Surah Al-Hajj, Ayat 37:
"لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُحْسِنِينَ"
Maksudnya:
"Daging-daging dan darah binatang korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untuk kamu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."
— (Surah Al-Hajj, 22:37)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kandungan
Ibadah korban merupakan salah satu syiar Islam yang sangat dituntut pada Hari Raya Aidiladha. Ia bukan sahaja melambangkan kepatuhan dan keikhlasan seorang hamba kepada Allah SWT, tetapi juga menjadi simbol kepada perpaduan dan kasih sayang antara umat Islam melalui agihan daging korban kepada golongan yang memerlukan.
Justeru itu, Surau At-Taqwa Fasa 1M akan menganjurkan Program Ibadah Korban 1446H/2025M, sebagai satu usaha mengimarahkan surau dan memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan ahli kariah.
Nama Program : Program Ibadah Korban 1446H / 2025M
Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446H
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Surau At-Taqwa, Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
Anjuran : Jawatankuasa Surau At-Taqwa Fasa 1M
Tarikh Tutup Pembayaran : 1 Jun 2025
Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk melaksanakan ibadah korban secara berjemaah.
Menghidupkan syiar Islam dan semangat Aidiladha.
Menyantuni golongan asnaf dan masyarakat sekeliling dengan agihan daging korban.
Menggalakkan penglibatan ahli kariah di dalam program kemasyarakatan surau.
Penduduk kariah Fasa 1M
Orang perseorangan atau ahli keluarga yang ingin menyertai korban
5.1. Penyertaan dan Pembayaran
Sasaran Haiwan Korban : 3 ekor lembu Gred AA dan 4 ekor kambing
Untuk lembu : Harga 1 bahagian adalah RM900 termasuk kos pengurusan
Untuk kambing : Harga 1 ekor adalah RM1100 termasuk kos pengurusan
Bayaran hanya melalui akaun rasmi: Surau At-Taqwa Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
Tiada bayaran tunai akan diterima.
5.2. Proses Perlaksanaan
Penyembelihan akan dilakukan oleh tukang sembelih yang dilantik oleh pihak Surau.
Kerja-kerja melapah, pembungkusan dan agihan akan dijalankan secara gotong-royong.
Daging korban akan diagihkan kepada peserta, asnaf dan penduduk yang layak.
5.3. Agihan Tugas
Jawatankuasa Korban (pengurusan & penyelarasan) diketuai oleh SU Basri
Unit Penyembelihan dan Persediaan Bahagain Korban diketuai oleh Haji Zainordin dan Haji Azhar
Unit Melapah
Unit Timbangan dan Agihan
Unit Dokumentasi & Media
LAFAZ AKAD WAKALAH PESERTA
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
Saya _______________________________________ (nama peserta / wakil peserta) dengan ini bersetuju mewakilkan kepada Surau At-Taqwa, untuk menyempurnakan Ibadah Qurban Sunat, saya (dan isteri/ahli keluarga saya) sebanyak (x bahagian) dengan harga RM900 satu bahagian termasuk kos pengurusan, bagi tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Saya juga mewakilkan Pihak Pengurusan Ibadah Korban Surau At-Taqwa untuk meniatkan ibadah korban sunat, menyembelih, mengagihkan daging korban dan semua perkara yang berkaitan dengan ibadah ini.
Bayaran kos pengurusan adalah anggaran sebanyak RM 43 satu bahagian atau jika ada lebihan daripada kos pengurusan ini maka saya halalkan untuk tabung pengimarahan Surau At-Taqwa.
Sekian, terima kasih.
LAFAZ NIAT PESERTA
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
“Sahaja aku berniat melaksanakan ibadah korban sunat bagi diri saya (dan isteri/ahli keluarga) kerana Allah Taala”
. بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ اللَّهُمَّ مِنْكَ وَ إِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنِّيْ
يَا كَرِيْمُْ
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, ini adalah (haiwan qurban) dari-Mu dan untuk-Mu maka terimalah qurban ini dari aku."
Berikut adalah jadual amalan harian yang dicadangkan dari 1–10 Zulhijjah 1446H berserta tarikh Masihi dan harinya:
Ibnu Abbas RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda:
"Tiada hari-hari yang amal soleh lebih dicintai Allah padanya melebihi hari-hari ini (10 hari Zulhijjah)."
