1.0 Pendahuluan
Biro keselamatan bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan keselamatan di dalam kawasan Surau.
2.0 LAPORAN TAHUNAN 2024 BIRO KESELAMATAN SURAU AT-TAQWA
1.0 Pengenalan
Laporan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan oleh Biro Keselamatan Surau At-Taqwa sepanjang tahun 2024. Ia juga merangkumi perancangan bagi penambahbaikan sistem keselamatan bagi tahun-tahun mendatang demi kesejahteraan ahli kariah serta keselamatan aset surau.
2.0 Rekod Kejadian Keselamatan
Terdapat 2 kejadian pecah masuk telah berlaku pada tahun 2024 dan semua kejadian telah dilaporkan kepada pihak Polis.
2.1 Kejadian Pecah Masuk
Kejadian 1:
Tarikh kejadian : 3 Jun 2024
Nombor Laporan Polis: BERANANG/001931/24
Masa Kejadian: Dianggarkan antara 4.30 pagi hingga 5.45 pagi
Butiran:
Tidak terdapat kehilangan wang kerana tabung derma dikosongkan setiap hari.
Kejadian disedari oleh jemaah yang hadir ke Surau untuk Solat Subuh pada jam 5.55 pagi.
Kejadian 2:
Tarikh kejadian : 26 Disember 2024
Nombor Laporan Polis: BERANANG/004623/24
Masa Kejadian: Dianggarkan antara 4.33 petang hingga 5.48 petang
Butiran:
Seorang lelaki berbangsa Melayu disyaki sebagai pelaku.
Kehilangan: Android Box Waktu Solat (1 unit).
Tidak terdapat kehilangan wang kerana tabung derma dikosongkan setiap hari.
Kejadian disedari oleh Setiausaha Surau, Encik Basri, pada jam 6.30 petang semasa persiapan untuk majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat SPM.
Langkah Tindak Balas:
Laporan segera kepada pihak polis telah dibuat untuk siasatan lanjut.
Pembaikan pintu dengan mangga baru berkualiti tinggi.
Cadangan pemasangan sistem CCTV tambahan.
Penggunaan QR code untuk menerima sumbangan melalui online. Tindakan Bendahari
3.0 Aktiviti dan Pencapaian Biro Keselamatan
3.1 Pelaksanaan Langkah Keselamatan
Analisis Risiko:
Identifikasi kawasan berisiko tinggi di sekitar surau.
Penilaian keperluan peralatan tambahan seperti CCTV dan sistem akses keselamatan.
Penyelenggaraan Keselamatan:
Pemeriksaan berkala ke atas pintu, tingkap, dan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api.
Penyelenggaraan pintu gril bilik dapur dan tombol pintu Imam yang rosak (Selesai 29 Disember 2024).
Pengesahan Alat Pemadam Api:
Disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan tarikh luput baru pada 2 Oktober 2025.
Lokasi alat pemadam api:
Ruang Solat Luar: 2 unit (9kg ABC Powder Jenama Eversafe)
Ruang Solat Utama (Muslimin): 2 unit (9kg ABC Powder Jenama Eversafe)
Ruang Solat Muslimat: 1 unit (9kg ABC Powder Jenama Eversafe)
3.2 Pendaftaran Aset Surau
Pendaftaran semua aset dalam Surau telah selesai mengikut format MAIS.
Pendaftaran aset di kawasan luar seperti stor memerlukan bantuan tambahan daripada AJK.
3.3 Promosi Keselamatan Digital
Menggalakkan sumbangan melalui QR Code (transaksi tanpa tunai).
Penerapan kesedaran kepada ahli kariah tentang keselamatan digital dan kepentingannya.
4.0 Perancangan dan Cadangan Masa Hadapan
4.1 Keselamatan Fasiliti Fizikal
Kunci Elektronik:
Sistem kad akses untuk memantau dan mengawal kemasukan individu.
Rekod pengurusan kunci untuk mengelakkan penyalahgunaan.
CCTV Tambahan:
Lokasi strategik: pintu utama, ruang solat, kawasan parkir.
Rakaman dipantau secara berkala dan disimpan minimum 30 hari.
Lampu Keselamatan dan Papan Tanda:
Pemasangan lampu keselamatan di pintu keluar utama.
Paparan nombor kecemasan di lokasi yang mudah lihat.
Kit Kecemasan Perubatan:
Memastikan surau dilengkapi dengan kit perubatan asas.
4.2 Program Kesedaran dan Latihan
Sesi taklimat berkala untuk ahli kariah mengenai keselamatan surau.
Latihan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba.
4.3 Pelaksanaan Sistem Keselamatan Pintar
Penggunaan mangga pintar atau sensor keselamatan pada pintu-pintu utama.
Cadangan penambahan sistem sensor pintu dan alat penggera (sedang dalam peringkat percubaan) - dijangka dapat dilaksanakan dalam bulan Februari,2025.
Penyediaan akses ke sistem pemantauan CCTV melalui aplikasi telefon untuk AJK iaitu HIK Connect
Buat sementara sekarang, hanya 2 AJK telah mendapat dapat akses ke CCTV :
1) Ahmad Najib
2) Bilal Harmain
5.0 Rekod Kejadian Keselamatan
Terdapat 4 kejadian pecah masuk telah berlaku sejak tahun 2021 hingga 2024 dan semua kejadian telah dilaporkan kepada pihak Polis.
Kerugian dari segi wang kutipan adalah rendah kerana pihak Surau telah menjalankan kutipan harian secara konsisten.
Namun, kehilangan melibatkan harta benda seperti televisyen dan set Jam Solat TV Android Box telah dikenal pasti.
Tindakan pencegahan, termasuk cadangan untuk mempertingkatkan sistem keselamatan, adalah perlu untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.
5.1 Analisis Kejadian Pecah Masuk
2021 - 1 kes
(Pada 26 Ogos 2021 - waktu kejadian sebelum Subuh) - Sebuah televisyen hilang di ruang Muslimah dan tabung kutipan dipecahkan
2022 - 1 kes
(Pada 24 Mac 2022 - waktu kejadian sebelum Subuh) - Sebuah televisyen hilang di ruang Solat Utama dan tabung kutipan dipecahkan
2024 - 2 kes
(Pada 3 Jun 2024 - waktu kejadian sebelum Subuh) - Tiada kehilangan harta benda, hanya tabung kutipan dipecahkan
(Pada 26 Disember 2024 - waktu kejadian selepas Asar) - Sebuah Jam Solat TV Android Box hilang dan tabung kutipan dipecahkan
6.0 Kesimpulan
Tahun 2024 menyaksikan usaha aktif Biro Keselamatan dalam menangani cabaran keselamatan.
Walaupun langkah-langkah keselamatan telah membawa peningkatan, beberapa kelemahan dikenal pasti, yang mana pelan penambahbaikan telah dirancang untuk masa hadapan.
Dengan sokongan pihak pengurusan dan kariah, Surau At-Taqwa dapat terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Disediakan oleh:
Biro Keselamatan Surau At-Taqwa
Tarikh: 31 Disember 2024