a) Memastikan proses bancian dan pendaftaran daftar ahli kariah yang bermastautin atau bermukim dalam kariah masjid dan surau dapat dikemaskini sebagaimana kehendak peraturan 10(i), 18(l), 20(k), 30(1)(k), 31(i) dan 36(k) Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.
b) Mendaftarkan ahli kariah secara teratur dan sitematik.
c) Menjadi rujukan dalam urusan penentuan status ahli kariah dalam Mesyuarat Agung Khas Pencalonan dan Pemilihan bagi anggota Jawatankuasa Kariah atau Jawatankuasa Surau
d) Bermula tahun 2025, SEMUA urusan yang membabitkan surau dan masjid hanya dibenarkan kepada Ahli Kariah berdaftar.
Assalamualaikum dan selamat datang sebagai Ahli Kariah Surau At-Taqwa Fasa 1M (SATF1M)!
Kami mengalu-alukan kehadiran Tuan sebagai ahli kariah baru. Berikut adalah beberapa pautan penting untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat berkaitan surau dan komuniti kita:
🔹 Portal Rasmi SATF1M
📎 https://bio.link/satf1m
💬 Nota Penting:
Group WhatsApp Surau At-Taqwa ini bertujuan untuk penyampaian maklumat berkaitan aktiviti dan pengurusan surau sahaja. Diharap semua ahli dapat menjaga adab berkomunikasi serta tidak memuat naik sebarang iklan, promosi jualan atau info yang tidak berkaitan. Sila maklumkan kepada saya sekiranya Tuan perlu dimasukkan ke dalam group Surau At-Taqwa.
Sekiranya Tuan mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut, boleh hubungi:
📞 Ahmad Najib – 010-2341020
Semoga kehadiran Tuan dapat mengimarahkan lagi surau ini dengan semangat ukhuwah di dalam komuniti kita, insyaAllah.
2.0 SYARAT- SYARAT KELAYAKAN AHLI KARIAHÂ
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur 18 tahun dan ke atas bagi lelaki dan perempuan;
c) Berpegang dan beramal dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan
d) Tinggal tetap bermukim atau bermastautin di dalam kariah masjid atau surau sekurang-kurangnya empat (4) bulan.
3.0 Borang Pendaftaran perlu dilengkapkan dan dikembalikan kepada Setiausaha Surau, Encik Basri bin Md Jaffar (017-291 4862)
https://form.jotform.com/252107331579052