A. PENGGUNAAN PERALATAN SURAU
Ahli kariah boleh memohon penggunaan peralatan dan perkakasan Surau At-Taqwa yang tertentu bagi tujuan majlis-majlis keraian serta program-program yang dibenarkan.
Terdapat 2 kategori peralatan iaitu Peralatan Dapur dan Peralatan Am.
1. Peralatan Dapur adalah perkakasan memasak dan kelengkapan majlis jamuan seperti periuk, dapur, cawan dan lain-lain
2. Peralatan Am pula adalah peralatan serta perkakasan seperti kerusi, meja, kipas.
B. TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN PERALATAN DAPUR & PERALATAN AM
Permohonan adalah terbuka kepada AHLI KARIAH Surau At-Taqwa sahaja dan ianya adalah tertakluk kepada sistem sewaan.
Peralatan yang telah diluluskan permohonannya boleh diambil seawal TIGA (3) hari sebelum tarikh majlis.
Kesemua peralatan harus dipulangkan selewat-lewatnya TIGA (3) hari selepas tarikh majlis, beserta Borang Senarai Semak Pemulangan Peralatan yang diberikan.
Pemulangan dianggap sempurna selepas DISAHKAN oleh wakil pengurusan Surau atau Siak.
Segala (i) kerosakan; dan (ii) kehilangan yang berlaku pada mana-mana peralatan bermula dari tarikh dan waktu pengambilan, adalah di bawah tanggungjawab pihak pemohon.
Pihak pengurusan Surau BERHAK menuntut kos ganti rugi dari pihak pemohon jika mendapati kerosakan atau kehilangan tersebut berlaku di bawah tanggungjawab pihak pemohon.
Segala urusan pengambilan dan pemulangan hanyalah melalui wakil pengurusan Surau YANG TELAH DILANTIK SAHAJA.
C. BORANG PERMOHONAN
PEMOHON DIMINTA UNTUK MENELITI TERLEBIH DAHULU SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN PERALATAN SURAU SEBELUM MENANDATANGANI BORANG PERMOHONAN INI.
BORANG INI PERLU DISERAHKAN KEPADA PIHAK SURAU UNTUK PROSES PERMOHONAN.
Sila klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Penggunaan Peralatan Dapur.
Sila klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Penggunaan Peralatan Am.
D. Borang Pendaftaran perlu dilengkapkan dan dikembalikan kepada Setiausaha Surau, Encik Basri bin Md Jaffar (017-291 4862) atau SIAK