Khidmat Kariah Surau At-Taqwa
Surau At-Taqwa sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahli kariah. Seiring dengan fungsi dan peranan surau sebagai pusat komuniti, kami menyediakan beberapa khidmat untuk kemudahan dan manfaat bersama:
1. Penggunaan Ruang Surau
Ruang surau dibuka untuk kegunaan aktiviti seperti majlis pernikahan atau pertunangan yang selaras dengan syariat Islam dan matlamat penubuhan surau. Permohonan perlu dibuat lebih awal untuk penyelarasan.
Sila klik DI SINI untuk membuat Permohonan Penggunaan Peralatan Surau.
2. Penggunaan Peralatan Surau
Ahli kariah boleh memohon untuk menggunakan peralatan surau seperti meja, kerusi, kipas dan lain-lain bagi tujuan program atau majlis kariah.
Sila klik DI SINI untuk membuat Permohonan Penggunaan Peralatan Surau.
3. Lost & Found
Surau At-Taqwa juga menyediakan perkhidmatan Lost & Found untuk membantu ahli kariah mendapatkan semula barang-barang yang tercicir atau tertinggal di kawasan surau. Barang-barang yang dijumpai akan disimpan di pejabat surau untuk tuntutan.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Setiausaha Surau, Encik Basri bin Md Jaffar (017-291 4862) atau SIAK