Surau At Taqwa Fasa 1M (SATF1M)
Bandar Tasik Kesuma
Surau At Taqwa Fasa 1M (SATF1M)
Bandar Tasik Kesuma
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
1.0 Pendahuluan
Selamat datang ke Portal Rasmi Surau At Taqwa Fasa 1M (SATF1M)
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Portal Rasmi Surau At-Taqwa Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma. Portal ini dibangunkan sebagai satu platform digital untuk menyediakan pelbagai maklumat, aktiviti, dan kemudahan kepada ahli kariah serta semua yang ingin mengikuti perkembangan surau kami.
Melalui portal ini, anda boleh:
Mengakses maklumat terkini berkaitan aktiviti surau.
Menyemak jadual kuliah, program, dan solat berjemaah.
Berhubung dengan pihak AJK Surau dengan lebih mudah.
Mencari maklumat berkaitan perkhidmatan dan khairat kariah.
Tujuan Utama Portal SATF1M
Portal ini bertujuan untuk:
Memudahkan penyampaian maklumat kepada jemaah.
Memperkukuhkan hubungan antara surau dan ahli kariah.
Menyediakan medium untuk menyokong pembangunan dan kemajuan surau ke arah yang lebih baik.
Kami berharap portal ini dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada semua pengunjungnya. Segala maklumat yang dipaparkan di portal ini adalah di bawah seliaan Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kekeliruan maklumat yang mungkin timbul daripada pihak luar.
Terima kasih atas sokongan anda kepada Surau At-Taqwa. Marilah kita bersama-sama menjadikan surau ini sebagai pusat kecemerlangan rohani dan ukhuwah Islamiah.
2.0 Ucapan Aluan oleh Pengerusi Surau At-Taqwa Sesi 2024-2026
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وبارك على آله وصحبه أجمعين،
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, di atas limpah rahmat dan nikmat-Nya yang tidak terhingga. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, serta umat Islam seluruhnya.
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Surau At-Taqwa Fasa 1M kini mempunyai Portal Rasmi sendiri. Portal ini dibangunkan untuk mendekatkan lagi surau dengan seluruh warga ahli kariah Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma. Ia menjadi platform utama untuk menyampaikan informasi, berkongsi aktiviti, dan menyediakan laporan yang boleh diakses pada bila-bila masa oleh mereka yang mempunyai capaian internet.
Objektif Portal Rasmi SATF1M
Dengan adanya portal ini, kami berharap pengurusan dan pentadbiran surau dapat terus dimantapkan. Semua laporan, maklumat, atau aktiviti berkaitan kini dapat dikongsikan dengan lebih mudah dan telus untuk rujukan bersama ahli kariah.
Amanah dan Sumbangan
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan penderma yang sentiasa bermurah hati dalam menyokong aktiviti surau ini. Segala sumbangan yang diterima adalah satu amanah besar yang akan kami pikul dengan penuh tanggungjawab. Setiap usaha dan aktiviti yang dirancang serta dilaksanakan adalah untuk manfaat bersama.
Harapan dan Seruan
Saya ingin mengajak seluruh ahli kariah untuk bersama-sama memberikan idea, cadangan, dan teguran yang membina bagi memperkemaskan lagi pengurusan surau kita. Sesungguhnya, pandangan anda amatlah dihargai kerana ia membantu kami untuk terus maju ke hadapan dan berkhidmat dengan lebih baik.
Penutup
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan Surau At-Taqwa sebagai pusat kecemerlangan rohani, ilmu, dan ukhuwah. Semoga segala amalan dan usaha kita ini dikira sebagai ibadah dan mendapat ganjaran yang baik dari Allah SWT.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Sekian, terima kasih.