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 969)
🔵 28-05-2025 - Rabu (Sebelum solat Asar)
Hari terakhir potong rambut dan kuku, pastikan dibuat sebelum solat Asar pada hari Rabu
🔵 Takbir Mursal (Umum)
Definisi : Takbir yang dilakukan pada bila-bila masa (tidak semestinya lepas solat).
Mula : Malam 1 Zulhijjah, iaitu malam Rabu, 28 Mei 2025 (lepas Maghrib).
Akhir : 13 Zulhijjah (10 Jun 2025) – sesetengah ulama kata berakhir Maghrib hari itu.
🔵 1 Zulhijjah - 29-05-2025 - Khamis
Puasa sunat, takbir dan zikir, solat sunat, baca al-Qur’an, sedekah, doa, elak potong rambut/kuku
🔵 2 Zulhijjah - 30-05-2025 - Jumaat
🔵 3 Zulhijjah - 31-05-2025 - Sabtu
🔵 4 Zulhijjah - 01-06-2025 - Ahad
🔵5 Zulhijjah - 02-06-2025- Isnin
🔵 6 Zulhijjah - 03-06-2025 - Selasa
🔵 7 Zulhijjah - 04-06-2025 - Rabu
🔵 8 Zulhijjah - 05-06-2025 - Khamis - (sunat berpuasa hari ke 1)
Tambahan : Hari Tarwiyah – teruskan amal soleh, sunat puasa
"Puasa pada hari Tarwiyah menghapuskan dosa setahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa dua tahun."
(Riwayat Ibn Majah dan al-Tabarani – sanadnya lemah)
🟢 Takbir Muqayyad (Bersyarat)
Definisi : Takbir yang dilakukan selepas solat fardu.
Mula : Selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah (Hari Arafah)
= 6 Jun 2025 (Jumaat)
Akhir : Selepas solat Asar pada 13 Zulhijjah
= 10 Jun 2025 (Selasa)
Dilakukan: Selepas setiap solat fardu (berjemaah atau sendirian, lelaki & wanita, musafir atau tidak).
🟢 9 Zulhijjah - 06-06-2025 Jumaat - (sunat berpuasa hari ke 2)
Mula : Selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah (Hari Arafah)
= 6 Jun 2025 (Jumaat)
Tambahan : Hari Arafah – sangat digalakkan berpuasa, banyakkan doa, mohon keampunan dan rahmat Allah
Hadis Sahih:
"Puasa pada hari Arafah, aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya."
(Riwayat Muslim, no. 1162)
🟢 10 Zulhijjah - 07-06-2025 Sabtu
Aidiladha – solat sunat Hari Raya, laksanakan korban, teruskan takbir selepas solat dan zikir, edarkan daging korban, gembirakan orang lain
🟢 11 Zulhijjah - 08-06-2025 Ahad
Teruskan takbir selepas solat
🟢 12 Zulhijjah - 09-06-2025 Isnin
Teruskan takbir selepas solat
🟢 13 Zulhijjah - 10-06-2025 Selasa
Teruskan takbir Akhir hingga selepas solat Asar pada 13 Zulhijjah
= 10 Jun 2025 (Selasa)
Cadangan Butiran Pogram :
📅 Tarikh: Sabtu, 7 Jun 2025
🕌 Tempat: Surau At-Taqwa, Fasa 1M
Masa Aktiviti
7.30 pagi Kehadiran Ahli Kariah & Persiapan Solat Aidiladha & Takbir di Kawasan Surau
7.50 pagi Ucapan Aluan oleh Pengerusi Surau At-Taqwa
8.00 pagi Solat Sunat Aidiladha (2 rakaat)
Imam: Ahmad Najib bin Ahmad Dahalan
Khatib: Ahmad Najib bin Ahmad Dahalan
Bilal : Harmain bin Dayat
8.10 pagi Takbir, Khutbah Aidiladha yang disampaikan selepas solat
8.30 pagi Jamuan ringkas selepas solat (Potluck oleh ahli kariah)
8.50 pagi Ahli kariah berkumpul untuk memulakan korban
9:00 pagi Cabutan hadiah khas untuk ahli kariah akan menyertai aktiviti melapah
9.10 pagi Penyembelihan Lembu Pertama dan Kambing Pertama
9.20 pagi Penyembelihan Lembu Kedua dan Kambing Kedua
9.30 pagi Penyembelihan Lembu Ketiga dan Kambing Ketiga
9:40 pagi Penyembelihan Kambing Keempat
9.45 pagi Aktiviti Melapah & Meleraikan Daging secara Gotong-royong oleh sukarelawan
10.30 pagi Pembungkusan Daging Korban oleh Unit pembungkusan dan Cabutan Bertuah oleh Pengerusi Surau / AJK
12.00 tengah hari Agihan Daging Korban kepada Peserta & Asnaf melalui Sistem kupon atau senarai
12.30 tengah hari Jamuan Ringan / Makan Tengah Hari untuk petugas & peserta
1.00 tengah hari Tamat Program & Ucapan Penutup Ringkas beserta Cabutan Bertuah oleh Pengerusi Surau / AJK
📝 Catatan Tambahan:
Peserta digalakkan datang awal untuk solat Aidiladha dan bersama dalam takbir raya
Semua petugas disaran memakai pakaian yang sesuai dan menjaga keselamatan semasa aktiviti sembelihan dan melapah.
