1.1 Tujuan
Sebagai fardhu kifayah pengurusan jenazah untuk ahli kariah Surau At-Taqwa, Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma [ ahli dan bukan ahli ] dan membantu keluarga yang menghadapi kesusahan mengikut kemampuan kewangan sedia ada Surau At-Taqwa
1.2 Pengertian Khairat
Khairat adalah perkataan Arab yang bermaksud “Kebajikan” yang merangkumi derma, sedekah atau sumbangan ikhlas. Khairat Kematian boleh diertikan sebagai satu tabung kebajikan pengurusan kematian dengan sumber pembiayaannya adalah dari caruman sumbangan ikhlas (At-tabarru’at) dari ahli-ahli khairat kematian. Berkonsepkan Takaful (dari perkataan Arab, “al-kafala” yang bermaksud ‘saling jamin menjamin’) selari dengan prinsip ta’awun iaitu tolong menolong di kalangan ahli-ahli khairat kematian. Bersama membantu antara satu sama lain adalah perkara yang terpuji dalam Islam seperti mana yang dirakamkan dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”
Semoga segala usaha bersama ahli-ahli dan pengurusan mendapat keberkatan dan keredhaanNya, InshaAllah.
Bagi meringankan beban ahli keluarga dengan hanya sumbangan tahunan RM60.00 dengan manfaat kematian sehingga RM1,2000.00 dengan setiap kematian. Termaktub kepada terma dan syarat.
2.1 Bantuan kewangan wang tunai
Sehingga RM1200 wang tunai akan diberikan kepada waris sekiranya waris menguruskan sendiri jenazah.
2.2 Bantuan Pembiayaan Kos Pengurusan Jenazah Yang Tinggi
Bagi kes-kes kematian biasa, kos pengurusannya adalah di sekitar RM1000.00 ke atas.
Di dalam beberapa hal, kita memahami bahawa para waris si mati mungkin tidak mampu memikirkan soal kewangan dan pengurusan jenazah ketika hari kejadian kerana pelbagai masalah dan kerungsingan menghadapi kematian.
Oleh itu jika anda merupakan ahli berdaftar, apabila berlaku sebarang kematian oleh kepada ahli atau tanggungan, maka pihak pentadbiran badan khairat kematian akan menyediakan dana dan khidmat pengendalian yang sepatutnya bagi menguruskan kematian tersebut.
2.3 Pengurusan Jenazah (Teknikal dan Pelbagai)
Ramai daripada kita menganggap, kerja-kerja pengurusan jenazah adalah mudah.
Namun, hakikatnya kerja-kerja menguruskan jenazah agak rumit dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
Bagi kematian biasa, antara kerja-kerja pengurusan yang perlu dilakukan pada hari kejadian seperti :-
Memanggil doktor untuk tujuan pengesahan kematian (dilakukan oleh waris si mati)
Membuat laporan polis untuk laporan kematian dan mendapatkan surat kebenaran mengebumikan
Membeli kain kapan
Membeli papan untuk liang lahat
Mendapatkan tukang gali kubur
Mendapatkan van untuk urusan pengangkutan
Mendapatkan pemandu van jenazah
Mendapatkan tukang mandi jenazah lelaki jika jenazah lelaki dan tukang mandi wanita jika jenazah wanita
Memandikan jenazah
Mengkafankan jenazah
Menyembahyangkan jenazah
Mentalqinkan jenazah
Menguruskan kenduri tahlil pada malam pertama sahaja
2.4 Kes-kes kematian luar biasa
Kematian akibat kemalangan dan kematian mengejut, urusan menjadi semakin rumit dan kos pengurusan menjadi semakin tinggi dan di antaranya :
Berurusan dengan waris, hospital dan polis untuk urusan bedah siasat si mati
Persiapan di rumah si mati (jika waris tinggal berjauhan)
Pengangkutan
Pelbagai lagi urusan di luar jangkaan
2.5 Kaum keluarga terdekat tinggal berjauhan
Berdasarkan pengalaman, bagi kebanyakan kes kematian, waris mereka tinggal berjauhan atau kalau tinggal berdekatan pun, mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian.
Ada juga kaum keluarga si- mati yang mungkin mahir dengan urusan kematian di tempat mereka, tetapi tidak mahir dengan pengurusan jenazah di Bandar Tasik Kesuma.
Kesimpulan
Sistem pengurusan jenazah yang efisen, InsyaAllah!
Lajnah Khairat Kematian Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma sentiasa berusaha memastikan perkhidmatan dan sumbangan ikhlas yang diberikan adalah efisen dan tidak menyusahkan jauh lagi untuk melepas tangan.
Berdasarkan pengalaman menguruskan kematian, pihak kami berkeyakinan mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan sebarang kematian di Fasa 1M.
Melalui pendaftaran menjadi ahli, pihak lajnah juga menawarkan perkhidmatan menguruskan jamuan ringan dan tahlil bagi malam pertama kematian.
Apabila berlaku kematian, ahli tidak perlu memikirkan soal pengurusan jenazah.
Apa yang perlu dilakukan, hanya maklumkan kepada pihak LKK, dan InsyaAllah, selepas berbincang dan mendapat persetujuan dari waris simati, kami akan menguruskan semua masalah di atas dengan sedaya upaya dan dengan cara yang terbaik.
Untuk sebarang pertanyaan dan rujukan boleh hubungi, En. Mohayan bin Tapsir 017-2502587.