Koleksi Jawi Lama

Foto Pemandangan pagi yang indah di dalam hutan dara di Telaga Tujuh, Langkawi. Ihsan MY

Halaman ini memaparkan gambar beberapa helai muka surat buku di dalam Koleksi Jawi Lama di Perpustakaan Peringatan Za'ba, Universiti Malaya. Bersempena Kempen Hari Jumaat Hari Jawi, halaman ini mempromosi bahan bacaan awam dalam tulisan Jawi. Kandungannya akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.

Untuk memaparkan imej dengan lebih besar, klik kanan (right click) dan pilih Open image in new tab.

Kitab puncha bahasa oleh Abdullah Talib, 1929

Lihat perincian Katalog Perpustakaan UM

Dari Pendahuluan "... adalah fakir yang arif mengarangkan kitab ini dengan tujuan dan harapan yang membawa kepada kebajikan am ialah jalan-2 yang sayugia yang diketahui oleh yang menuntut ilmu [...] perbahasaan dan pertuturan dalam bahasa kita (Melayu) yang diambil setengah-2nya daripada kaedah-2 nahu Arabi dan setengah-2nya daripada nahu [akarnaji] pada kadar mana-2 yang membetuli dan masuk pergunaannya ke dalam bahasa kita."

Semangat yang terchuri oleh Abdullah Sidek, 1940

Lihat perincian Katalog Perpustakaan UM

Dari Lidah Pengarang "Hati perempuan itu adalah seupama sekeping kerak nasi, sungguhpun keadaannya itu keras, tetapi kekerasaan itu dengan mudah sahaja boleh dilembutkan, manakala telah diketahui akan rahsianya."

Hikayat Si-Miskin : uitgegeven door Ch. A. van Ophuijsen, 1919

Lihat perincian Katalog Perpustakaan UM

Dari halaman pertama "Ini hikayat cetera orang dahulu kala sekali peristiwa Allah Subha­nahuwataala menunjukkan kekayaannya kepada hambanya maka adalah seorang miskin laki bini berjalan mencari rezekinya berkeliling negeri Antah Berantah adapun nama raja dalam negeri itu Maharaja Inderadewa namanya terlalu amat besar kerajaanya baginda itu beberapa raja-2 di tanah dewa itu takluk kepada baginda ..."





Hikayat pengaroh wang atau Cherita anak miskin yang jadi kaya oleh Abdullah Sidek, 1939

Lihat perincian Katalog Perpustakaan UM

Dari Sepatah Kata "Bahawasanya seseorang yang hidup senang dan penuh dengan madu penghidupan itu, kalau diberi akan dia pertolongan atau sebagainya, maka iaini tak boleh dikatakan suatu pemberian yang terbit daripada kalbu yang tulus ikhlas sebab daripada perbuatan yang demikian itu, mestilah ada yang mengandungi maksud yang jauh, atau lebih jelas lagi berkehendak akan balasannya."




Hikayat perjumpaan ashik, 1934

Lihat perincian Katalog Perpustakaan UM

Dari halaman pertama "Alkisah maka adalah seorang saudagar sebuah negeri bernama Abdullah maka akan saudagar itu sangatlah kayanya hingga penuh limpah perniagaannya di seluruh negeri itu maka beberapa banyak segala hamba sahayanya dan beberapa banyak sahabat kenalannya. Maka adalah datuk saudagar itu ada menaruh seorang anak laki-2 bernama Hasyim maka adalah Hasyim itu sangatlah muda belia sedang sederhana pinggangnya ramping dadanya bidang kulitnya halus putih kuning kilau-2an ..."

Berjanji di kereta api oleh Abdullah Sidek, 1959

Lihat perincian Katalog Perpustakaan UM

Dari Pendahuluan "Bila membicarakan soal-2 perkahwinan, orang selalu membentangkan dua pendapat atau fikiran yang berlaga. Pendapat yang pertama yang lebih terkenal yang dikatakan faham tua, mereka berpendirian untuk mendirikan sebuah rumahtangga yang tegap teguh itu, ialah berkahwinan dahulu kemudian baharu bercinta-2an, suatu percintaan yang di dalam halal dari segala segi. Sebab itulah - kata mereka - orang tua-2 dahulu perkahwinan mereka diberkati Allah, perkelaminan mereka sentiasa aman bahgia dari muda sampai tua, penceraian jarang berlaku, dan sanggup berhidup berhujan berpanas mencari nafkah hidup dan membuat harta."




Penghargaan kepada Pasukan Penyedia Kandungan

  1. Mahbob Yusof

  2. Muhammad Haris Chin Abdullah