Daging korban diagih mengikut jumlah bahagian dan senarai penerima yang telah disusun.
Semua peserta perlu berhati-hati dengan pisau dan alat tajam
Kit perubatan perlu disediakan
JOM MERIAHKAN PROGRAM IBADAH KORBAN 1446H!
🎉 MOHON SUMBANGAN HADIAH CABUTAN BERTUAH! 🎁
Assalamualaikum wbt,
Sempena Program Ibadah Korban Surau At-Taqwa Fasa 1M 1446H pada 🗓️ 7 Jun 2025 (Sabtu), insyaAllah kita akan adakan CABUTAN BERTUAH BAGI AHLI KARIAH yang hadir NANTI 🎊.
Pihak kami sedang mencari penyumbang hadiah atau sumbangan tunai untuk memeriahkan lagi suasana 🎁
Hadiah tak perlu mahal, yang penting dari hati yang ikhlas ❤️
Jika ada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang, boleh hubungi:
📲 Tuan Jasni (Bendahari) – 0179403839
📲 Puan Normalisham 0136690567 (Wakil Muslimat)
Marilah kita jayakan program ibadah kali ini dengan penuh semangat ukhuwah & semoga Allah berkati dan permudahkan urusan kita! 🕌✨
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
A. PENDAPATAN (HASIL PENYERTAAN KORBAN)
A1. Perkara (Bahagian Lembu) Kiraan Jumlah (RM)
A11 Harga 1 bahagian korban lembu RM900
Bilangan bahagian 1 ekor lembu (7 bahagian)
Jumlah lembu disasarkan (3 ekor)
Jumlah penyertaan (3 ekor x 7 bahagian) 21 bahagian
A12 Jumlah kutipan lembu (21 x RM900) RM18,900
A2. Perkara (Bahagian Kambing) Kiraan Jumlah (RM)
A21 Harga 1 ekor korban kambing RM1,100
A22 Jumlah kutipan kambing (4 x RM1,100) RM4,400
B. ANGGARAN PERBELANJAAN UTAMA (KOS PENGURUSAN)
Harga lembu bagi setiap ekor (Gred AA) = RM6,000
B1 Jumlah kos lembu = 3 x RM6,000 = RM18,000
Baki untuk kos pengurusan (A12 - B1) = RM18,900 - RM18,000 = RM900
Harga kambing bagi setiap ekor = RM1,100
B2 Jumlah kos kambing = 4 x RM1,050 = RM4,200
Baki untuk kos pengurusan (A22 - B2) = RM4,400 - RM4,200 = RM200
C. Anggaran Butiran Kos Pengurusan Anggaran (RM)
Peralatan Pembungkusan (plastik, tali, gunting, penanda) 300
Peralatan Keselamatan & Sanitasi (sarung tangan, apron, sabun, ais) 100
Jamuan ringkas untuk petugas & peserta 550
Lain-lain Kos (Belanja Kecemasan) 150
Jumlah Anggaran Perbelanjaan Pengurusan RM 1, 100
Nota : Jika terdapat lebihan, semuanya akan dimasukkan ke dalam Tabuang Pengimarahan Surau.
