Sabda Nabi SAW:
"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu lakukannya, kamu akan saling mencintai? Sebarkan salam antara kamu."
— (Riwayat Muslim)
✅ Amalan memberi salam dan berziarah sempena Aidilfitri adalah salah satu sunnah yang mengukuhkan kasih sayang sesama Muslim.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kandungan
Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa. Bagi meraikan hari yang penuh barakah ini, Surau At-Taqwa merancang untuk menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli kariah serta mewujudkan suasana muhibah dalam kariah Fasa 1M.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Majlis Sambutan dan Jamuan Aidilfitri 1446H anjuran Surau At-Taqwa telah berjaya dilangsungkan pada 26 April 2025 dalam suasana yang penuh kemeriahan dan keberkatan.
Majlis ini telah dihadiri oleh lebih daripada 200 orang ahli kariah, termasuk para kanak-kanak, yang bersama-sama memeriahkan sambutan kali ini. Kehadiran Nazir, Setiausaha MKKRH, penceramah-penceramah jemputan bersama keluarga turut menambahkan seri dan keberkatan pada majlis sambutan kali ini.
Pihak surau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menyumbang dalam menjayakan majlis ini.
Semoga ikatan ukhuwah sesama ahli kariah terus kukuh, dan majlis ini menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
📅 Tarikh : Sabtu, 26 April 2025
🕘 Masa : 8.30 malam
📍 Tempat : Perkarangan Surau At-Taqwa
Untuk tujuan penyediaan makanan dan pengagihan duit raya yang mencukupi, ke semua peserta telah mengisi borang kehadiran berikut:
🔗 Klik di sini untuk sahkan kehadiran : https://forms.gle/JuiHtwRtQad5yZAn8
🕙 Tarikh akhir pengesahan kehadiran: Jumaat, 25 April 2025 — jam 10.00 malam
Status kehadiran jamuan Aidilfitri 1446H SATF1M sehingga 25 April 2025 jam 10:00 malam adalah :
Jumlah respons diterima : 68
Jumlah kehadiran Dewasa : 174 orang
Jumlah kehadiran Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah : 64 orang
Jumlah kehadiran semua : 238 orang
Meraikan sambutan Aidilfitri bersama ahli kariah.
Mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat.
Menggalakkan semangat kerjasama melalui konsep pot luck.
Memberi kegembiraan kepada kanak-kanak melalui pemberian duit raya.
Penduduk kariah Fasa 1M
Orang perseorangan atau ahli keluarga yang ingin menyertai program
Penceramah-penceramah Kuliah serta keluarga yang memberikan khidmat di SATF1M
Nazir, Setiausaha dan AJK MKKRH
5.1. Agihan Duit Raya
Terbuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.
Duit raya diberikan berdasarkan jumlah yang didaftarkan melalui borang kehadiran.
5.2. Perancangan Makanan
Juadah Utama disediakan oleh AJK Surau dan sumbangan Pot Luck daripada ahli kariah.
Menu utama: Satay, Lemang, Nasi Impit, Kuah Kacang dan pelbagai kuih-muih.
5.3. Agihan Tugas
Jawatankuasa (pengurusan & penyelarasan) diketuai oleh Tuan SU Encik Basri
Station satay
1. Tn. Sharudin
2. Tn. Azhar
Station Air
1. Tn. Sudirman
2. Tn. Azlan
Station Lemang dan rendang Ayam
1. Tn. Jumaat
2. Tn. Zamri
Penyambut tetamu :
1. Tn. Basri
2. Pn. Normas
Doa majlis :
1. Imam Suhaimi
Selawat :
1. Tn.Lutfi
Sumbangan duit raya.
1. Tn.Jasni
Pengacara Majlis :
1. Tn.Basri
Iklan melalui poster, group WhatsApp kariah, media sosial surau
Sebarang pertanyaan : 📲 Tuan Jasni (Bendahari SATF1M) – +6017-9403839
Butiran Aturcara :
Masa Aktiviti
6.00 petang Persiapan akhir dan taklimat ringkas kepada AJK bertugas
7.00 malam Ketibaan tetamu untuk solat Maghrib secara berjemaah
7.20 malam Solat Maghrib secara berjemaah
7.40 malam Solat Baqdiah Maghrib
8.30 malam Solat Isyak secara berjemaah dan sunat baqdiah Isyak
9.10 malam Peserta mengambil tempat
9.20 malam Bacaan Doa oleh Imam 1
9.25 malam Bacaan Selawat oleh Timbalan Pengerusi Surau
9.30 malam Ucapan aluan Pengerusi Surau SATF1M
9.35 malam Jamuan Hari Raya bermula
9.50 malam Pemberian duit raya kepada kanak-kanak
11.00 malam Majlis Bersurai
📝 Catatan Tambahan:
Ahli kariah dan AJK digalakkan datang awal untuk solat secara berjemaah
Semua AJK disaran memakai pakaian baju Melayu dan bersampin.
Semua makanan yang diambil perlulah dihabiskan tanpa ada pembaziran
Semua makanan tidak boleh dibungkus sebelum majlis berakhir dan tidak boleh dibawa pulang bagi memastikan makanan mencukupi sehingga majlis tamat
Sila pastikan kawasan surau dijaga kebersihannya sepanjang majlis.
PERBELANJAAN Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H
Tarikh : 26/04/202
Bayaran melalui on line transfer
1. Bayaran satay 1000 X RM1.30 = RM1300 - Zailan satay
2. Bayaran upah masak rendang Ayam= RM150 - En.Basri
3. Bayaran banner sambutan Hari Raya = RM76.80 - En.Basri
4. Bayaran lemang mawi rm22 X 10 = RM220 (free 4 batang) - En.Jumaat
5. Bayaran beli pinggan mangkuk, sudu dan garpu plastik RM78 - Bilal Hermain.
6. Duit raya RM300 - En.Jasni
7. Tapai RM120 - Iman Din
JUMLAH PERBELANJAAN : RM2,244.80
PENDAPATAN Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H
Sumbangan tunai duit raya = RM 150
Baki dari duit raya disampaikan kepada 48 anak² kariah jumlah hanya RM 240 = RM60
JUMLAH PENDAPATAN : RM210.00 (Dimasukkan semula ke akaun bank Surau)
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN : RM2,034.80
1. Lemang Mawi - En Jumaat
2. Satay - En Basri
3. Nasi Impit - Bilal Harmain
4. Rendang Ayam - En Basri
5. Air Panas / Sejuk - En Azlan
6. Banner hebahan jamuan - En Basri
7. Nasi Putih - En Shahrudin
8. Tapai - Haji Zainordin
Sumbangan potluck
1. Pn Mas - dadih
2. Pn Noraini/ Sarena/Asmah - buah-buahan
3. Pelbagai juadah dan kuih muih sumbangan ahli kariah
Program ini diharap dapat memberi impak positif dalam membina komuniti yang harmoni, penuh kasih sayang dan semangat kejiranan. Sokongan dan penyertaan semua pihak amat dialu-alukan untuk menjayakan majlis ini.
Semoga usaha ini mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.
Semua aktiviti Program boleh dilihat di Facebook dan TikTok rasmi Surau At-Taqwa.