Laporan Program Rehlah Santai Kariah 1M
30 November 2024
Laporan Program Rehlah Santai Kariah 1M
30 November 2024
1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti riadah merupakan salah satu cara terbaik untuk mengukuhkan hubungan ukhwah dalam kalangan ahli kariah. Program ini dirancang bagi menyediakan platform untuk beriadah dan berinteraksi dalam suasana yang sihat dan harmoni.
Aktiviti ini juga bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, menghidupkan semangat kerja berpasukan, serta mengeratkan hubungan sesama ahli kariah 1M.
2.0 OBJEKTIF
Mengeratkan silaturahim dan ukhuwah antara ahli kariah.
Membina semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara peserta.
Memberikan peluang kepada ahli kariah 1M untuk beriadah bersama-sama dalam suasana yang santai.
Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat setempat.
3.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh: 30 November 2024
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Semenyih EcoVenture Resort & Recreation
Alamat :
Lot No. PT 1351, Jalan Sungai Lalang Semenyih,
43500 Semenyih, Selangor, Malaysia.
Google Map or Waze : Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Ketau Penyelaras AJK Program : Encik Azhar Omar 0163480067
Resort Contact Person : Encik Ismail Basirun 0174219358 (sila rujuk AJK program terlebih dahulu)
3.1 MAKLUMAT PENDAFTARAN PESERTA
1. Semua dialu-alukan untuk membuat penyertaan segera bagi melancarkan urusan pihak AJK untuk menyusun aturacara program.
2. Bagi yang berminat, boleh hubungi atau whatsapp Encik Azhar Omar 0163480067 beserta maklumat nama peserta dan nombor telefon berserta jumlah bilangan ahli keluarga peserta:
2.1) Jumlah ahli keluarga yang berumur 12 tahun ke bawah.
2.2) Jumlah ahli keluarga yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun
2.3) Jumlah ahli keluarga dewasa (iaitu 18 tahun ke atas termasuk peserta)
3. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM20 bagi setiap peserta meliputi yuran penggunaan fasiliti kolam, parkir, makanan dan minuman potluck serta untuk aktiviti sampingan yang dirancangkan.
4. Setiap keluarga diminta untuk membawa hadiah yang nilainya RM10 atau ke atas untuk acara tukar-tukar hadiah nanti,
5.Pengangkutan PERCUMA untuk anak-anak kariah yang berumur 17 tahun ke bawah, sekiranya tidak dapat dapat datang bersama ibu bapa disediakan dan boleh diaturkan sekiranya memerlukan. Sila maklumkan kepada AJK.
6. Sehingga 18 November 2024 - Jumlah peserta yang telah berdaftar adalah seramai 52 orang
4.0 ATURCARA PROGRAM
Hari Sabtu, 30 November 2024
7:15 pagi: Peserta bertolak dari Surau At-Taqwa ke destinasi (Sila maklumkan kepada AJK jika pengangkutan diperlukan, peserta digalakkan car pool (kongsi kenderaan) dan datang lebih awal untuk kemudahan parkir di dalam kawasan).