D. RUMUSAN
Jumlah Kutipan : RM 23,300
2.1 Kos Lembu (3 ekor) : RM 18,000
2.2 Kos Kambing (4 ekor) : RM 4,200
3. Anggaran Kos Pengurusan : RM 1,100
Hanya 3 ekor lembu (21 bahagian) ditawarkan untuk program Ibadah Korban 1446H.
Kambing juga dibuka untuk tempahan.
🐄 Lembu (3 ekor)
🐄 LEMBU 1
Status : TELAH PENUH
1. HAJI ABDUL RAHMAN BIN CHE MUHAMMAD✅
2. HAJAH ROHANI BINTI HASSAN ✅
3. MOHD NOH BIN MOHAMAD ✅
4. SITI NUR AIN BINTI ZAINAL
5. SALAWATI BINTI PANDAK OSMAN ✅
6. JALALUDDIN BIN MUHAMAD SUBARI ✅30/4(CIMB)
7. SALBIAH BINTI JAMADI (Bonda kepada Encik Jalal) ✅30/4(CIMB)
🐄 LEMBU 2
Status : TELAH PENUH
1. AHMAD ROZALI BIN MOHAMED ALI PIAH ✅
2. JASNI BIN SAABAN
3. SURIATI BINTI SAPUAN
4. HAJAH MARIAM BINTI HJ ABD GHAFFAR ✅
5. HAJAH NORAZIZAH BINTI ABD AZIZ ✅
6. AHMAD NAJIB BIN AHMAD DAHALAN ✅23/5(Maybank)
7. MUHAMMAD NUR HAKIM BIN MOHD JUNID ✅30/4(Maybank)
🐄 LEMBU 3
Status : TELAH PENUH
1. ZAMRY BIN HASSAN ✅
2. RINA BINTI DARWIS
3. SAHABUDIN BIN SALLEH
4. MOHD IFI AKMAL BIN IBRAHIM ✅
5. UWAIS BIN MOHD IFI AKMAL ✅
6. RAJA ROSNANI BINTI RAJA WAH ✅8/5(Maybank)
7. NOOR AIZAM BIN MOHD ALI ✅
🐐 Kambing (4 ekor)
1. HAJI ZAINORDIN BIN HAROON
2. HAJI AZHAR BIN MOHAMAD ✅
3. MOHD DZULKIFLY BIN AWANG✅
4. PAK NGAH
📌 NOTA PENTING:
Senarai ini akan digunakan semasa proses pengesahan peserta, agihan daging korban, dan rekod pembayaran.
Digalakkan untuk isi lengkap termasuk wakil peserta sekiranya peserta tidak hadir.
Semua peserta akan diberikan bahagian hanya setelah bayaran diserahkan. First come first serve sehingga bahagian habis.
Pembahagian bahagian bagi setiap lembu adalah muktamad dan peserta tidak boleh memilih bahagian masing-masing.
FASA 1: PERANCANGAN AWAL & TEMPAHAN LEMBU SERTA KAMBING (April 2025)
Tarikh / Tempoh Tindakan
22 April Mesyuarat Khas untuk Pelancaran Program Ibadah Korban - Status : Selesai
22 April Lawatan ke kandang lembu dan kambing (rundingan harga, lihat kualiti dan tempahan) oleh Haji Zainordin, Cikgu Lotfi dan En. Ahmad Najib - Status : Selesai
24 April Membayar deposit pembelian 3 ekor lembu - deposit sebanyak RM1,500 telah dibayar oleh Bendahari, Encik Jasni.
FASA 2: PENDAFTARAN PESERTA & PENGURUSAN (April - Mei 2025)
Tarikh / Tempoh Tindakan
20 April – 25 Mei Pendaftaran peserta korban
30 April 2 lembu telah penuh, berbaki 5 bahagian
5 Mei Tempahan lembu ditutup. 3 ekor lembu dan 2 ekor kambing
8 Mei Tambahan tempahan 1 ekor kambing
16 Mei Mesyuarat Khas AJK Bil 4/2025 (Persedian Program Korban 1446H)
1 – 26 Mei Kutipan bayaran (transfer sahaja – tiada tunai) & kemaskini senarai peserta
26 Mei Tarikh tutup untuk pembayaran penyertaan korban
FASA 3: PERSIAPAN LOKASI & TEKNIKAL (1 – 6 Jun 2025)
Tarikh / Tempoh Tindakan
3 Jun Mesyuarat Khas AJK Bil 5/2025 (Persedian Program Korban 1446H)
Perbincangan akhir teknikal dengan tukang sembelih dan AJK (bentuk Jawatankuasa Kecil Korban (AJK, Bendahari, Penyembelih, Agihan)
1 – 4 Jun Persediaan Logistik
1 – 4 Jun Beli barang keperluan korban (plastik, pisau, sarung tangan, dll.)
