCRIPT 145

SHAER BAGINDA RAJA

MANUSCRIPT 277

SHAIR MAULUD NABI

MANUSCRIPT 141

SHAIR PENANG MENGKASAR

MANUSCRIPT 183

Tahun 1670

SYAIR AGONG

MANUSCRIPT 20

SYAIR SHAMSUL ALAM

MANUSCRIPT 25

SHA'IR KEN TAMBUHAN

Microfilm 690

Kinta Buhan: a poem from which the extract is taken on page 193 of marsden's Malay grammar; Copied most beautifully and accurately by Abdullah bin Abdul Kadir, a learned native of Malacca, at Singapore, 1838.




Lain-lain