7.45 pagi: Ketibaan peserta, persiapan tempat, pendaftaran dan sarapan pagi bermula
8.30 pagi: Ucapan aluan dan Doa pembukaan oleh Pengerusi Majlis
8:35 pagi: Ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi SATF1M
8:45 pagi: Ucapan perasmian program oleh Tuan Nazir MQKRH, Tuan Haji Noor Rashid Abu Bakar
9.15 pagi: Sesi bergambar beramai-ramai
9:30 pagi: Taklimat program dan keselamatan serta senaman ringkas oleh Tuan Jasni Saaban
9.50 pagi: Aktiviti sukaneka sekitar kolam air bermula (Bilik persalinan disediakan)
Maklumat lanjut aktiviti sukaneka yang dipertandingkan akan dikongsi semasa sesi taklimat program
Hadiah disediakan bagi pemenang tempat 1, 2 dan 3 bagi setiap kategori acara (Jumlah hadiah 24 hadiah)
10.00 pagi: Aktiviti sukaneka Acara Kanak-Kanak
1.0 Acara Kanak-Kanak
1.1 Umur 7 hingga 9 tahun (Darjah 1,2 dan 3) - Lelaki
1.2 Umur 7 hingga 9 tahun (Darjah 1,2 dan 3) - Perempuan
1.3 Umur 10 hingga 12 tahun (Darjah 4,5 dan 6) - Lelaki
1.4 Umur 10 hingga 12 tahun (Darjah 4,5 dan 6) - Perempuan
10.30 pagi: Aktiviti sukaneka Acara Remaja
2.0 Acara Remaja
2.1 Umur 13 hingga 17 tahun (Tingkatan 1 hingga 5) - Lelaki
2.2 Umur 13 hingga 17 tahun (Tingkatan 1 hingga 5) - Perempuan
11.00 pagi: Aktiviti sukaneka Acara Dewasa
3.0 Acara Dewasa
3.1 Umur 18 tahun ke atas - Lelaki
3.2 Umur 18 tahun ke atas - Perempuan
11.45 pagi: Makan tengah hari, penyampaian hadiah pemenang, acara tukar-tukar hadiah dan penutup program.
Penyampaian acara tukar-tukar hadiah mengikut keluarga yang menyertainya (Sesi 1)
12:10 tengahari: Penyampaian hadiah pemenang (4 kategori)
Tempat 1,2 dan 3 bagi acara untuk umur 7 hingga 9 tahun (Darjah 1,2 dan 3) - Lelaki
Tempat 1,2 dan 3 bagi acara untuk umur 7 hingga 9 tahun (Darjah 1,2 dan 3) - Perempuan
Tempat 1,2 dan 3 bagi acara untuk umur 10 hingga 12 tahun (Darjah 4,5 dan 6) - Lelaki
Tempat 1,2 dan 3 bagi acara untuk umur 10 hingga 12 tahun (Darjah 4,5 dan 6) - Perempuan
12:20 tengahari: Penyampaian hadiah pemenang (2 kategori)
Tempat 1,2 dan 3 bagi acara untuk umur 13 hingga 17 tahun (Tingkatan 1 hingga 5) - Lelaki
Tempat 1,2 dan 3 bagi acara untuk umur 13 hingga 17 tahun (Tingkatan 1 hingga 5) - Perempuan
12.30 tengahari: Penyampaian hadiah pemenang (2 kategori)
Tempat 1,2 dan 3 bagi acara untuk Dewasa - Lelaki
Tempat 1,2 dan 3 bagi acara untuk Dewasa - Perempuan
12.45 tengahari:
Penyampaian acara tukar-tukar hadiah mengikut keluarga yang menyertainya (Sesi 2)
Cabutan bertuah (untuk 2 hadiah utama)
1.00 petang: Solat Zohor berjemaah dan bersurai
5.0 KEHADIRAN PESERTA
Ahli kariah 1M dan keluarga.
6.0 ANGGARAN KOS
Perkara Anggaran Kos (RM)
Sewa dewan 600.00
Yuran penggunaan facility 1600.00 (RM20 x 80 pax)
Jumlah Anggaran 2296.00 (termasuk 8% GST)
Baki RM 1996 adalah DARIPADA kutipan yuran peserta dan juga sumbangan ahli kariah 1M
13/11 /2024 - Deposit sebanyak RM300 telah dibayar melalui Bendahari
17/11/2024 - Sumbangan hadiah acara dan hadiah cabutan bertuah sebanyak 26 unit bernilai RM740 telah berjaya diperolehi oleh Biro Muslimah di bawah Puan Normas.
Item tambahan (Tidak termasuk dalam kos program - bayaran ditanggung oleh peserta sendiri)
Penginapan sementara Bergantung kepada pilihan chalet/tempat penginapan - Serendah dari RM100 sebilik
Makanan & Minuman Potluck oleh peserta
Tukar-tukar Hadiah Setiap keluarga diminta untuk membawa hadiah bernila RM20 dan ke atas
T-shirt Program Bayaran dari setiap peserta
Bayaran sewa ATV Bermula dari RM50 hingga RM150 (2 jam)
Bayaran sewa Kayak Bermula dari RM25
7.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan daripada ahli kariah.
