Pendaftaran ahli baru. Sila rujuk syarat & polisi. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran atau masalah e-khairat, boleh hubungi, ENCIK AHMAD NAJIB BIN AHMAD DAHALAN 010-234 1020
Klik link berikut untuk :
1. Pendaftaran secara online : SURAU AT-TAQWA FASA 1M
2. Semakan status bayaran secara online : SURAU AT-TAQWA FASA 1M
SYARAT & POLISI LAJNAH KHAIRAT KEMATIAN
Surau At-Taqwa, Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
1. Tujuan
Lajnah Khairat Kematian ini ditubuhkan bagi membantu ahli dan keluarga yang ditimpa musibah kematian dengan bantuan kewangan dan sokongan moral.
2. Keahlian
2.1. Terbuka kepada semua yang beragama Islam.
2.2. Setiap ahli wajib mengisi borang keahlian dan membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan.
2.3. Keahlian adalah sah selepas pembayaran yuran tahunan dibuat.
3. Yuran Keahlian
3.1. Yuran Pendaftaran: RM10.00 (sekali sahaja).
3.2. Yuran Tahunan: RM60.00 (dibayar setiap tahun).
3.3. Yuran tahunan perlu dibayar bermula dari 1hb Januari hingga 31 Mac setiap tahun.
3.4. Sekiranya yuran tahunan tidak dibayar atas sebab musabah, sila maklumkan kepada Bendahari Lajnah.
3.4. Bayaran boleh dibuat secara TUNAI kepada Bendahari Lajnah atau melalui pindahan ke akaun bank yang ditetapkan.
3.5. Resit bayaran perlu disimpan sebagai bukti bayaran.
NOMBOR AKAUN : SURAU AT-TAQWA – LAJNAH KHAIRAT KEMATIAN 11-015310-20 (BANK RAKYAT).
Nota : Selepas bayaran sila hubungi ENCIK MOHAYAN BIN TAPSIR 017-250 2587 untuk pengesahan
4. Bantuan Khairat - rujuk Faedah Ahli Khairat untuk lebih lanjut
4.1. Bantuan kewangan akan diberikan kepada waris terdekat ahli yang meninggal dunia.
4.2. Jumlah bantuan: RM1200 (tertakluk kepada keputusan jawatankuasa).
4.3. Bantuan akan disalurkan dalam masa 24 jam selepas pengesahan kematian diterima.
4.4. Ahli yang meninggal dunia mesti berada dalam status keahlian aktif (yuran tahunan berbayar).
5. Tanggungjawab Ahli
5.1. Menjaga keahlian dengan membayar yuran tahunan tepat pada masanya.
5.2. Memaklumkan sebarang perubahan alamat atau maklumat peribadi kepada Lajnah.
5.3. Memberikan kerjasama dalam sebarang aktiviti khairat yang dianjurkan.
6. Tanggungjawab Jawatankuasa
6.1. Menguruskan pendaftaran dan kutipan yuran secara teratur.
6.2. Memastikan bantuan disalurkan kepada keluarga ahli yang terlibat secepat mungkin.
Untuk kes kematian/kebajikan boleh hubungi, ENCIK MOHAYAN BIN TAPSIR 017-250 2587 ATAU ENCIK BASRI BIN MD JAFFAR 017-291 4862.
6.3. Mengadakan mesyuarat tahunan bagi membentangkan laporan kewangan.
7. Pembatalan Keahlian
7.1. Keahlian boleh dibatalkan jika
1. Gagal membayar yuran tahunan dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Melanggar peraturan atau etika surau
3. Surat peringatan akan diberikan bagi ahli yang gagal menjelaskan yuran mereka.
7.2. Pembatalan keahlian perlu melalui persetujuan jawatankuasa LKK.
8. Lain-lain Perkara
8.1. Sebarang perubahan polisi akan dimaklumkan.
8.2. Jawatankuasa berhak meminda syarat dan polisi dari semasa ke semasa dengan persetujuanAJK Lajnah yang dilantik.
Sila rujuk laman web rasmi Surau At-Taqwa untuk sebarang maklumat berkaitan - https://sites.google.com/view/satf1m
Sekian, terima kasih
PENTADBIR
LINK UNTUK PENDTABDIR
Pendaftaran ahli baru. ENCIK AHMAD NAJIB BIN AHMAD DAHALAN 010-234 1020
Klik link berikut untuk Pentadbir :
1. Link kemaskini borang untuk pentadbir sahaja : https://form.jotform.com/252099316002046