A. PENGGUNAAN RUANG
Ahli Kariah boleh memohon untuk menggunakan ruang-ruang tertentu di Surau At-Taqwa bagi tujuan mengadakan majlis keramaian, acara ringkas, serta program-program keilmuan.
B. TERMA & SYARAT PENGGUNAAN RUANG
Permohonan adalah terbuka kepada AHLI KARIAH Surau At-Taqwa sahaja dan adalah tertakluk kepada sistem sewaan.
Tertakluk untuk penggunaan bagi tujuan mengikut aturaan sahaja. Pengisian yang melibatkan perkara-perkara berikut adalah tidak dibenarkan:
i. Penggunaan alat muzik
ii. Nyanyian
iii. Tayangan filem
iv. Sorakan antara kumpulan
Penggunaan ruang, penganjur tidak dibenarkan untuk menyanyikan atau memainkan sebarang lagu, KECUALI lagu bergenre nasyid yang bersesuaian.
Pengisian yang berunsur tahyul, khurafat, bid’ah dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah DILARANG sama sekali.
Aktiviti yang boleh mencemarkan kehormatan surau adalah DILARANG.
Penganjur adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa ahli atau jemputan yang hadir mematuhi segala etika dan adab berada di kawasan surau.
Pihak pengurusan masjid BERHAK (i) menegur; (ii) menghalang; dan (iii) membatalkan mana-mana (i) individu; (ii) program; atau (iii) pengisian yang dinilai sebagai TIDAK SESUAI dengan kehormatan dan kesucian surau.
Setiap ahli atau jemputan yang hadir haruslah mematuhi etika berpakaian Islam iaitu (i) pakaian yang tidak menampakkan rambut atau kulit anggota badan yang aurat; dan (ii) pakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan secara nyata dan sengaja. P
C. BORANG PERMOHONAN
PEMOHON DIMINTA UNTUK MENELITI TERLEBIH DAHULU SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN RUANG SURAU At-TAQWA SEBELUM MENANDATANGANI BORANG PERMOHONAN INI.
BORANG INI BOLEH DISERAHKAN KEPADA PIHAK SURAU UNTUK PROSES PERMOHONAN.
Sila klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Penggunaan Ruang.
D. Borang Pendaftaran perlu dilengkapkan dan dikembalikan kepada Setiausaha Surau, Encik Basri bin Md Jaffar (017-291 4862) atau SIAK