Laporan Pertandingan Bowling Tertutup
Surau At-Taqwa
2024
Laporan Pertandingan Bowling Tertutup
Surau At-Taqwa
2024
LAPORAN PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP KARIAH SURAU AT-TAQWA TAHUN 2024
(Sesi 1, 2024)
1.0 Pengenalan
Pertandingan Bowling Tertutup Kariah Surau At-Taqwa Tahun 2024 telah diadakan sebagai salah satu usaha untuk mengeratkan silaturahim dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli kariah surau. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menyediakan platform kepada ahli surau dan keluarga mereka untuk berinteraksi serta beriadah dalam suasana yang santai dan penuh semangat kekeluargaan.
2.0 Butiran Aktiviti
Tarikh : 25 Februari 2024
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat : The BOWLERS, 2F-01 Second Floor, MesaMall Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
3.0 Atur Cara Program
9:00 pagi – Ketibaan peserta dan pendaftaran
9:30 pagi – Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Surau At-Taqwa
9:45 pagi – Pertandingan bowling dimulakan
11:30 pagi – Rehat dan jamuan ringan
12:00 tengah hari – Sambung pertandingan & pengiraan markah
12:45 tengah hari – Penyampaian hadiah dan sesi bergambar
1:00 petang – Bersurai
4.0 Penyertaan
Pertandingan ini disertai oleh lebih daripada 40 peserta yang terdiri daripada ahli kariah Surau At-Taqwa, termasuk lelaki, wanita, dan remaja. Mereka dibahagikan kepada beberapa pasukan untuk bersaing dalam suasana yang penuh semangat dan mesra.
5.0 Pemenang Pertandingan
Kategori Pasukan (Muslimin):
Johan: Hitam (En. Jasni, Hj Zainordin, En. Aziz, Hasrilhafizi)
Naib Johan:Biru Muda (En. Rafli, Tn Junid, Raja Zaharul, M Syazani)
Tempat Ketiga: Biru Tua (En Azhar Omar, Ilman, Hj Zamry, Iqbal)
Kategori Pasukan (Muslimat):
Johan: Ungu (Norliana, Nurfarina, Sarena, Norashikin)
Naib Johan: Merah (Mariah, Nuraqilah, Rina, Robeah)
Tempat Ketiga: Biru (Kak Zah, Suriati, Siti Nurbalqis, Hani)
Kategori Individu Terbaik:
Lelaki Terbaik: Jasni Saaban
Wanita Terbaik: Mariah Ismail
6.0 Kesimpulan
Pertandingan Bowling Tertutup Kariah Surau At-Taqwa Tahun 2024 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Aktiviti ini berjaya mempereratkan ukhuwah antara ahli kariah serta memberi peluang kepada mereka untuk beriadah dalam suasana yang sihat dan menyeronokkan. Sambutan yang menggalakkan menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan ahli terhadap aktiviti sukan seperti ini.
7.0 Cadangan
Mengadakan aktiviti seumpama ini secara berkala bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara ahli kariah.
Memperluaskan penyertaan kepada lebih ramai ahli keluarga untuk meningkatkan keakraban dalam kalangan komuniti surau.
Menyediakan lebih banyak kategori hadiah untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan di masa hadapan.
Sekian, laporan aktiviti disediakan untuk makluman dan tindakan selanjutnya.