31-Disember-2024 Penggunaan Jam Solat Android Box yang baru (Aplikasi TV Solat)
Pembelian 1 unit Jam Solat berasaskan Android Box, Nama Aplikasi : TV Solat rujuk https://www.tvsolat.com/ diharapkan dapat meningkatkan pengalaman jemaah Surau At-Taqwa dengan penyampaian maklumat solat dan Islamik yang lebih efektif.
Dengan ciri-ciri interaktif dan kemudahan penggunaan, sistem ini akan menjadi nilai tambah yang besar kepada surau.
Pembelian ini dibuat bagi menggantikan jam solat TV yang digunakan sebelum ini telah dicuri di dalam insiden pecah masuk surau pada 26 Disember yang lalu.
31-Disember-2024 PENDAFTARAN KE DALAM SISTEM ELAPORAN MAIS
Surau At-Taqwa telah melengkapkan pendaftaran di dalam sistem elaporan MAIS seperti yang diminta oleh Pihak Audit MAIS pada Kursus Garis Panduan Kewangan, Perolehan dan Aset yang lalu.
Pendaftaran ini adalah perlu bagi proses penghantaran laporan kewangan bagi tahun 2024 ke dalam sistem tersebut.
Berikut adalah link pautan:
https://elaporan.onlineapp.my/menu_utama.php
26-Disember-2024 Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin Sempena SPM Kariah SATFIM
Alhamdulillah, Majlis Solat Hajat dan Bacaan Surah Yaasin sempena SPM 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada Khamis, 26 Disember 2024, bertempat di Surau At-Taqwa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir, menyumbang juadah, tenaga, dan masa untuk memeriahkan majlis ini. Sokongan dan keikhlasan anda amat bermakna dan telah memberikan semangat kepada para pelajar kita yang menghadapi peperiksaan penting ini.
Langkah pembaikan akan datang : Penyediaan air botol dan penyampaian dibuat selepas bacaan Yassin.
26-Disember-2024 Kejadian Pecah Masuk Surau:
Nombor Laporan Polis: BERANANG/004623/24
Masa Kejadian: Dianggarkan antara 4.33 petang hingga 5.48 petang
Butiran:
Seorang lelaki berbangsa Melayu disyaki sebagai pelaku.
Kehilangan: Android Box Waktu Solat (1 unit).
Tidak terdapat kehilangan wang kerana tabung derma dikosongkan setiap hari.
Kejadian disedari oleh Setiausaha Surau, Encik Basri, pada jam 6.30 petang semasa persiapan untuk majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat SPM.
22-Disember-2024 Kuliah Maghrib Khas oleh Ustaz Abdul Halim bin Abu Bakar dari Lembaga Zakat Selangor.
10-Disember-2024 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali ke-4 bagi tahun 2024 Surau At-Taqwa Fasa 1M Bandar Tasik Kesuma, dipengerusikan oleh Tuan Haji Azhar Mohamad selaku Pengerusi Surau.
30 November 2024 - Rehlah Santai Kariah 1M bertempat di Semenyih EcoVenture Resort & Recreation. Alhamdulillah, program Rehlah Kariah Fasa 1M 1.0 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 30 November 2024.
Langkah pembaikan akan datang : Kutipan yuran terlebih dahulu.
28 November 2024 - Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah Hulu Langat anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.
Fasa 1M diwakili oleh Encik Basri dan Encik Mohayan.
13 November 2024 - Mesyuarat Khas AJK untuk Program Rehlah Santai Kariah 1M
10 November 2024 - Projek wakaf 2 tempat mandi dan kapan jenazah di ruang makan muslimah SAT F1M, alhamdulilah telah siap disempurnakan pembinaan tersebut
3 November 2024 - Kuliah Maghrib Khas - Tajuk Indahnya Berwakaf oleh Perbadanan Wakaf Selangor
22 - 23 Oktober 2024 - Bengkel Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Masjid Surau Negeri Selangor Tahun 2023 (Siri 3). Bengkel dihadiri oleh Bendahari SAT1FM, Tuan Jasni bin Saaban bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, PAIDHL
18-Oktober-2024 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali ke-3 bagi tahun 2024 Surau At-Taqwa Fasa 1M Bandar Tasik Kesuma, dipengerusikan oleh Tuan Haji Azhar Mohamad selaku Pengerusi Surau telah berlangsung dengan jayanya.
22-September-2024 Sambutan Majlis Maulidur Rasul Surau At-Taqwa Fasa 1M telah dirasmikan oleh Nazir MKKRH, Tuan Haji Rashid. Pelbagai acara telah dianjurkan termasuk Ceramah Khas oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Radhi bin Abdul Ghani (Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)
19-September-2024 Mesyuarat Khas AJK sempena persiapan untuk Sambutan Majlis Maulidur Rasul Surau At-Taqwa Fasa 1M telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Surau SATF1M. Pelbagai acara telah dirancang termasuk Ceramah Khas oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Radhi bin Abdul Ghani (Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)
3-September-2024 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali ke-2 bagi tahun 2024 Surau At-Taqwa Fasa 1M Bandar Tasik Kesuma, dipengerusikan oleh Tuan Haji Azhar Mohamad selaku Pengerusi Surau telah berlangsung dengan jayanya.
