Tabung Khairat Kematian bermakna simpanan wang (yuran) yang dikumpul untuk kebajikan ahli-ahlinya yang meninggal dunia misalnya perbelanjaan kelengkapan dan pengurusan jenazah, upah tukang mandi dan penggali kubur dan sebagainya. Secara ringkas, konsep tabung khairat kematian ialah setiap anggota atau setiap keluarga yang berdaftar dengan dana ini akan dikenakan membayar wang caruman, sama ada bulanan atau tahunan. Amaun caruman pula berbeza bergantung pada jumlah manfaat yang akan dibayar sebagai bantuan apabila ada ahli yang meninggal dunia.
Berkaitan ini, asas paling penting adalah akad atau perjanjian semasa permulaan membayar dalam tabung khairat kematian ini. Konsep paling mudah dalam pengamalan kebiasaan tabung khairat kematian adalah sekiranya seseorang tidak membayar caruman, maka terputuslah segala manfaat yang sewajarnya diterima oleh seseorang itu.
Dalam Surah al-Maidah ayat 1, Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.
Daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda:
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ
Maksudnya: Orang Islam itu terikat dengan syarat-syarat (perjanjian) mereka (yang mereka sepakati). (Riwayat Al-Daruqutni)
Berkaitan persoalan sama ada ia hutang atau tidak, ia perlu dimaklumi secara akad dan perjanjian. Sekiranya tidak dinyatakan, ia tidak dianggap hutang kerana manfaat akan diterima sekiranya dia membayarnya. Melainkan, sekiranya keluarga berkenaan ada menerima manfaat sepanjang tempoh tidak membayar itu, maka pihak penganjur boleh menuntut pembayaran tunggakan berkenaan selama mana ia menerima manfaat. Sewajarnya pihak penganjur memaklumkan kepada keluarga berkenaan tanpa perlu berlarutan sehingga 10 tahun dan mengambil tindakan sewajarnya.
Begitu juga persoalan kedua, tuan tidak perlu membayar apa-apa tunggakan kerana tidak berada dalam qariah yang dimaksudkan.
Pihak Lajnah Khairat Kematian Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma memohon tuan/puan menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM60 setahun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan pindaaan 2018 LKK. [rujuk FASA 6].
Ahli perlu menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh tertentu untuk mengelakan tiada perkara berbangkit dikemudian hari. (rujuk FASA 7).
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau dikredit ke :
NOMBOR AKAUN : SURAU AT-TAQWA – LAJNAH KHAIRAT KEMATIAN 11-015310-20 (BANK RAKYAT)
Rujuk https://sites.google.com/view/satf1m/pengurusan-jenazah/e-khairat
Bayaran yuran adalah bermula dari 1 Januari setiap tahun.
Semua yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum atau pada 31 Mac pada tahun tersebut.
Sekiranya bayaran yuran tahunan tidak dapat dilakukan, sila maklumkan kepada Encik Mohayan.
Ahli yang tidak dapat menjelaskan yuran tahunan tanpa sebarang alasan berkemungkinan akan digugurkan keahliannya secara automatik dan perlu memohon semula dengan bayaran keahlian yang baru.
Sila maklumkan kepada Bendahari En. Mohayan bin Tapsir 017-2502587 sekiranya pembayaran telah dibuat.