PENGERUSI
• Menjadi penggerak utama kepada pentadbiran surau.
• Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat yang dianjurkan oleh Surau.
• Menyelaras dan berkerjasama rapat dengan Pegawai Surau, Anggota Jawatankuasa dan biro-biro yang ditubuh ke arah pengurusan surau yang cekap dan sistematik.
• Merancang aktiviti surau dan menyediakan pelan pelaksanaan bersama biro dan jawatankuasa lain.
• Melaksanakan and mengawasi perkembangan aktiviti yang telah dirancang.
• Membuat penilaian dan tindakan susulan untuk memastikan aktiviti dilaksanakan dengan jayanya.
• Melaksanakan tugasan lain yang diperlukan oleh Pejabat Agama Islam.
SETIAUSAHA
• Mengurus panggilan mesyuarat AJK dan lain-lain mesyuarat serta menyediakan catatan dan minit mesyuarat.
• Mengurus keperluan surat mesyuarat bagi pihak Pengurusan Surau.
• Mengurus system filing serta kelengkapan pejabat Surau.
• Menyediakan laporan aktiviti dan dokumen lain untuk Mesyuarat Agung atau keperluan Pengurusan Surau.
• Memaparkan carta organisasi barisan pengurus surau dan jadual program/aktiviti terkini untuk pengetahuan para Jemaah.
• Berhubung dengan pihak Nazir Masjid Rinching Hulu untuk mendapat maklumat terkini serta garis panduan yang dikeluarkan dari masa kesemasa.
• Mengemaskini rekod pendaftaran anak kariah serta kedudukan rumah-rumah dalam kawasan kariah.
• Membantu mengurus hebahan kegiatan Surau melalui berbagai jenis termasuk media Internet untuk mancapai serta meluaskan matlamat dakwah.
• Membantu dan berhubung rapat dengan Pengerusi, Biro dan jawatankuasa lain.
• Melaksanakan arahan lain daripada Pengerusi dari masa ke semasa.
BENDAHARI
• Menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan penyatanya bila diperlukan.
• Membantu usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama biro dan jawatankuasa lain.
• Mengurus permohonan perbelanjaan dan pembayaran bagi kegunaan Surau.
• Melaksanakan sistem kewangan yang baik mengikut tatacara yang diperlukan oleh Majlis Agama Islam Selangor.
• Melaksanakan pengurusan kewangan Surau dengan jujur dan amanah.
• Membantu Biro dan jawatankuasa lain bila diperlukan.
IMAM
• Menjalankan tugas sebagai imam bagi solat fardhu dan solat berjemaah yang lain.
• Memastikan imam-imam yang dilantik untuk mengganti adalah sesuai.
• Mengetuai jemaah dalam majlis tahlil, bacaan Yasin/Al-Kahfi dan doa selamat.
• Mengetuai urusan fadhu kifayah untuk urusan solat jenazah dan pembacaan talkin jika diperlukan.
• Membantu Pengerusi dan jawatankuasa dalam menentukan semua pelaksanaan dan pengajian yang dijalankan adalah mengikut aliran Sunnah Wal Jemaah.
• Membantu Biro dan jawatankuasa lain bila diperlukan.
BILAL
• Menyempurnakan azan dan iqamah bagi solat fardhu dan solat solat lain.
• Mendapat bilal gantian bila perlu.
• Memastikan peralatan audio dalam keadaan baik bagi setiap kali sebelum solat didirikan. Jika terdapat masalah dimaklumkan kepada Biro Penyenggaraan.
• Membantu Biro dan jawatankuasa lain bila diperlukan.
SIAK
• Memastikan kebersihan Surau.
• Memastikan semua persediaan tempat solat dan keadaan surau dalam keadaan baik, bersih dan sempurna
• Membantu Biro dan jawatankuasa lain bila diperlukan.
PEMERIKSA KIRA-KIRA
• Membuat pemeriksaan kira kira bagi penyedian Laporan Kewangan bagi Mesyuarat Agung Tahunan.
• Menghadiri mesyuarat AJK Surau jika dikehendaki berbuat demikian oleh Pengerusi
• Melaksanakan pemeriksaan kira-kira kewangan dengan jujur dan amanah.