29-Disember-2023 Majlis Penyampaian Watikah Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa Sesi 2024-2026
Watikah perlantikan Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa Sessi 2024-2026 telah diterima dari Nazir Masjid Kariah Kg Rinching Hulu, Tuan Haji Noor Rashid Bin Abu Bakar pada 29 Disember 2023 bertempat di Masjid Kg. Rinching Hulu. Surau At-Taqwa diwakili oleh Encik Basri dan Encik Mohd Lotfi bagi mewakili Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar yang berada di luar kawasan.
Nazir Masjid Kg Rinching Hulu dan Encik Mohd Lotfi
Encik Basri dan Encik Mohd Lotfi
28-Disember-2023 Mesyuarat Agung Surau At-Taqwa Bagi Tahun yang Berakhir 2022
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar bagi membentang dan melaporkan aktiviti dan kewangan untuk tahun yang berakhir 2022. Mesyuarat dihadiri juga oleh wakil Muslimat dan ianya berlangsung dengan lancar dengan kehadiran lebih dari 30 orang.
11-Disember-2023 Majlis Khatam Al-Quran bulan Disember, 2023
Majlis khatam di luar bulan Ramadhan oleh ahli kariah yang mengadakan tadarus harian dan majlis khatam diakhiri dengan jamuan Nasi Dagang yang disumbangkan oleh salah seorang ahli kariah.
8-Disember-2023 Majlis Penyampaian Sijil dan Jamuan Penghargaan untuk ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa Sesi 2020-2023
Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar sebagai menghargai khidmat dan kerjasama semua ahli jawatankuasa.
7-Disember-2023 Mesyuarat Jawatankuasa Surau At-Taqwa Bil. 3/2023
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar iaitu yang terakhir untuk sesi 2020-2023. Mesyuarat juga dihadiri oleh wakil Muslimat dan ianya berlangsung dengan lancar.
1-Disember-2023 Mesyuarat Agung Masjid Kariah Kg. Rinching Hulu bagi tahun 2022.
Mesyuarat dihadiri Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar bagi mewakili ahli kariah Surau At-Taqwa
8-October-2023 Majlis Maulidur Rasul anjuran Masjid Qariah Kg Rinching Hulu
Kejayaan Surau At-Taqwa boleh dibanggakan kerana sentiasa mendapat tempat terbaik bersempena Majlis Maulidur Rasul anjuran Masjid Qariah Kg Rinching Hulu.
1. Tempat ke-3 untuk Acara Pembarisan
2. Tempat ke-3 untuk Acara Nasyid Perempuan
3. Juara Lelaki untuk Acara Memanah Terbuka
1-October-2023 Kejohanan Ping Pong Antara Surau
Team Surau At-Taqwa diketuai oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar dan perlawanan berlangsung dengan lancar.
17-September-2023 Mesyuarat Agung Khas Pemilihan AJK Sesi 2024 - 2026
Tuan Haji Azhar bin Mohamad sekali lagi dipilih sebagai Pengerusi Surau sesi 2024-2026 dan majlis disempurnakan oleh Tuan Nazir, Haji Rashid. Majlis pemilihan berjalan dengan cukup lancar dan semoga AJK yang terpilih dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
6-Ogos-2023 Anugerah Pelajar Cemerlang "ADINAN HUSIN" 2023
Tuan Haji Adinan Husin sudi menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang buat anak kariah Fasa 1M yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM 2022/23.
17-April-2023 Majlis Khatam bulan Ramadhan 1444H
Majlis khatam dibuat selepas solat Terawih dan dipimpin oleh Imam Suhaimi dan dihadiri lebih dari 15 peserta Tadarus.