Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Lajnah Khairat Kematian Surau At-Taqwa Fasa 1M akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-4/2024[sesi 2020-2023] seperti berikut :
Tarikh : 07 Jan 2024 [Ahad]
Masa : 09.00 Pagi
Tempat : Surau At-Taqwa F1M
2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan sebagai ahli Lajnah Khairat Kematian dan semua ahli kariah Fasa 1M adalah dengan hormatnya dijemput hadir. Sebarang usul/cadangan boleh dibentangkan semasa mesyuarat.
3. Agenda mesyuarat:
-Ucapan aluan pengerusi majlis dan diiringi dengan bacaan doa
-Ucapan aluan oleh Pengerusi Lajnah Khairat Kematian
-Ucapan Perasmian oleh Pengerusi Surau At-Taqwa Fasa 1M
-Pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali ke-3 sesi 2020-2023
-Pembentangan aktiviti-aktiviti Lajnah Khairat Kematian tahun 2020-2023
-Pembentangan laporan kewangan Lajnah Khairat Kematian tahun 2020-2023
-Usul dan cadangan
-Hal-hal lain
-Pembubaran AJK LKK sesi 2020-2023 dan perlantikan AJK LKK sesi 2024-2026
-Penangguhan mesyuarat diakhiri dengan bacaan doa
4. Kehadiran tuan/puan adalah amat dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Affendey Bin Muhamad
Setiausaha