6-Julai-2024 Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun 1 Muharram 1446H.
Majlis Bacaan Doa akan dipimpin oleh Ustaz Muhamad Fais bin Fuad
30-Jun-2024 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Adinan Husin bagi tahun 2023.
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Adinan Husin adalah sebagai penghargaan yang diadakan setiap tahun untuk mengiktiraf pencapaian pelajar-pelajar cemerlang khusus bauat anak-anak ahli kariah Fasa 1M sahaja. Majlis ini melibatkan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM dan STPM tahun 2023.
27-Jun-2024 Majlis sumbangan sebuah laptop untuk kegunaan pengurusan Surau At-Taqwa Fasa 1M Bandar Tasik Kesuma telah diterima dari syarikat Mindmatics Sdn Bhd melalui wakilnya yang disampaikan oleh, Encik Osman Hassan.
Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar Mohamad yang mewakili pihak Surau mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang cukup bermakna ini.
17-Jun-2024 Solat Sunat AidilAdha 1445H di Surau SATF1M bermula pada jam 8:00 pagi. Imam bertugas adalah Ustaz Haji Mohamad dan Khatib adalah Encik Ahmad Najib dibantu oleh Bilal 1, Encik Harmain bin Dayat.
Jamuan ringkas AidilAdha diadakan selepas solat.
Majlis penyembelihan korban (2 ekor lembu dan 2 ekor kambing) dimulakan pada jam 9.30 pagi.
Layari youtube untuk maklumat lanjut :
https://www.youtube.com/watch?v=VXtSJx22vp8
16-Jun-2024 Majlis gotong royong di Surau sempena persediaan menyambut Hari Raya AidilAdha 1445H.
14-Jun-2024 Sesi perbincangan bulanan Imam dan Bilal bulan Jun, 2024.
9-Jun-2024 Majlis gotong royong anjuran Biro Muslimah di Surau sempena persediaan menyambut Hari Raya AidilAdha 1445H.
21-Mei-2024 Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bil 2/2024. Membincangkan persediaan dan perancangan Ibadah Korban 1445H.
12-Mei-2024 Majlis Khatam Al-Quran Sesi Tadarus kali ke-3 bagi tahun 1445H
12-Mei-2024 Majlis Bacaan Yassin dan Jamuan Silaturahim sempena Sambutan Hari Raya AidilFitri anjuran Biro Muslimah
27-April-2024 Pihak Surau yang diwakili Pengerusi menerima sumbangan kewangan dari Majlis Agama Islam Selangor yang disampaikan melalui Tuan Nazir dan Setiausaha MKKRH sempena Program Imarah Ramadhan 1445H
6-April-2024 Program Sumbangan sempena AidilFitri 1445H - sumbangan kepada Ibu Tunggal dan anak yatim, sumbangan zakat Bank Rakyat kepada mereka yang memerlukan dan sumbangan kepada pesara dan bekas Polis dan Tentera.
5-April-2024 Program Sumbangan Bakul Rahmah AidilFitri 1445H/2024 dengan kerjasama dari NGO Berdaftar
29-Mac-2024 Majlis Khatam Al-Quran Sesi Tadarus sempena Ramadhan bagi tahun 1445H. Ini adalah majlis khatam kali ke-2 bagi tahun 2024.
28-Mac-2024 Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana ajuran MKKRH diwakili oleh Biro Muslimah
25-Mac-2024 Lawatan Tuan Nazir dan Setiausaha MKKRH bersolat Tarawih dan Tahlil Arwah di Surau At Taqwa. Tazkirah Ramadhan dan perkembangan KOMBAT disampaikan oleh Prof. Dr. Muhd Najib Bin Abdul Kadir.
12-Mac-2024 Malam kedua Ramadhan 1425H, ucapan aluan oleh Pengerusi Surau At-Taqwa buat semua ahli kariah yang hadir
11-Mac-2024 Malam pertama Tadarus Harian sempena Ramadhan 1425H
11-Mac-2024 Malam pertama Solat Tarawih Ramadhan 1425H
10-Mac-2024 Program Mantai Kariah 1M sempena menyambut Ramadhan 1425H
25-Februari-2024 Petandingan Bowling Tertutup SATF1M
Pertandingan telah diadakan di the Bowlers, MesaMall, Nilai dan disertai oleh ahli kariah.
24-Februari-2024 Khatam Al-Quran SATF1M
Majlis khatam al-quran sempena sambutan Nisfu Syaaban. Untuk makluman group Tadarus Al-Quran ada mengadakan majlis tadarus selepas solat Subuh setiap hari. Semua dijemput menyertainya,
23-Februari-2024 Mesyuarat Agung Tahunan SATF1M
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Azhar bagi pembentangan laporan kewangan dan aktiviti tahun 2023 dan dihadiri oleh ahli kariah.
