✦ VISI
“Menjadikan Surau At-Taqwa sebagai pusat ibadah, ilmu dan komuniti yang unggul, harmoni dan diberkati.”
✦ MISI
Mengimarahkan surau sebagai pusat pembangunan rohani, keilmuan dan masyarakat.
Menyediakan prasarana ibadah yang selesa, selamat dan mesra buat semua lapisan umur.
Menganjurkan program keagamaan yang menyeluruh dan berimpak tinggi.
Menggalakkan penyertaan aktif semua ahli kariah dalam aktiviti surau.
✦ OBJEKTIF
Meningkatkan kefahaman Islam di dalam kalangan ahli kariah.
Menyediakan kemudahan ibadah yang kondusif dan mudah diakses.
Melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan bersatu padu melalui program surau.
Menjadikan surau sebagai pusat rujukan ilmu dan tempat pengembangan dakwah.
Kami, Jawatankuasa Surau At-Taqwa, Fasa 1M, berikrar dan beriltizam untuk:
✅ 1. Menyediakan persekitaran surau yang bersih, selesa dan mesra jemaah sepanjang masa.
✅ 2. Mengurus aktiviti surau secara tertib, berhemah dan berpandukan syariat Islam.
✅ 3. Memberi layanan yang adil, sopan dan hormat kepada semua lapisan masyarakat.
✅ 4. Memastikan semua program keagamaan dilaksanakan dengan berkualiti dan berkesan.
✅ 5. Mengalu-alukan sebarang cadangan, aduan dan pandangan dengan fikiran terbuka dan tindakan proaktif.
✅ 6. Memastikan tadbir urus kewangan surau dilaksanakan secara telus, amanah dan bertanggungjawab.