LT KOLONEL HAJI AZHAR BIN MOHAMAD (bersara)
Pengerusi Surau At Taqwa Fasa 1M (SATF1M)
Sesi 2024 - 2026
3.0 Isi Kandungan Portal
Pelbagai maklumat yang bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada jemaah dan AJK khususnya. Antara maklumat yang terdapat di dalam portal ini termasuklah:
1. Maklumat Pentadbiran: Info mengenai pentadbiran surau, jawatankuasa pengurusan, dan ciri-ciri pengurusan lain yang berkaitan dengan surau - Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa (AJK) (Sesi 2024-2026)
2.0 Jadual Aktiviti: Maklumat tentang jadual solat, ceramah, program keagamaan, dan aktiviti yang dijalankan oleh Surau At Taqwa.
2.1 Biro-Biro di bawah Jawatankuasa Surau At-Taqwa (JKK) (Sesi 2024-2026) - Laporan Aktiviti
2.2 Jawatankuasa Lajnah Khairat Kematian Surau At-Taqwa (LKK) (Sesi 2024-2026)
3. Borang Cadangan/Aduan: Ruang untuk mengemukakan cadangan atau aduan kepada pihak pentadbir surau secara rasmi. Kemudahan untuk memberikan pandangan atau usul melalui borang yang disediakan.
4. Galeri Foto dan Video: Paparan visual tentang aktiviti-aktiviti terkini, serta gambar-gambar kenangan dalam surau.
5. Sumbangan atau Penajaan : Maklumat terkini, pengumuman, serta berita-berita penting yang berkaitan dengan sumbangan yang diperlukan oleh pihak Surau atau LKK.
5.1 Sumbangan Dana Untuk Tabung Surau
Sebarang sumbangan ikhlas boleh dibuat terus ke akaun berikut:
Bank: Bank Rakyat
Nama: Surau At - Taqwa
Akaun: Akaun Semasa
No Akaun: 1101-5309-40
Rujukan : Sila tuliskan tujuan sumbangan
Sumbangan anda adalah penting dalam menyokong sebarang aktiviti keagamaan, kemasyarakatan, dan pemeliharaan surau bagi kegunaan bersama ahli jemaah yang lain.
Anda boleh menghubungi Pengerusi Surau At Taqwa atau Bendahari untuk maklumat lanjut mengenai sumbangan selain daripada bantuan kewangan.
Terima kasih atas kebaikan dan sumbangan anda kepada Surau At Taqwa.
Jika ada sebaranag pertanyaan berkaitan bayaran atau sumbangan, boleh hubungi Tuan Jasni (Bendahari) +60 17-940 3839
Pastikan semua sumbangan atas nama
Surau At-Taqwa
6. Berita dan Pengumuman: Maklumat terkini, pengumuman, serta berita-berita penting yang berkaitan dengan Surau At Taqwa dan Lajnah Khairat Kematian.
7. Lain-lain Pautan Sumbangan atau Inisiatif atau Pengumuman Kerajaan : Maklumat terkini, pengumuman, serta berita-berita penting yang berkaitan dengan pendaftaran sumbangan atau perlindungan oleh badan kerajaan atau swasta. Semua pendaftaran yang telah dibuat, salinannya hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Surau At-Taqwa untuk tindakan susulan (jika perlu).
4.0 Latar Belakang Surau
Surau At-Taqwa telah mendapat pengesahan sebagai Surau di bawah seliaan dan pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID HL) dengan nombor pendaftaran JAI.SEL.BPM/01/034/324 pada 12 Oktober 2009M / 23 Syawal 1430H.
Berikut adalah serba sedikit maklumat berkaitan :
Surau At-Taqwa,
Jalan Kesuma 5/1M, Fasa 1M,
Bandar Tasik Kesuma, 43700, Beranang,
Selangor Darul Ehsan
Email: surauattaqwafasa1m@gmail.com
Laman Portal Rasmi : https://sites.google.com/view/satf1m
Surau ini mampu menampung sehingga 200 ahli jemaah pada satu-satu masa dan mempunyai kemudahan asas yang baik yang boleh digunakan oleh semua para jemaah. Surau ini dianggarkan berkeluasan 4000 kps.