18-Februari-2024 Bicara Ilmu - Bengkel Pemantapan Teknik dan Praktikal Azan untuk Bilal-Bilal SAR F1M bersama Encik Azamuddin bin Abd Majid Bilal 2 Masjid Bandar Rinching
15-Februari-2024 Undian kumpulan Bowling SATF 1M
6-Februari-2024 Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa Sesi 2024-2026 Bil 1/2024
Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa Bil 1/2024 dipengerusikan oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar Mohamad.
2-Februari-2024 Program Taaruf bersama Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha Surau2 di bawah Kariah Masjid Kariah Kg Rinching Hulu
Majlis anjuran Kariah Masjid Kariah Kg Rinching Hulu disertai oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha, Surau At-Taqwa. Majlis diterajui oleh Nazir, Tuan Haji Noor Rashid Bin Abu Bakar.
27-Januari-2024 Kuliah Dhuha anjuran Team Sahabat Al-Quran dan Kariah Masjid Rinching Kampung Hulu
Majlis anjuran Team Sahabat Al-Quran dan Kariah Masjid Rinching Kampung Hulu disertai oleh Pengerusi dan Biro Muslimah
24-Januari-2024 Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan SPM/SPM(V)
Terima kasih diucapkan buat semua para penyumbang dan semua ahli kariah yang hadir menjayakan majlis kali ini.
Didoakan semoga anak-anak yang bakal mengambil peperiksaan beroleh keputusan cemerlang dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam berupa juadah pelbagai yang sedap-sedap yang dibawakan oleh ahli kariah.
20-Januari-2024 Sesi bimbingan pelapis Muaazin muda
Pelapis Muaazin muda dibentuk bagi memberikan galakan dan bimbingan yang berteruskan buat mereka. Pihak Surau sentiasa berbesar hati untuk melatih dan memberikan bimbingan yang berterusan buat anak-anak muda kariah yang berminat. Adik Ifat, Amzar dan Adam telah secara sukarela menyertai sebagai Muaazin muda Surau At-Taqwa. Mereka ini akan terus diberikan bimbingan oleh Encik Mohd Lotfi, Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa dan barisan Bilal serta AJK yang lain.
19-Januari-2024 Mesyuarat AJK Bil 1/2024
Mesyuarat AJK Surau At-Taqwa Bil 1/2024. Mesyuarat membincangkan perancangan Surau untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang beserta perlantikan AJK tambahan bagi meneruskan kecemerlangan untuk pada masa-masa yang akan datang. Tahniah diucapkan barisan AJK tambahan yang dilantik bagi Sesi 2024 - 2026. Mesyuarat diakhiri dengan aktiviti foto AJK untuk sesi baru.
14-Januari-2024 Kuliah dhuha (Wasiat dan Faraid)
Kuliah dhuha dibimbing oleh Ustazah Nor Raisah Abu Bakar dan kami menyambut baik kehadiran Muslimah dari Fasa 1L , Fasa 1I, Fasa 4 , kariah Masjid Rinching Hulu dan sahabat team Al quran Sesapan Kelubi dan Masjid Raja Alang.
7-Januari-2024 Kelas Mengaji Al-Quran Muslimah
Kelas dibimbing oleh Ustazah Juita binti Ismail dengan kehadiran lebih dari 15 peserta.
7-Januari-2024 Mesyuarat Agung kali ke-4/2024 Lajnah Khairat Kematian Surau At-Taqwa Fasa 1M [sesi 2020-2023]
Mesyuarat dirasmikan oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali ke-3 sesi 2020-2023, aktiviti-aktiviti Lajnah Khairat Kematian tahun 2020-2023, pembentangan laporan kewangan Lajnah Khairat Kematian tahun 2020-2023 dan pembubaran AJK LKK sesi 2020-2023 dan perlantikan AJK LKK sesi 2024-2026.
6-Januari-2024 Sesi Tadarus Harian Surau At-Taqwa
Sesi Tadarus harian diteruskan seperti berikut :
1) Selepas solat Subuh (Tadarus bermula mengikut surah dan diteruskan sehingga ke Majlis Khatam)
2) Selepas solat Maghrib (Tadarus surah lazim) - Al-Kahfi ayat 1-10, 100-110, Sajdah, Ar-Rahman, Al-Waqiah, Al-Baqarah 3 ayat terakhir
3) Selepas solat Isyak (Al-Mulk)
5-Januari-2024 Kelas Bimbingan Asas Sebutan Huruf Al-Quran Surau At-Taqwa
Kelas dibimbing oleh tenaga pengajar bertauliah, Ustaz Zaifuri Zakaria dan sesi kali pertama bagi tahun 2024 dihadiri seramai 9 ahli kariah.
4-Januari-2024 Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa Sesi 2024-2026
Mesyuarat Khas yang pertama Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa Sessi 2024-2026 dipengerusikan oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Azhar Mohamad.