Cadangan kutipan yuran penyertaan (RM20.00 setiap orang).
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa pelaksana terdiri daripada AJK Biro Sukan dan Rekreasi yang akan dibentuk untuk mengendalikan program ini.
Setiap jawatankuasa kecil akan diberikan tanggungjawab untuk memastikan kelancaran program.
9.0 PENUTUP
Program ini diharap dapat menjadi satu platform yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kariah. Diharapkan program ini akan berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
9.2 Tempahan T'shirt Program
Round Neck Tshirt – Microfiber -
Tempahan t'shirt dibuka bagi semua yang berminat.
Tarikh tempahan dibuka : 10 November 2024
Tarikh tempahan ditutup dan bayaran perlu dibuat sebelum : 21 November 2024
1. Hanya t'shirt Roundneck sahaja
2. Warna : Hijau (Dark Green)
3. Jenis Material T'shirt : Microfiber
4. Print tulisan di depan sahaja
Tempahan dibuat kepada AJK Program : Encik Azhar Omar 0163480067
Harga asas t'shirt setiap sehelai
Saiz S, M, L, XL hingga 2XL untuk Lengan pendek = RM13.50
LSaiz S, M, L, XL hingga 2XL untuk Lengan panjang = RM15.00
Untuk Plus Saiz (untuk saiz 3XL hingga 9XLs) dan tertakluk penambahan Harga Asas adalah seperti berikut :
👕3XL +RM 3.00
👕4XL +RM 6.00
👕5XL +RM 8.00
👕6XL +RM 12.00
👕7XL +RM 15.00
👕8XL +RM 18.00
👕9XL +RM 22.00
10.0 Google Map or Waze : Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
11.0 Lokasi Tapak Aktiviti
11.1 Gambar Dewan Makan dan Taklimat
11.2 Gambar Kolam Mandi
11.3 Hadiah untuk acara dipertandingkan dan juga cabutan bertuah
12.0 Peraturan
Untuk aktiviti di kolam renang, adalah penting untuk memastikan semua peraturan keselamatan diikuti bagi menjamin keselamatan semua peserta.
Berikut adalah beberapa peraturan umum yang perlu dipatuhi:
Penyeliaan: Untuk makluman, sekiranya ada sebarang kecemasan sila hubungi Tuan Jasni Saaban 0179403839 untuk sebarang bantuan atau pertolongan cemas.
Pakaian Renang: Semua peserta mesti memakai pakaian yang sesuai dan bersih.
Larangan Peralatan Bahaya: Tidak dibenarkan membawa objek yang tajam atau barang-barang yang berisiko mencederakan orang lain.
Tiada Larian: Berjalan sahaja di sekitar kolam untuk mengelakkan terjatuh.
Kawalan Kanak-Kanak: Kanak-kanak mesti berada di bawah pengawasan orang dewasa sepanjang masa.
Tiada Makanan dan Minuman: Mengelakkan makan dan minum di sekitar kawasan kolam untuk memastikan kebersihan dan keselamatan.
Tiada sabun, syampoo atau minyak : Mengelakkan sekitar kawasan kolam tercemar.
Pemantauan: Pastikan semua peraturan diikuti, dan sebarang insiden dilaporkan kepada pengurusan kolam dengan segera.
Peralatan Renang: Hanya peralatan yang dibenarkan, seperti pelampung keselamatan, boleh digunakan.
Rancangan Kecemasan: Sila hubungi Tuan Jasni Saaban 0179403839 untuk sebarang bantuan atau pertolongan cemas
Pihak penganjur program Rehlah Santai Kariah 1M tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kehilangan, atau kerosakan harta benda yang dialami oleh peserta atau mereka yang terlibat sepanjang tempoh program.
Semua peserta diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri serta harta benda mereka sepanjang program berlangsung.
Sila hubungi AJK Program : Encik Azhar Omar 0163480067 untuk mendapatkan maklumat secara lanjut.