1 – 4 Jun Susun jadual petugas dan agihan tugasan hari program
6 Jun Bayaran kepada pembekal
6 Jun Persiapan lokasi: pemasangan khemah, susun alatan, semak senarai peserta, penghantaran lembu dan kambing
FASA 4: HARI PELAKSANAAN KORBAN (7 Jun 2025)
Tarikh / Tempoh Tindakan
7 Jun Taklimat ringkas kepada sukarelawan dan petugas
Sila rujuk cadangan aturcara di bahagian 7.0 Cadangan Aturcara Program Ibadah Korban
FASA 5: PENUTUP & AUDIT (Jun – Julai 2025)
Tarikh / Tempoh Tindakan
10 Jun Laporan ringkas & dokumentasi program
15 Jun Pengumpulan gambar & video untuk dokumentasi / media sosial
20 Jun Audit dalaman kutipan & perbelanjaan
30 Jun Edaran sijil penyertaan (jika ada)
Julai Muhasabah & penambahbaikan untuk tahun hadapan
Jumlah Daging Qurban = xxx kg
Bahagian Peserta : 4 kg x 7 bahagian x 3 lembu = xx kg
Bahagian Fakir Miskin : 2 kg x xx keluarga = xx kg
Petugas : x kg x xxx = xxx kg
Kupon Ahli Kariah Berdaftar = 100 x x kg = xxx kg (termasuk golongan B40) Walk-in (agihan selepas solat Asar) – Baki xxx kg
Untuk setiap bahagian, peserta akan menerima:
Daging Qurban : x kg per bahagian
Tulang Qurban : x kg per bahagian.
Organ dalaman : 1 per 7 bahagian
Agihan Anggota Luar Qurban
Bagi peserta yang berkongsi bahagian dalam seekor lembu:
Kepala, Kaki & Ekor – akan diberikan berdasarkan konsensus semua peserta qurban dalam kumpulan tersebut.
Satu grup Whatsapp khas Peserta Qurban telah dibentuk untuk menyalurkan segala maklumat tentang Qurban dari masa ke semasa. Live Update berkenaan status penyembelian lembu amat membantu peserta untuk hadir semasa penyembelihan lembu mereka
Taklimat Peserta memberikan penjelasan yang lengkap tentang info haiwan qurban, kos pengurusan, aturcara hari qurban, kaedah/jadual agihan serta segala peraturan berkaitan dengan qurban.
Kaunter First-Aid untuk kecederangan ringan misalnya petugas lapah luka dijari terkena pisau atau melelas/melecet di tangan
Segala peralatan mencukupi/berfungsi sebelum hari Qurban dan hendaklah disimpan dengan baik, agar tidak perlu beli setiap tahun
Perlu audit inventory segala peralatan qurban
Perlu penambahan petugas untuk unit timbang sekurang2nya 7 orang termasuk ketua kumpulan serta tambahan 2 orang untuk simpanan bagi petugas yang tidak hadir pada hari kejadian.
Perlu sediakan 2-unit marker pen untuk setiap kumpulan bagi tujuan merekod dan melabel jumlah daging.
Peserta/wakil perlu turut bersama sewaktu proses tumbang & sembelih
Program Ibadah Korban ini bukan sahaja medan untuk meraih ganjaran akhirat, tetapi juga menjadi platform menyatukan masyarakat. Pihak surau menyeru seluruh ahli kariah untuk turut serta dalam program ini dan bersama-sama menjayakannya demi manfaat ummah dan keberkatan bersama.
“Sesungguhnya Kami telah memberikan engkau (wahai Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” – Surah Al-Kawthar: 1-2
Semua aktiviti Program Ibadah Korban 1446H boleh dilihat di Facebook dan TikTok rasmi Surau At-Taqwa.