Disember 2025
6-Disember-2025 LAWATAN DAN TAKLIMAT PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS MASJID BANDAR TASIK KESUMA (KOMBAT)
Pihak Jawatankuasa Pembinaan Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma (KOMBAT) telah mengadakan program ini bertujuan untuk memberi peluang meninjau perkembangan semasa projek ini disamping dapat mencerahkan beberapa perkara yang berbangkit. Pengerusi dan wakil AJK Surau At-Taqwa telah menyertai program lawatan dan taklimat projek KOMBAT ini.
2-Disember-2025 Mesyuarat AJK Bil 3/2025
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi, Tuan Haji Azhar Mohamad telah berlangsung dengan baik. Banyak agenda telah dibincangkan dan kebanyakan usul telah dipersetujui.
November 2025
27-November-2025 – Lawatan ADUN Semenyih YB Nushi Mahfodz
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan buat ADUN Semenyih YB Nushi Mahfodz bagi meninjau tapak parkir motosikal yang telah disiapkan. Ini membolehkan para jemaah dapat tempat khusus untuk meletakkan motosikal mereka.
Setiausaha dan AJK mewakili Pengerusi yang berada di luar kawasan menyambut kehadiran YB Nushi dan memberikan sedikit sebanyak taklimat tentang projek parkir yang telah disiapkan.
23-November-2025 – Kawasan parkir motor baru
Semua ahli kariah telah boleh menggunakan ruang parkir baru bagi meletakkan motosikal. Kawasan parkir motor sedia ada (di hadapan dapur/lama) KHAS untuk kenderaan Siak (Urusan Dapur) dan parkir basikal sahaja.
22-November-2025 – Gotong-Royong Surau At-Taqwa Fasa 1M
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Program Gotong-Royong Surau At-Taqwa Fasa 1M.
Kehadiran lebih 20 ahli kariah serta kerjasama semua amat dihargai.
Terima kasih juga kepada para penyumbang — sebanyak RM150 telah diterima bagi menyokong aktiviti kali ini.
Semoga Allah membalas segala kebaikan dan memudahkan urusan kita semua.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا
Oktober 2025
12-Oktober-2025 KEJOHANAN PING PONG ANTARA SURAU-SURAU DI BAWAH MASJID KARIAH KAMPUNG RINCHING HULU (MKKRH) 2025
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain yang mewakili Surau At-Taqwa Fasa 1M atas kejayaan menjuarai Kejohanan Ping Pong Antara Surau Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu Tahun 2025 yang telah berlangsung pada 12 Oktober 2025 bagi merebut Piala Nazir.
Pertandingan telah berlangsung di Kelab Ping Pong MKKRH.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan semua kariah Fasa 1M, malah mencerminkan semangat kesukanan, ukhuwah dan kerjasama erat antara ahli kariah.
September 2025
27-September-2025 Rehlah AJK 1.0
Program rehlah ini telah dianjurkan sebagai wadah mengukuhkan ukhuwah antara AJK Surau At-Taqwa dan Lajnah Khairat Kematian. Selain menjadi aktiviti riadah santai, ia juga memberi ruang interaksi mesra, harmoni serta membuka peluang perbincangan strategik demi memperkukuh peranan surau.
Program 2 hari 1 malam yang berlangsung di Anjung Janda Resort, Janda Baik, Pahang ini disertai oleh AJK bersama ahli keluarga masing-masing, sekaligus menyerikan suasana dengan kemesraan dan semangat kekeluargaan.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus memacu kerjasama erat dan sumbangan berterusan demi kelancaran pengurusan serta pengimarahan Surau At-Taqwa. 🌸
Ogos 2025
12-Ogos-2025 Mesyuarat AJK Bil 2/2025
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi, Tuan Haji Azhar Mohamad dan dihadiri oleh AJK. Alhamdulillah banyak perkara yang telah dibincangkan terutamanya sempena majlis sambutan Maulidur Rasul dan Rehlah AJK 1.0 di Janda Baik.
Julai 2025
4-Julai-2025 Mesyuarat Agung Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu Bagi Tahun 2024
Surau At-Taqwa diwakili oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Surau hadir ke Mesyuarat. Ianya berlangsung dengan jayanya.
Jun 2025
29-Jun-2025 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2024/25 dan SPM 2024/25 Tuan Haji Adinan Husin 2025.
