Rehlah AJK 1.0
di Anjung Janda Resort
Rehlah AJK 1.0
di Anjung Janda Resort
1.0 PENDAHULUAN
Program rehlah ini diadakan sebagai wadah untuk mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau At-Taqwa dan Lajnah Khairat Kematian. Melalui aktiviti riadah yang santai namun bermanfaat, para AJK berpeluang untuk berinteraksi dalam suasana mesra, sihat, dan harmoni. Selain menggalakkan gaya hidup aktif, program ini juga bertujuan memupuk semangat kerjasama, saling memahami, dan meningkatkan kesepaduan pasukan demi kelancaran pengurusan dan aktiviti surau pada masa hadapan.
2.0 OBJEKTIF
Mempererat ukhuwah antara Ahli Jawatankuasa Kariah Surau At-Taqwa, termasuk AJK Lajnah Khairat Kematian.
Memupuk semangat kerja berpasukan serta menggalakkan budaya kerjasama yang harmoni dalam kalangan peserta.
Menyediakan ruang dan peluang kepada AJK untuk beriadah bersama dalam suasana santai, mesra, dan positif.
Menggalakkan amalan gaya hidup sihat, aktif, dan seimbang dalam kalangan warga surau.
Mewujudkan perbincangan strategik ke arah memperkukuh peranan serta mengimarahkan Surau At-Taqwa secara berterusan.
3.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh: 27 & 28 September 2025 (Sabtu & Ahad minggu 4)
Hari: Sabtu dan Ahad
Masa: 2.00 petang (Sabtu) – 12.00 tengah hari (Ahad)
Tempat : Anjung Janda Resort, Kg Janda Baik
Info lokasi :
Video pendek : https://www.facebook.com/share/v/16Zyrivgtt/
Google Map : https://maps.app.goo.gl/ZBYTLMVMTDvbc6bN7
Jarak adalah lebih daripada 81 km, dikira sebagai 2 marhalah. Boleh lakukan solat secara jamak dan qasar.
Rujuk panduan di sini - Solat Jamak dan Qasar
4.0 PROGRAM
Hari Pertama (Sabtu)
2.00 petang : Ketibaan peserta, pendaftaran dan aktiviti bebas keluarga
4:00 petang : Aktiviti bebas untuk keluarga (Berkelah di sungai) dan persiapan untuk makan malam
7.30 malam: Solat Maghrib dan Solat Isyak berjemaah
9.00 malam: Makan malam - BBQ
10.00 malam: Sesi tukar-tukar hadiah dan sesi bergambar
11.00 malam: Bersurai ke penginapan untuk berehat
Hari Kedua (Ahad)
6.00 pagi: Solat Subuh berjemaah
7.30 pagi: Senaman ringkas dan brisk walk sekitar kawasan
8.30 pagi: Sarapan pagi
10.00 petang: Perbincangan strategi dan halatuju SATF1M 2025/2026 untuk AJK
12.00 tengah hari: Makan tengahari dan Bersurai
5.0 SASARAN PESERTA
Ahli jawatankuasa Surau At-Taqwa dan Lajnah Khairat Kematian serta keluarga mereka. Jangkaan AJK termasuk ahli keluarga adalah seramai 80 orang.
Senarai kehadiran AJK (16 orang) :
Hj Azhar – 2 bilik
Cikgu Lutfi – 1 bilik
En. Najib – 1 bilik
Bilal Jefri – 1 bilik
En. Jasni – 1 bilik
Imam Suhaimi – 1 bilik
Pn. Normas – 2 bilik
Bilal Harmain dan Pn. Noraini – 1 bilik
En. Jumaat dan Pn. Norita – 1 bilik
Hj. Zamry - 1 bilik
Bilal Sulaiman - 2 bilik
En. Aziz - 1 bilik
En. Rafli dan Pn. Asmah - 1 bilik
6.0 ANGGARAN KOS
Perkara Anggaran Kos (RM)
Penginapan Anggaran harga satu bilik: RM180 – RM240 (dibayar oleh peserta sendiri) - Maklumat lanjut akan dikongsikan
Hadiah Sumbangan dari setiap peserta (bernilai RM20 ke atas)
7.0 SUMBER KEWANGAN, LOGISTIK DAN LAIN-LAIN
Daripada individu.
Sumbangan dari Cikgu Lotfi dan pihak Anjung Janda Resort
Nota : Tiada sebarang dana dari Surau digunakan untuk aktiviti ini.
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa pelaksana terdiri daripada AJK Surau At-Taqwa yang akan dibentuk untuk mengendalikan program ini. Setiap jawatankuasa kecil akan diberikan tanggungjawab untuk memastikan kelancaran program.
Cadangan Biro yang Bakal Dilantik
Biro Pendaftaran & Kehadiran dan Biro Logistik- Encik Harmain dan Encik Mohd Lotfi
Mengurus senarai peserta dan mengesahkan kehadiran.
Mendaftar kehadiran pada hari program.
Menyediakan peralatan, khemah, tikar, meja, kerusi, dan sistem audio.
Mengurus kenderaan / pengangkutan (jika perlu).
Biro Aktiviti, Keselamatan & Kesihatan - Encik Jasni dan Encik Jumaat
Merancang dan mengendalikan aktiviti riadah, sukaneka, dan permainan berpasukan.
Menyediakan peralatan permainan yang mencukupi.
Mengawal keselamatan sepanjang program.
Menyediakan peti pertolongan cemas dan memantau faktor risiko seperti cuaca, lokasi licin atau berbahaya.
Menyusun dan menandakan tapak program.
Biro Makanan & Minuman & Hadiah - Encik Jumaat, Puan Normas dan Puan Norita
Mengurus makanan atau penyediaan secara gotong-royong.
Menjaga kelancaran hidangan makanan
Menyediakan tempat BBQ
Mengurus hadiah atau cenderamata untuk aktiviti
Mengurus peralatan yang diperlukan dan yang perlu dibawa - pinggan, cawan, plastik sampah
Menguruskan senarai potluck dan jajan
Biro Strategik & Perbincangan - Encik Lotfi dan Encik Najib
Mengurus sesi perbincangan strategik berkaitan pelan pembangunan dan pengimarahan Surau At-Taqwa.
Mengumpulkan idea dan cadangan untuk dibentangkan semula kepada AJK selepas program
Biro Dokumentasi - Semua Peserta
Mengambil gambar dan video sepanjang program.
9.0 PENUTUP
Program rehlah ini telah dianjurkan sebagai wadah mengukuhkan ukhuwah antara AJK Surau At-Taqwa dan Lajnah Khairat Kematian. Selain menjadi aktiviti riadah santai, ia juga memberi ruang interaksi mesra, harmoni serta membuka peluang perbincangan strategik demi memperkukuh peranan surau.
Program 2 hari 1 malam yang berlangsung di Anjung Janda Resort, Janda Baik, Pahang ini disertai oleh AJK bersama ahli keluarga masing-masing, sekaligus menyerikan suasana dengan kemesraan dan semangat kekeluargaan.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus memacu kerjasama erat dan sumbangan berterusan demi kelancaran pengurusan serta pengimarahan Surau At-Taqwa. 🌸
Disediakan oleh:
Ahmad Najib bin Ahmad Dahalan
30 September 2025