21 Mei 2025 Kutipan dilancarkan dan ditutup
22 Mei 2025 Memohon pengeluaran dana
23 Mei 2025 Memesan barang
31 Mei 2025 Projek bumbung disiapkan
Surau At-Taqwa
Tarikh: 21 Mei 2025
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memudahkan segala urusan. Sukacita dimaklumkan bahawa kutipan sumbangan untuk menyiapkan bumbung laluan jemaah Muslimah telah berjaya mencapai dan melepasi sasaran dalam tempoh yang amat singkat. Pihak Surau At-Taqwa telah menetapkan sasaran kutipan sebanyak RM900 bagi menampung kos pembelian 9 keping bumbung (RM100 sekeping) melalui kaedah sumbangan lot RM20 sebanyak 45 lot.
Dengan izin Allah SWT serta keprihatinan para jemaah dan penyumbang budiman Fasa 1M, jumlah kutipan terkumpul sehingga kini adalah sebanyak RM1,810, iaitu lebih daripada 200% daripada sasaran asal. Kutipan ini membolehkan kerja-kerja pemasangan bumbung dilaksanakan segera, sekaligus memberikan keselesaan dan perlindungan kepada para jemaah wanita.
Pihak Surau At-Taqwa merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah menyumbang secara ikhlas demi kelangsungan pembangunan surau kita bersama. Semoga segala amal jariah ini diterima oleh Allah SWT sebagai pahala yang berterusan dan diberkati.
جزاكم الله خيرا
# Teruskan menyokong usaha pembangunan dan kebajikan Surau At-Taqwa demi manfaat bersama.
Disediakan oleh:
Pihak Pengurusan Surau At-Taqwa
21 Mei 2025
Surau: Surau At-Taqwa, Fasa 1M
Tarikh: 22 Mei 2025
Permohonan Pengeluaran Dana Sebanyak RM1,400 Untuk Pembelian Bahan dan Upah Kerja Pemasangan Bumbung Laluan Muslimah SAT F1M
Pihak surau bercadang untuk menyiapkan bumbung laluan Muslimah di kawasan SAT F1M bagi kemudahan jemaah wanita dan juga kegunaan lain. Sehubungan itu, sejumlah dana diperlukan untuk pembelian bahan-bahan serta pemberian saguhati kepada dua orang pekerja yang akan melaksanakan kerja-kerja pemasangan tersebut.
Butiran Pembelian Bahan:
Bil Barang Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)
1 Metal deck Maroon 16' 7 keping 86.40 604.80
2 Metal deck Maroon 10' 4 keping 55.00 220.00
3 Besi 1.6mm (1.5x1.5x6m) 2 batang 35.00 70.00
4 Besi 1.9mm (2"x4"x6m) 1 batang 72.00 72.00
5 Skru Zing 2.5" - - 30.00
Jumlah Kos Bahan 996.80
Cadangan Saguhati Pekerja:
Bil Pekerja Jumlah Saguhati (RM)
1 Pekerja 2 x RM200 400.00
Jumlah Saguhati 400.00
Jumlah Keseluruhan:
RM996.80 + RM400.00 = RM1,396.80
(Dibundarkan kepada RM1,400.00)
Penutup:
Dengan ini, pihak kami memohon agar diluluskan pengeluaran wang sebanyak RM1,400.00 dari Tabung Bumbung Surau untuk tujuan seperti yang dinyatakan. Segala kerjasama dan kelulusan daripada pihak pengurusan amatlah dihargai.