Majlis ini bertujuan menghargai pencapaian pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPKK dan SPM, serta menyuntik semangat kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Ucapan dan penyampaian anugerah oleh Tuan Haji Adinan
27-Jun-2025 Program Sambutan Maal Hijrah 1447H
Pihak Surau At-Taqwa Fasa 1M ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kariah yang berkesempatan hadir dan menjayakan Program Istimewa Maal Hijrah 1447H.
Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan telah memeriahkan lagi suasana ibadah dan ukhuwah di surau kita yang tercinta.
Bacaan yasin, tahlil arwah, selawat dan doa untuk kesembuhan buat ahli kariah telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Shakil.
21-Jun-2025 Kuliah Maghrib Khas
Disampaikan oleh Usatz Faezal Husni yang bertajuk Tadabbur Hijrah Rasulullah
6-Jun-2025 Program Ibadah Korban 1446H
Program Ibadah Korban 1446H tahun ini melibatkan 3 ekor lembu dan 4 ekor kambing. Penyertaan daripada ahli kariah amat menggalakkan, dan proses penyembelihan serta agihan daging telah berjalan dengan teratur. Program ini bukan sahaja memperkukuh semangat ukhuwah dalam kalangan masyarakat, malah menghidupkan syiar Islam dalam menyambut Aidiladha. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyumbang menjayakan program ini. Semoga segala amalan diterima Allah SWT.
5-Jun-2025 Gotong Royong Pembersihan Surau (Muslimah)
Gotong royong Muslimah diadakan bagi persiapan awal program Ibadah Korban yang akan diadakan sempena sambutan Aidiladha nanti.
3-Jun-2025 Mesyuarat Khas Persiapan Ibadah Korban
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan persiapan awal program Ibadah Korban yang akan diadakan sempena sambutan Aidiladha nanti.
1-Jun-2025 Gotong Royong Pembersihan Surau (Muslimin)
Gotong royong Muslimin diadakan bagi persiapan awal program Ibadah Korban yang akan diadakan sempena sambutan Aidiladha nanti. Pembersihan melibatkan kerja-kerja luaran seperti memotong rumput dan memotong pokok.
Mei 2025
21-Mei-2025 Sumbangan membaiki bumbung laluan Muslimah
Pihak Surau At-Taqwa merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam menjayakan usaha membaiki bumbung laluan Muslimah.
Hanya dalam beberapa jam saja dibuka, pihak Surau telah menerima jumlah sumbangan melebihi dari sasarannya iaitu RM1810 berbanding sasaran RM900.
Dengan izin Allah dan sumbangan ikhlas dari tuan/puan, kerja-kerja pemasangan akan dilakukan dengan seberapa segera.
21-Mei-2025 PROGRAM QR IMAN: “CURANG TANPA NIAT & NAFSU SONGSANG"
Anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat: Dewan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Biro Muslimat serta ahli kariah Muslimat telah menghadiri Program QR IMAN yang bertemakan “Curang Tanpa Niat & Nafsu Songsang” pada 21 Mei 2025.
17-Mei-2025 Kuliah Maghrib Khas bulan Mei, 2025
Penghayatan Ibadah Korban oleh Ustaz Adzdzin Muzhaffar
16-Mei-2025 Mesyuarat Khas Surau At-Taqwa Bil 4/2025
Mesyuarat sempena persediaan Program Korban 1446H pada 7 Jun 2025 nanti. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi, Cikgu Lotfi kerana Pengerusi berada di luar kawasan kerana bertugas.
9-Mei-2025 Kelas Talaqi Al-Quran bermula
Dihadiri oleh 8 orang ahli kariah dibimbing oleh Ustaz Zaifuri di mana peserta membaca 1 helai mukasurat.
8-Mei-2025 Mesyuarat bersama antara Majlis Tertinggi Surau At-Taqwa dan Lajnah Khairat Kematian Surau At-Taqwa
Mesyuarat membincangkan cadangan dan pelan arah tuju Lajnah Khairat Kematian
2-Mei-2025 Pengunaan Jam Info Solat My-Masjid untuk Surau At-Taqwa
Surau At-Taqwa kini menggunakan Jam Info Solat My-Masjid, sebuah sistem paparan maklumat solat yang moden, mesra pengguna dan PERCUMA sepenuhnya! Sebagai sebuah Surau kita memerlukan solusi jam solat yang menjimatkan dan menggunakan sumber yang sedia ada. Info https://my-masjid.com/ Juga aplikasi jam solat terdapat di Google dan Android. Setelah download, semasa setting, pilih negara Malaysia, select city Beranang, select Masjid iaitu Surau At-Taqwa.