Nama surau "At-Taqwa" merupakan satu istilah dalam Bahasa Arab yang sering diterjemahkan sebagai "kesedaran kepada Allah," "kesucian," atau "takut kepada Allah." Ia merupakan konsep asas dalam Islam yang merangkumi kesedaran yang mendalam terhadap kehadiran Allah dalam semua aspek kehidupan serta keinginan yang tulus untuk bertindak selaras dengan petunjuk-Nya.
Berikut adalah ringkasan berkaitan dengan Surau At-Taqwa
Surau At Taqwa berada di bawah pentadbiran Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu. Sebanyak 17 buah surau bernaung di bawah Masjid Kariah yang diketuai oleh Nazir, Tuan Haji Noor Rashid Bin Abu Bakar.
Surau ini dianggotai oleh kira-kira 19 ahli jawatankuasa yang melalui pemilihan peringkat kariah 1M dan kelulusan lantikan tertakluk kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), tidak termasuk ahli jawatankuasa tambahan lantikan pentadbiran surau yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penduduk di kariah Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 347 buah rumah di Fasa 1M dan dari jumlah tersebut, seramai 207 ahli khairat telah berdaftar sehingga 25 Jun 2025.
Perwartaan Tanah Tapak Surau telah dibuat melalui Jabatan Agama Islam Selangor pada 10hb Januari 2023 di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat No fail PTDHL(7) 600-6/1/14-2023.
Senarai Surau di bawah Pentadbiran Masjid Kariah Kampung Rinching Hulu
Al Ihsan, Fasa 1H, Bdr Tasik Kesuma
At Taqwa, Fasa 1M, Bdr Tasik Kesuma
Al Falah,Fasa 6, Bdr Tasik Kesuma
Al Mukhlisin, Tmn Pelangi Semenyih 2
Riyadus Solihin, MARA Japanese Industrial Institute (MJII)
Ar Raudhah, Eco Majestic
Nur Muhammad,Fasa 1L, Bdr Tasik Kesuma
Al Kauthar,Fasa 3, Bdr Tasik Kesuma
Al Fateh,Fasa 7, Bdr Tasik Kesuma
Hj Musa, Kg. Rinching Tengah
Al Islah,Fasa 1L, Bdr Tasik Kesuma
Al Ikhwan,Fasa 4, Bdr Tasik Kesuma
Al Uzma,Fasa 9, Bdr Tasik Kesuma
As Salam,Apartment Simfoni, Eco Majestic
Al Firdaus, Apartment Harmoni, Eco Majestic
Al Hikmah, Apartment Karisma, Eco Majestic
An Nur, Villa Mutiara Fasa 5E
5.0 Gambar Surau
Surau At-Taqwa Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor merupakan hasil titik peluh dan usaha gigih pelbagai pihak yang telah bersama-sama membangunkan sebuah rumah Allah ini pada tahun 2010.
Kini, setelah lebih 15 tahun berlalu, surau ini terus berdiri megah yang diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan khusus buat semua ahli Kariah Fasa 1M.
Bagi pihak Jawatankuasa Surau At-Taqwa Fasa 1M , kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada :
Semua individu yang telah menyumbang—sama ada dalam bentuk wang ringgit, bahan binaan, peralatan, makanan dan minuman, mahupun tenaga—sepanjang proses gotong-royong dan pembinaan surau ini. Tanpa sokongan dan pengorbanan kalian, surau ini tidak akan wujud seperti yang kita lihat pada hari ini.
Untuk info lanjut dan gambar-gambar pembinaan boleh dilihat di sini :
Perwartaan Tanah Tapak Surau di bawah Pihak Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat
No fail PTDHL(7) 600-6/1/14-2023 melalui Jabatan Agama Islam Selangor pada 10hb Januari 2023.
Surat berkaitan - klik di sini
6.0 BORANG DAFTAR AHLI KARIAH
Bermula tahun 2025, SEMUA urusan yang membabitkan surau dan masjid hanya dibenarkan kepada Ahli Kariah berdaftar.
