Penilaian Penanda Aras Pencapaian Surau At-Taqwa
Dokumen Penilaian Penanda Aras Pencapaian (Key Performance Index – KPI) Surau At-Taqwa ini dirangka berasaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menilai tahap pencapaian pengurusan masjid dan surau.
Meskipun penanda aras tersebut pada asalnya dibangunkan khusus untuk Masjid dan Surau Solat Jumaat, pihak Surau At-Taqwa melihat pendekatan ini sebagai satu rujukan yang relevan dan bermanfaat dalam menilai serta meningkatkan tahap prestasi keseluruhan surau kami.
Penanda aras ini telah disesuaikan mengikut keperluan dan kapasiti pengurusan Surau At-Taqwa, dengan mengambil kira matlamat serta sasaran yang ingin dicapai. Ia berfungsi sebagai panduan menyeluruh dalam menilai aspek pengurusan, pentadbiran, dan keberkesanan pelaksanaan program-program surau secara sistematik dan berimpak tinggi.
Melalui pendekatan ini, Surau At-Taqwa beriltizam untuk terus menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan kepada komuniti setempat, selaras dengan aspirasi pihak berkuasa agama negeri dalam memperkukuh institusi surau sebagai pusat pembangunan ummah.
Bagi tahun 2024, Surau At-Taqwa telah menjalani penilaian prestasi berdasarkan penanda aras pencapaian (KPI) yang dirangka berasaskan garis panduan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Penilaian ini meliputi empat bahagian utama, iaitu Pentadbiran, Pengimarahan, Prasarana Fizikal, dan Pengurusan Tandas.
Pencapaian Keseluruhan
Markah Keseluruhan: 767 daripada 1200 markah penuh
Peratus Pencapaian: 64%
Kategori Pencapaian: Memuaskan (61-70%)
Surau At-Taqwa telah mencapai tahap “Memuaskan” dalam penilaian tahun ini. Pencapaian ini menunjukkan bahawa aspek-aspek asas pengurusan surau telah dilaksanakan dengan baik, namun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan yang signifikan ke arah kecemerlangan.
Perincian Pencapaian Mengikut Kategori
Kategori : Bahagian A: Pentadbiran
Sasaran Markah : 600
Markah Diperoleh : 340
Peratus (%) : 57%
Ulasan : Prestasi sederhana, memerlukan penambahbaikan dari segi dokumentasi dan pengurusan organisasi.
Kategori : Bahagian B: Pengimarahan
Sasaran Markah : 300
Markah Diperoleh : 235
Peratus (%) : 78%
Ulasan : Pencapaian yang baik, mencerminkan program keagamaan yang aktif dan berimpak.
Kategori : Bahagian C: Prasarana Fizikal
Sasaran Markah : 200
Markah Diperoleh : 154
Peratus (%) : 77%
Ulasan : Keadaan fizikal surau dijaga dengan baik, namun masih boleh ditingkatkan dari segi fasiliti.
Kategori : Bahagian D: Pengurusan Tandas
Sasaran Markah : 100
Markah Diperoleh : 38
Peratus (%) : 38%
Ulasan : Perlu penambahbaikan segera dalam aspek kebersihan dan penyelenggaraan kemudahan tandas.
Surau At-Taqwa komited untuk terus mempertingkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan kepada komuniti. Berdasarkan pencapaian tahun 2024, fokus penambahbaikan utama akan diberikan kepada:
Pentadbiran: Penstrukturan semula pengurusan fail, dokumentasi dan SOP.
Pengurusan Tandas: Peningkatan tahap kebersihan, penyelenggaraan berkala dan penambahan kemudahan.
Pemantapan program pengimarahan dengan kerjasama komuniti dan agensi berkaitan.
Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan kerjasama daripada ahli kariah untuk sama-sama menjadikan Surau At-Taqwa sebagai pusat ibadah, ilmu dan kebajikan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.