Laporan penuh di link ini
April 2025
26-April-2025 Majlis Sambutan dan Jamuan AidilFitri 1446H
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Majlis Sambutan dan Jamuan Aidilfitri 1446H anjuran Surau At-Taqwa telah berjaya dilangsungkan pada 26 April 2025 dalam suasana yang penuh kemeriahan dan keberkatan.
Majlis ini telah dihadiri oleh lebih daripada 200 orang ahli kariah, termasuk para kanak-kanak, yang bersama-sama memeriahkan sambutan kali ini. Kehadiran Nazir, Setiausaha MKKRH, penceramah-penceramah jemputan bersama keluarga turut menambahkan seri dan keberkatan pada majlis sambutan kali ini.
22-April-2025 Mesyuarat Khas Surau At-Taqwa Bil 3/2025
Mesyuarat Khas Surau At-Taqwa Bil 32/2025 Telah Selesai dengan Jayanya
Terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan memberikan komitmen penuh dalam perbincangan.
19-April-2025 Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Sambutan Hari Raya
Pihak Surau At-Taqwa Fasa 1M ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli kariah yang hadir. Majlis adalah di bawah anjuran Persatuan Sahabat Al-Quran, Semenyih. Berlangsung di Surau Riyadus Solihin (MJII)
Mac 2025
27 Mac 2025 – Majlis Khatam Al-Quran sempena Tadarus Ramadhan 1446H
Surau At-Taqwa Fasa 1M merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli kariah yang hadir dan menjayakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Tadarus Ramadhan 1446H. Semoga amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT.
23 Mac 2025 – Qiamullail Perdana Surau At-Taqwa Fasa 1M
Surau At-Taqwa Fasa 1M dengan jayanya telah menganjurkan Program Qiamullail Perdana pada 23 Mac 2025 bersamaan 13 Ramadhan 1446H. Program dimulakan seawal jam 4.00 pagi dengan solat sunat, bacaan al-Quran dan diimamkan oleh imam jemputan, Ustaz Muhamad Husaini.
Kehadiran ahli kariah amat memberangsangkan dan mencerminkan semangat ukhuwah serta kesungguhan dalam menghidupkan malam Ramadhan. Program diakhiri dengan jamuan sahur berjemaah yang disediakan oleh pihak surau. Semoga amalan yang dilakukan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
19-Mac-2025 Penyerahan Sumbangan Bank Rakyat untuk Surau At-Taqwa
Pihak Surau At-Taqwa Fasa 1M ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bank Rakyat atas sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada surau kami. Sama ada dalam bentuk kewangan atau sokongan lain, ia amat bermakna bagi kami dan seluruh ahli kariah.
Majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung di Bank Rakyat Cawangan Beranang dengan kehadiran Pengerusi, Bendahari, dan Setiausaha Surau At-Taqwa. Penyerahan secara simbolik telah disempurnakan oleh Pengurus Cawangan Bank Rakyat.
18-Mac-2025 Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Kg Rinching Hulu
🙏 Terima kasih kepada Puan Hayati, Ketua Muslimat Masjid Kg Rinching Hulu, atas jemputan untuk turut serta dalam majlis yang penuh keberkatan ini. Tahniah kepada Puan Normas Mansor dan wakil muslimah Surau At-Taqwa yang hadir bagi menyemarakkan lagi program ini.
7-Mac-2025 Pelancaran Bio Link - https://bio.link/satf1m
Informasi Surau At-Taqwa Fasa 1M Bandar Tasik Kesuma boleh diakses menggunakan biolink berikut :
Bio.link ialah satu platform yang membolehkan anda mengumpulkan pelbagai pautan penting dalam satu halaman ringkas. Ini sangat berguna untuk organisasi seperti masjid atau surau kerana ia memudahkan jemaah mengakses maklumat terkini tanpa perlu mencari di banyak tempat.
📢 Jangan lupa untuk simpan dan kongsi pautan ini dengan ahli kariah yang lain!
