1.0 Pendahuluan
Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 bertujuan memberi perlindungan kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga sehingga menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan yang menjejaskan keupayaan suri rumah untuk menguruskan rumah tangganya.
Bencana domestik boleh berlaku di dalam atau di luar rumah yang menyebabkan kecederaan diri kepada seseorang suri rumah akibat daripada dan semasa menguruskan rumah tangganya.
SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran, di mana penyakit atau keuzuran tersebut diperakukan keilatannya oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.
Penyertaan adalah secara sukarela bagi mendapatkan perlindungan skim ini.
Tempoh perlindungan adalah sehingga berumur 55 tahun atau meninggal dunia (mana yang terlebih dahulu)
2.0 Caruman Tahunan
1. Caruman sebanyak RM120 setiap setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (in advance) bagi tempoh 12 bulan berturut-turut.
3.0 Pautan Perkeso
Suri Rumah (perkeso.gov.my)
4.0 Faedah Bencana Domestik
4.0 Faedah Keilatan