Laporan Program CSR Pelajar Kelas DBS 5A, Kolej Professional Mara, Beranang di Surau At-Taqwa
Info aktiviti
Tarikh : 21 Januari 2025 (Selasa)
Masa : 1.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Surau At-Taqwa, Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
Penganjur : Pelajar Kelas DBS 5A, Kolej Profesional MARA Beranang
Diselia oleh : Cikgu Lotfi, Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa
Pengenalan
Program CSR ini adalah sebahagian daripada tugasan subjek MGT3533 (Business Ethics) oleh pelajar Kelas DBS 5A, Kolej Professional Mara, Beranang yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai sosial dan tanggungjawab di dalam kalangan pelajar. Program ini bukan sahaja menyediakan pengalaman praktikal kepada pelajar, tetapi juga menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan komuniti setempat khususnya di Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma.
Objektif Program
Membersihkan dan menceriakan Surau At-Taqwa sebagai tempat ibadah yang selesa dan kondusif.
Melibatkan pelajar dalam aktiviti sukarelawan yang memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab, dan integriti.
Memenuhi keperluan surau dengan menyediakan peralatan tambahan sekiranya diperlukan.
Aktiviti yang telah Dilaksanakan
Program ini melibatkan beberapa aktiviti utama:
1️⃣ Mengecat semula tembok dan pagar surau – Aktiviti ini bertujuan menceriakan suasana surau dan memberikan wajah baru yang lebih segar.
2️⃣ Mengemas dan menyusun ruang solat – Para pelajar membersihkan ruang solat, menyusun Al-Quran, sejadah, dan peralatan lain untuk meningkatkan keteraturan dan kebersihan.
3️⃣ Membersihkan tempat wuduk dan kawasan sekitar surau – Kawasan tempat wuduk dan persekitaran surau dibersihkan untuk menjamin kebersihan dan keselesaan jemaah.
4️⃣ Menyediakan bantuan keperluan – Pihak Surau juga telah menerima sumbangan daripada wakil pelajar, dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut. Segala sumbangan diterima dimasukkan ke dalam Akaun Bank Surau At-Taqwa dan akan digunakan untuk keperluan Surau yang telah dikenalpasti. Semoga segala sumbangan dari para pelajar dan semua terlibat akan diberkati dan beroleh ganjaran baik oleh Allah SWT.
Keputusan dan Impak
Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan memberikan impak yang sangat positif kepada ahli kariah Surau At-Taqwa dan komuniti sekitar Fasa 1M. Surau At-Taqwa kini lebih ceria dan bersih, meningkatkan keselesaan untuk beribadah.
Selain itu, semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh para pelajar dan sokongan ahli kariah telah memperkukuhkan ukhwah sesama umat Islam.
Penghargaan
Bagi pihak Pengerusi dan AJK Surau At-Taqwa, kami ingin merakamkan penghargaan kepada:
Semua pelajar Kelas DBS 5A, Kolej Profesional Mara, Beranang di atas dedikasi, komitmen, dan tenaga yang dicurahkan sepanjang program berlangsung.
Cikgu Lotfi, Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa, atas peranan beliau dalam mengkoordinasi program bersama pelajar, AJK, dan ahli kariah.
Semua pihak yang telah hadir dan memberikan sokongan langsung atau tidak langsung terhadap program ini.
Kami juga ingin menzahirkan rasa bangga terhadap pelajar muda yang menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang tinggi. Semoga program ini menjadi teladan kepada semua untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Penutup
Program CSR ini telah mencapai matlamatnya dengan jayanya, dan kami berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan oleh semua pihak pada masa akan datang untuk memberi manfaat kepada komuniti yang lebih luas. Kami mendoakan agar semua usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.
Gambar-gambar aktiviti