4-Mac-2025 Malam ketiga solat terawih di Surau At-Taqwa
Syukur ke hadrat Allah SWT, malam ketiga solat terawih di Surau At-Taqwa telah berlangsung dengan kehadiran penuh daripada ahli kariah Fasa 1M. Tahlil arwah dimulakan selepas solat baqdiah Isyak dan seterusnya solat sunat terawih dan witir yang diimamkan oleh Imam 3, Cikgu Lotfi. Bacaan Surah Al-Baqarah dari mukasurat 11 hingga 14.
Selesai ibadah, jemaah bersama-sama menikmati jamuan moreh dengan juadah yang dibawa oleh kariah, mengeratkan lagi ukhuwah.
Aktiviti diakhiri dengan sesi Tadarus Al-Quran.
Terima kasih tak terhingga buat ahli kariah yang terus membuat sumbangan ke tabung Infaq Surau.
3-Mac-2025 Tadarus Al-Quran Ramadhan 1446H
Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan 1446H, Biro Dakwah dan Tarbiah akan melaksanakan aktiviti Tadarus Al-Quran dengan sasaran untuk khatam pada bulan Ramadhan. Program ini bertujuan untuk menghidupkan semangat membaca dan memahami Al-Quran dalam kalangan peserta serta mengeratkan ukhuwah Islamiah.
Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menyokong program ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan mendapat keberkatan.
3-Mac-2025 Malam kedua solat terawih di Surau At-Taqwa
Syukur ke hadrat Allah SWT, malam kedua solat terawih di Surau At-Taqwa telah berlangsung dengan kehadiran penuh daripada ahli kariah Fasa 1M. Tahlil arwah dimulakan selepas solat baqdiah Isyak dan seterusnya solat sunat terawih dan witir yang diimamkan oleh Imam 2, Ahmad Najib. Bacaan Surah Al-Baqarah dari mukasurat 7 hingga 10.
Selesai ibadah, jemaah bersama-sama menikmati jamuan moreh dengan juadah yang dibawa oleh kariah, mengeratkan lagi ukhuwah.
Aktiviti diakhiri dengan sesi Tadarus Al-Quran.
Terima kasih tak terhingga buat ahli kariah yang terus membuat sumbangan ke tabung Infaq Surau.
2-Mac-2025 Malam pertama solat terawih di Surau At-Taqwa
Syukur ke hadrat Allah SWT, malam pertama solat terawih di Surau At-Taqwa telah berlangsung dengan kehadiran penuh daripada ahli kariah Fasa 1M.
Terima kasih tak terhingga buat ahli kariah yang terus membuat sumbangan ke tabung Infaq Surau.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar, sebelum diteruskan dengan solat sunat terawih dan witir yang diimamkan oleh Imam 1, Tuan Suhaimi. Bacaan Surah Al-Baqarah dari mukasurat 1 hingga 6.
Selesai ibadah, jemaah bersama-sama menikmati jamuan moreh dengan juadah yang dibawa oleh kariah, mengeratkan lagi ukhuwah.
1-Mac-2025 Laporan Aktiviti Berkaitan Pengimarahan Ramadan 1446H
Pihak Surau At-Taqwa telah menyediakan akses kepada Program Pengimarahan Ramadan 1446H bagi memastikan bulan yang mulia ini dimanfaatkan sebaiknya oleh seluruh ahli kariah. Pelbagai aktiviti telah dirancang, termasuk majlis berbuka puasa, solat Tarawih berjemaah, tazkirah Ramadan, serta program kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Semoga segala usaha ini dapat meningkatkan keimanan dan mempererat ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Sila klik di sini - Laporan Aktiviti Berkaitan Pengimarahan Ramadan 1446H
Februari 2025
26-Februari-2025 Mesyuarat Khas Surau At-Taqwa Bil 2/2025
Mesyuarat Khas Surau At-Taqwa Bil 2/2025 Telah Selesai dengan Jayanya
Alhamdulillah, Mesyuarat Khas Surau At-Taqwa Bil 2/2025 telah berlangsung dengan lancar pada malam ini. Terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan memberikan komitmen penuh dalam perbincangan.
Antara perkara utama yang telah dibincangkan:
✅ Persiapan pengisian Bulan Ramadhan 1446H/2025M
✅ Jumlah terkini sumbangan Infaq Ramadhan
✅ Post Mortem Mesyuarat Agung Tahun 2024
✅ Cadangan & penambahbaikan untuk program surau
23-Februari-2025 Mantai Lembu Ramadhan
Sebanyak 2 ekor lembu disembelih pada program kali ini dan diketuai oleh Haji Zainordin. Sebanyak 25 bahagian telah habih ditempah dengan yuran penyetaan adalah sebanyak RM270 bagi setiap bahagian.
Alhamdulillah, program kali ini berjalan dengan lancar di mana peserta bagi bahagian masing-masing mendapat sebanyak 7.7 kg daging dan tidak termasuk tulang serta organ dalaman yang lain. Nilai pasaran bagi harga daging sahaja adalah sebanyak RM308 dan dengan program kali ini, semua peserta telah mendapat penjimatan lebih darpada RM50 setiap bahagian.
16-Februari-2025 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun Berakhir 2024. Majlis dihadiri oleh Nazir dan Setiausaha Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu
Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan laporan kewangan serta aktiviti tahun 2024. Nazir dan Setiausaha Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu turut memberikan nasihat serta maklum balas yang bernas dan membina, yang dapat dijadikan panduan oleh semua AJK dalam usaha mentadbir dan mengimarahkan Surau At-Taqwa dengan lebih berkesan.
12-Januari-2025 Mesyuarat AJK Khas Bil 1/2025
Mesyuarat AJK Khas Surau At-Taqwa Bil 1/2025. Mesyuarat membincangkan perancangan Surau untuk Persiapan Mesyuarat Agung bagi Tahun berakhir 2024.
11-Januari-2025 Ceramah Khas Sempena Israk & Mikraj
Ceramah disampaikan oleh AF Ustaz Ahmad Fairuz bin Mazanan
9-Februari-2025 Kursus Pengurusan Jenazah (Muslimat)
Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama di antara Biro Muslimat dan juga Badan Khairat Kematian Surau At-Taqwa, Fasa 1M
5-Februari-2025 Ziarah dan bacaan Surah Yasin buat adik Muhammad Amier Iskandar, anak Tuan Azmi Hashim (Ameeringgo) (Jalan 1Q) yang masih koma akibat kemalangan jalanraya.
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SATF1M.
4-Februari-2025 Mesyuarat khas bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan.
Bagi menerangkan cara serta syarat untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti yang terkandung di dalam buku pengurusan surau dan masjid negeri Selangor dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari SATF1M telah berlangsung di Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu.
2-Februari-2025 Pertandingan Bowling Tertutup 🎳, Surau At-Taqwa Tahun 2025
Seramai 9 kumpulan lelaki dan 4 kumpulan wanita telah bertanding. Aktiviti telah berlangsung di Ampang Superbowl, Seksyen 15, Bangi Gateway.
Laporan lanjut - Klik sini
Januari 2025
21-Januari-2025 Program Bakti Siswa di Surau At-Taqwa Fasa 1M anjuran pelajar Kelas DBS 5A dari Kolej Profesional MARA Beranang.
Pihak Surau menngucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada para pelajar Kelas DBS 5A dari Kolej Profesional MARA Beranang atas komitmen, tenaga, dan masa yang telah dicurahkan dalam program ini.
Pihak Surau juga telah menerima sumbangan daripada para pelajar, terima kasih diucapkan dan semoga Allah kurniakan keberkatan buat semua.
Laporan lanjut - Klik sini
18-Januari-2025 - Kuliah Subuh oleh Ustaz Haji Abd Talib
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Nazir, Tuan Haji Noor Rashid Bin Abu Bakar, dan seluruh pihak pengurusan Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu atas kesudian menaja Kuliah Subuh oleh Ustaz Haji Abd Talib, yang akan diadakan setiap Sabtu minggu ke-3 mulai tahun 2025.
10-Januari-2025 Kelas Bimbingan Asas Tajwid dan Bacaan Al-Quran oleh Ustaz Zaifuri
Kelas diadakan pada setiap hari Jumaat selepas solat Isyak. Dengan adanya kelas pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai mereka yang mahir dan meningkatkan lagi bacaan al-quran.
9-Januari-2025 Mesyuarat AJK Bil 1/2025
Mesyuarat AJK Surau At-Taqwa Bil 1/2025. Mesyuarat membincangkan perancangan Surau untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang untuk tahun 2025.