Satu skim berbentuk SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN yang diberikan kepada Waris Pembayar Zakat sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang PPZ-MAIWP terhadap pembayar zakat yang telah melaksanakan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP.
Disamping itu dapat membantu mengurangkan bebanan kepada Waris Pembayar Zakat apabila berlaku kematian.
Waris akan menerima sumbangan dari RM1,500. Jumlah sumbangan yang akan diberikan kepada Waris tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh PPZ-MAIWP.
Syarat-syarat skim?
Pembayar membayar Zakat Harta di PPZ-MAIWP setiap tahun dengan minimum bayaran RM50 setahun disemua saluran bayaran zakat PPZ-MAIWP.
Pembayar yang membuat bayaran Zakat Harta dalam tahun kematian atau 1 tahun sebelum tahun kematian.
Waris Pembayar Zakat hendaklah menghantar borang permohonan skim dalam TEMPOH 6 BULAN dari tarikh kematian.
Bayaran selain daripada Zakat Harta tidak layak menerima skim ini.
Tempoh menunggu untuk permohonan lulus adalah selama 14 hari bekerja.
Layak memohon sekiranya Tarikh Kematian 30 hari dari tarikh bayar zakat kecuali disebabkan Kematian Mengejut.
Sebarang pertanyaan, hubungi talian 1-300-88-5757.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
Skim Khairat Kematian (SKK) adalah satu skim bantuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berbentuk bantuan kewangan secara tunai yang diberikan bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa*
Tuntutan SKK berjumlah RM1,000** untuk setiap individu yang layak boleh dibuat bermula pada 17 Julai 2023 hingga 31 Januari 2024
Bantuan Kematian
Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP). Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada "orang tanggungan ahli" yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).
TH Khairat merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan langganan tahunan serendah RM28.
Sebahagian darinya iaitu RM2,000 boleh dijadikan sumbangan (Infaq) bagi pihak si mati kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh Pengendali Takaful.
Informasi TH Khairat
✓ Terbuka kepada pendeposit TH yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya)
✓ Perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh
✓ Manfaat perlindungan sebanyak RM12,000
✓ Pendeposit boleh memilih untuk sebahagian darinya iaitu RM2,000 dijadikan Infaq kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pengendali Takaful
✓ Langganan tahunan serendah RM28 (dibayar setiap tahun)
✓ Pendaftaran dilakukan melalui web/aplikasi THiJARI sahaja
✓ Pastikan baki akaun yang boleh digunakan berjumlah sekurang-kurangnya RM100.
✓ Bayaran langganan akan didebitkan daripada akaun TH secara tahunan.
✓ Pendeposit tertakluk kepada 3 bulan tempoh menunggu (waiting period) bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh semulajadi (natural death/TPD) dan tiada tempoh menunggu bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan kemalangan.
FASAL 1 PENAUNG
Badan Khairat Kematian ini dinaungi oleh Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu, 43500 Semenyih.
FASAL 2 NAMA
Badan ini dinamakan “BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID KAMPUNG RINCHING HULU, 43500 SEMENYIH”.
FASAL 3 JAWATANKUASA
Jawatankuasa khairat ini terdiri daripada AJK Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu, 43500 Semenyih.
FASAL 4 SYARAT KEAHLIAN
1. Ahli adalah terdiri daripada orang Islam yang bermastautin di Kariah Kampung Rinching Hulu/Tengah.
2. Seorang ahli baru hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Badan Khairat ini dan dimestikan membayar bayaran Pendaftaran sebanyak sepuluh ringgit sahaja (Pendaftaran RM 10.00 sahaja).
3. Seorang ahli hanya boleh mewakil satu keluarga di bawah tanggungannya, isteri/suami, anak-anak yang masih bujang, ibu/bapa serta ibu/bapa mentua serta keluarga terdekat yang tinggal bersama sahaja.
4. Ahli-ahli diminta membayar yuran sebanyak RM 60.00 (Enam puluh ringgit) bagi yuran tahunan untuk (5 tahun pertama). Kemudian RM 36.00 (Tiga puluh enam ringgit) untuk tahun-tahun berikutnya tidak mengira berapa ramai ahli tanggungan yang ada pada tahun tersebut.
5. Ahli yang gagal menjelaskan yuran sebanyak tiga (3) tahun berturut-turut akan digantung keahliannya setelah diberi surat peringatan. (Ahli berkenaan tidak berhak mendapat sebarang bantuan) jika berlaku kematian.
6. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran tahunan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi.
7. Bagi kanak-kanak yang meninggal tanpa ada Kad Pengenalan, bantuan akan diberi separuh daripada peruntukan bantuan.
8. Sekiranya ahli yang berhasrat untuk menarik diri daripada menjadi ahli seterusnya, maka ia tidak boleh menuntut semula segala yuran yang telah dibayar.
Borang Keahlian perlulah diisi dan diserahkan kepada : Hj Noor Rashid Bin Abu Bakar 0132184878
Program Jom Daftar Khairat Darul Ehsan Dun Semenyih
‼️‼️Kepada mereka yang berumur 50 tahun dan keatas sahaja
📣 Ayuh bersama di Program Jom Daftar Khairat Darul Ehsan(KDE) pada Hari Sabtu (19 Julai 2025) di Kompleks MPKJ Dewan EcoHill Semenyih dari pukul 9.30 pagi sehingga 1.00 petang.
Pemohon WAJIB membawa perkara berikut :-
- kad pengenalan pemohon
- kad pengenalan waris (suami,isteri atau anak)
- mempunyai email sendiri📧
🏷️ Satu sesi taklimat akan diadakan ada hari tersebut selepas Majlis Perasmian
🏷️ Petugas dari Pejabat Penyelaras akan membantu mendaftarkan permohonan anda sehingga selesai
‼️‼️ Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan mendaftar sebagai Ahli Skim Khairat Darul Ehsan (KDE) Negeri Selangor.
Semoga Program ini memberi manfaat kepada penduduk di Dun Semenyih dan Negeri Selangor Darul Ehsan.
Salam Hormat
YB Datuk Wira Johan Bin Abdul Aziz
Penyelaras Dun Semenyih