1.0 Pendahuluan :
1.1 Objektif :
Menghidupkan pembudayaan bacaan al-Qur'an dalam kalangan ahli qariah fasa 1M.
Memberi peluang kepada ahli qariah fasa 1M khususnya dalam memperbaiki bacaan al-Qur'an.
1.2 Aktiviti Berimpak:
Tadarus Al-Quran telah memberi impak kepada ahli kariah Surau At-Taqwa di mana ianya menunjukkan pengaruh positif tadarus Al-Quran terhadap peserta dan komuniti secara keseluruhannya.
Dari tahun ke tahun, jumlah peserta Tadarus semakin bertambah dan boleh dikatakan hampir setiap hari aktiviti Tadarus sentiasa diadakan.
Sesi Tadarus harian diteruskan seperti berikut :
1) Selepas solat Subuh
2) Selepas solat Maghrib
1.3 Penghargaan dan Pengiktirafan:
Penghargaan atau pengiktirafan ditujukan buat Pengerusi Surau yang sentiasa menyokong dan khusus buat semua peserta Tadarus yang dari masa ke semasa telah dapat meningkatkan prestasi bacaan masing-masing di dalam tadarus Al-Quran.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan dikira sebagai satu ibadah yang membolehkan mendapat ganjaran terbaik dariNya.
1.4 Cadangan untuk Masa Hadapan:
Cadangan atau langkah-langkah untuk meningkatkan lagi program tadarus Al-Quran di Surau At-Taqwa akan terus dibincangkan.
Ini termasuk cadangan jadual baru, cara untuk meningkatkan penyertaan, dan strategi untuk memaksimumkan manfaat daripada aktiviti ini.
2.0 Laporan aktiviti khatam Al-Quran :
Tahun 2024 (Jumlah khatam 4 kali telah dicapai)
1. 24 Februari 2024 - Khatam Tadarus 1445H (Sesi 1, 1445H)
2. 29 Mac 2024 - Khatam Tadarus Ramadhan 1445H
3. 12-Mei-2024 - Khatam Tadarus 1445H (Sesi 2, 1445H)
4. 24-November-2024 - Khatam Tadarus Bertadabur 1446H (Sesi 1, 1446H)
3.0 Laporan aktiviti Tadarus Al-Quran yang sedang berlangsung :
1. Semua Ahli kariah dijemput untuk menyertai sesi Tadarus Al-Quran diadakan selepas solat Subuh setiap hari.
2. Sesi tadarus sedang dijalankan dan dijangka untuk khatam sebelum bulan Ramadhan, tahun 2025.
3. Pada bulan Ramadhan akan datang, insyaAllah kita akan cuba untuk capai sasaran Khatam sebanyak 2 kali berbanding 1 kali bagi bulan-bulan Ramadhan sebelumnya.
Majlis Khatam Ramadhan 2023
Majlis Khatam Bulan Disember 2023
Kelas bimbingan asas sebutan huruf Al-Quran 2023
Kelas bimbingan asas sebutan huruf Al-Quran 2023
Setiap hari Jumaat selepas solat Isyak
Bacaan Yassin dan Tahlil
Setiap hari Khamis selepas solat Maghrib
Sesi Tadarus Harian
Selepas solat Subuh dan Maghrib
4.0 Jadual aktiviti tadarus Al-Quran
Pautan Jadual - Klik di sini
5.0 Aktiviti tadarus Al-Quran 2025
3.1 Progres Kumpulan Tadarus:
Laporan progres pembacaan Al-Quran oleh kumpulan peserta Tadarus dikongsikan melalui Whatsapp Grup ngaji surau At Taqwa. Ini merangkumi jumlah surah atau juz yang telah dibaca atau sebarang pencapaian khusus.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, perkongsian perkembangan aktiviti tadarus harian SATF1M 1446H
Surah dan ayat terakhir dibaca :
Juzuk 16
Surah Maryam ayat 76
Bil ms telah dibaca : 310/604 (51%)
InshaAllah, target khatam sebelum Ramadhan 2025.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
6.0 KELAS BIMBINGAN PENGAJIAN ASAS SEBUTAN HURUF AL-QURAN SATF1M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
JEMPUTAN KE KELAS BIMBINGAN PENGAJIAN ASAS SEBUTAN HURUF AL-QURAN SATF1M
📆 Tarikh : Setiap Jumaat malam
⏱️ Masa : Selepas solat Isyak (Dalam jangkaan 30 minit ke 1 jam)
🏡 Tempat : Surau At Taqwa
> Kelas adalah di bawah bimbingan, Ustaz Zaifuri bin Zakaria (Di bawah Tauliah MAIS)
> Jemputan : terbuka untuk semua anak kariah Muslimin termasuk anak2 remaja juga.
> Modul disediakan
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Kelas Manhaj Al Furqan
Kelas modul asas ini mengandungi perbincangan dan penekanan terhadap perkara perkara berikut:
1. Peserta akan di terangkan dan dilatih untuk menyebut huruf-huruf hija’iyyah melalui makhraj dan sifat huruf dengan betul dan tepat.
2. Melatih peserta menyebut huruf-huruf hija’iyyah dengan betul ketika ia berbaris atau tidak berbaris.
3. Membincangkan berkenaan semua hukum- hukum tajwid yang ada pada AlQuran.
4. Bacaan talaqqi secara berdepan selepas habis kelas modül Asas.
7.0 KELAS TALAQI AL-QURAN SATF1M - Bermula dari 4 Julai 2025
4 Julai 2025
11 Julai 2025
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
JEMPUTAN KE KELAS TALAQI AL-QURAN SATF1M
📆 Tarikh : Setiap Jumaat malam
⏱️ Masa : Selepas solat Isyak (Dalam jangkaan 30 minit ke 1 jam)
🏡 Tempat : Surau At Taqwa
> Kelas adalah di bawah bimbingan, Ustaz Zaifuri bin Zakaria (Di bawah Tauliah MAIS)
> Jemputan : terbuka untuk semua anak kariah Muslimin termasuk anak2 remaja juga.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Objektif Kelas
Memperkukuh bacaan Al-Quran mengikut tajwid yang betul melalui bimbingan secara langsung daripada guru bertauliah.
Menghidupkan semula tradisi talaqqi, iaitu pengajian secara bersemuka dan berterusan bersama guru, sepertimana amalan para ulama terdahulu.
Menanam kecintaan terhadap ilmu-ilmu Al-Quran, termasuk pemahaman tafsir, hukum bacaan, dan adab belajar.
Hasil dan Manfaat Program:
Peserta menunjukkan peningkatan ketara dalam sebutan dan bacaan Al-Quran, serta lebih yakin membaca.
Peserta lebih istiqamah dalam ibadah dan majlis ilmu.
Terbina ukhuwah Islamiah yang kukuh dalam kalangan jemaah melalui suasana belajar yang harmoni dan saling menyokong.