Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah ke Johor beli berangan
Saya mengucap selamat datang
Jikalau salah dikeji jangan
Setinggi penghargaan kepada maklum balas
Prof Dr. Muhammad Haji Salleh Sasterawan Negara
Foto ihsan Victor Pogadaev at ms.wikipedia - Karya sendiri. Transferred from ms.wikipedia, Domain Awam, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=16177140
"Manuskrip kita ialah penanda kembara bangsa kita pada tahap jasmaniah dan akliah. Inilah kumpulan khazanah yang harus segera alihaksarakan sebanyak mungkin supaya kita dapat memahami pemikiran dan perasaan leluhur kita dan mengutip manfaat daripada kebijaksanaan mereka"
Selamat datang ke Laman Manuskrip Melayu!
Sebuah laman sesawang khusus untuk mengetengah dan mempromosi Koleksi Manuskrip Melayu di Universiti Malaya bagi tujuan penyelidikan, rujukan akademik dan bacaan umum. Laman ini dibangunkan sempena Tahun Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 dan inisiatif membaca Read@Uni oleh universiti awam. Laman ini juga menjadi salah satu inisiatif global OpenGLAM (Open Galleries, Libraries, Archives and Museums) untuk memperbanyakkan warisan budaya dalam format digital dalam talian agar boleh diakses dan diguna semula oleh semua orang.
Hampir semua manuskrip Melayu ditulis dalam tulisan Jawi. Justeru, projek merumikan manuskrip Jawi ini dilaksanakan untuk membolehkan teksnya diteliti, dikaji dan diselidiki oleh penyelidik yang berminat. Manuskrip versi Rumi ini juga membolehkan khalayak umum membacanya sebagai bacaan ringan. Manuskrip pertama yang dirumikan adalah Hikayat Penerang Hati yang dikarang oleh seorang penulis dari Taiping, Perak pada tahun 1896.
Terbaharu
Bersempena Kempen Hari Jumaat Hari Jawi.
Sebuah pameran maya bermula Ogos-2020 ~
Mempamerkan lebih 30 gambar terpilih daripada buku dan majalah yang diterbitkan pada tahun 1957 iaitu tahun kemerdekaan Malaysia.
"Keputusan yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi ruang untuk tulisan Jawi diletakkan pada martabatnya yang sah sebagai tulisan bahasa Melayu selama hampir seribu tahun sebelum tulisan Rumi diterima sebagai tulisan rasmi bagi bahasa kebangsaan," katanya dalam kenyataan hari ini." -- Hari Jawi kembalikan keagungan tulisan bahasa Melayu. Berita Harian, Jumaat, 10 Julai 2020
Sebuah pameran maya bermula Jun-2020~
Ahli Pasukan Manuskrip Melayu
Setinggi penghargaan kepada ahli pasukan yang menguruskan kandungan laman Manuskrip Melayu ini seperti berikut:-
Video pembentangan Reconnecting the old to the new: Revival of the Jawi script through the transliteration of Malay manuscripts. Keynote Address di dalam University of Johannesburg Library International Conference, 17 & 18 May 2022, South Africa. Part I dan Part II.
Video pembentangan “Asal terubuk ikan puaka; Tempatnya konon di Laut Melaka” - Transliterasi Manuskrip Melayu Jawi: Inovasi dan Kreativiti Pustakawan di dalam Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2021 pada 14 Jun 2021, boleh didapatkan di https://fb.watch/6g58vlzNxq/
Kertas kerja persidangan “ASAL TERUBUK IKAN PUAKA; TEMPATNYA KONON DI LAUT MELAKA” – TRANSLITERASI MANUSKRIP MELAYU JAWI: INOVASI DAN KREATIVITI PUSTAKAWAN oleh Mahbob Yusof dan Juhaida Abd Rahim
Beberapa rangkap Syair Ikan Terubuk disyairkan oleh 2 orang pustakawan UM yang berbakat sempena Jom Baca dan Sehari Bersama Pustakawan Universiti Awam 2021 boleh didapatkan di https://fb.watch/6g5X1fG3eW/
Pustakawan Menongkah Cabaran Transliterasi di dalam Dewan Sastera, Ogos 2021 di https://dewansastera.jendeladbp.my/2021/08/17/pustakawan-menongkah-cabaran-transliterasi/
MyManuskrip: Moving Forward oleh Nor Edzan Che Nasir dan Mahbob Yusof. Kertas kerja dibentangkan di dalam 5th International conference of Asian Special Libraries (ICoASL2017), UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia.