Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung laman Lajnah Khairat Kematian Surau At-Taqwa Fasa 1M.
Pembangunan laman web ini merupakan kesinambungan bagi meneruskan usaha-usaha kebajikan yang melibatkan kematian khusus bagi ahli qariah Surau At-Taqwa Fasa 1M.
Dengan hampir 99.9% penduduknya adalah beragama Islam, lajnah merupakan satu badan yang bernaung di bawah Masjid Kampung Rinching Hulu yang telah didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pihak pentadbir Lajnah Khairat Kematian Surau At-Taqwa Fasa 1M menyeru kepada seluruh ahli qariah agar mendaftar segera untuk menjadi ahli Khairat ini bagi membolehkan semua penduduk mendapat manfaat yang disediakan.
Selain dari itu, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan keperluan masa depan lajnah sedang dirancangkan dengan teratur, cermat serta teliti. Pihak pentadbiran lajnah juga akan memastikan setiap perkara berkaitan perjalanan badan ini sentiasa telus terutama berkaitan keahlian dan perbelanjaan.
Semoga hasil usaha yang kecil dari pentadbir yang terdiri dari wakil-wakil penduduk Fasa 1M membolehkan sebahagian dari keperluan kebajikan penduduk dapat diuruskan dengan teratur. Di samping itu, pihak pentadbiran juga berharap usaha ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara sesama penduduk.