Laman untuk info lanjut :
Klik di sini
7.1 Program Ibadah Korban 1447H
📢 Pihak Surau At-Taqwa Fasa 1M akan menganjurkan Program Ibadah Korban 1447H/2026M
Tarikh : Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H
Masa : Bermula dari jam 8.30 pagi
Tempat : Surau At-Taqwa, Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
Sasaran Haiwan Korban : 3 ekor lembu Gred AA (dan kambing jika ada permintaan)
Harga 1 Bahagian : RM900 termasuk kos pengurusan
Harga 1 ekor kambing : RM1,100 termasuk kos pengurusan
Tarikh Tutup Pembayaran : 25 Mei 2026
📋 Status Tempahan Terkini sehingga 25 Mei 2026:
3 ekor 🐄 Lembu:
✔️ Lembu 1 – Dibuka
✔️ Lembu 2 – Dibuka
✔️ Lembu 3 – Dibuka
3 ekor 🐐 Kambing:
Dibuka
Dibuka
Dibuka
Sebarang pertanyaan sila rujuk : 📲 Tuan Jasni (Bendahari SATF1M) +6017-9403839.
Masa Berbaki untuk Pembayaran Penyertaan Korban 1447H
Tarikh Tutup Pembayaran adalah 25 Mei 2026 (Isnin)
Countdown HariRaya AidilAdha 1447H
27 Mei 2026 (Rabu)
Untuk maklumat lanjut, sila klik link di bawah
Purata berat daging lembu bagi tahun 2025 adalah 130kg seekor.
Berat bersih tidak termasuk tulang dan organ dalaman.
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA BANK RAKYAT
Pihak Surau At-Taqwa Fasa 1M ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Bank Rakyat atas sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada surau kami, sama ada dalam bentuk kewangan atau lain-lain bentuk sokongan yang amat bermakna.
Pada 19 Mac 2025, pihak Surau telah menerima sumbangan dari Bank Rakyat sejumlah RM15,500.00.
Sumbangan ini adalah meliputi sumbangan sejumlah RM10,500.00 untuk bantuan anak yatim dan mereka yang dikenalpasti sebagai golongan yang memerlukan bantuan di kalangan ahli Kariah Fasa 1M. Manakala baki RM5,000.00 adalah merupakan sumbangan untuk pengimarahan Surau.
Majlis penyerahan sumbangan dihadiri oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha Surau At-Taqwa di Bank Rakyat Cawangan Beranang. Sesi penyerahan secara simbolik dilakukan oleh Pengurus Bank Cawangan berkenaan.
Sumbangan ini bukan sahaja membantu dalam memperkasa aktiviti dan kemudahan surau, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan jemaah serta komuniti setempat. Keprihatinan dan sokongan daripada Bank Rakyat ini amat kami hargai dan pastinya memberi impak yang besar dalam usaha memartabatkan institusi surau sebagai pusat ibadah dan kemasyarakatan.
Kami mendoakan agar Bank Rakyat terus maju jaya, berkembang kukuh dalam industri perbankan serta sentiasa dilimpahi keberkatan dalam segala urusan. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa hadapan untuk manfaat bersama.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Pautan Sosial Media Surau At-Taqwa Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
Hanya gunakan kamera telefon dan scan QR code atau tekan butang di bawah:
Mandat Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa (Sesi 2024-2026)
Pihak Surau At-Taqwa Fasa 1M kini diterajui oleh Ahli Jawatankuasa sesi 2024–2026 yang sah berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2026. Sama-sama kita doakan agar urus tadbir dan segala aktiviti surau terus diberkati dan dirahmati Allah SWT.
⌛ Tempoh berbaki di bawah ini sebelum tamat mandat:
Untuk sebarangan soalan atau pertanyaan boleh diemailkan atau hubungi Admin :
Email : surauattaqwafasa1m@gmail.com
Portal Admin : Ahmad Najib (+60 10 234 1020)