Kandungan
PUNCA KUASA
PERATURAN-PERATURAN MASJID DAN SURAU (NEGERI SELANGOR) 2017
57(4) Penyata Kewangan bagi setiap institusi Masjid dan Surau hendaklah disediakan mulai 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.
57 (5) Laporan Kewangan berkala bagi setiap institusi Masjid atau Surau hendaklah dikemukakan kepada Majlis melalui Pejabat Agama Islam Daerah bagi akaun yang berakhir pada 30 Jun dan yang berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
OBJEKTIF
Sistem ini adalah bertujuan untuk memudahkan penyerahan dan pemantauan penghantaran Penyata Kewangan institusi Masjid, Surau, Musolla dan Jawatankuasa Pembinaan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
PEGAWAI AUDIT YANG DIRUJUK
Sebarang pertanyaan dan persoalan boleh hubungi :
SEKTOR AUDIT DALAM DAN INTEGRITI
Majlis Agama Islam Selangor
Tingkat 5, Kompleks MAIS Klang,
Lot 336, Jalan Meru Off Jalan Kapar,
41050 Klang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3361 4000/4180
H/P : 011-2670 8663 / 011-5419 8741
Email : auditkewms@mais.gov.my
1. Laporan disediakan oleh Bendahari
2. Laporan disemak oleh Pemeriksa Kira-kira 1 dan Pemeriksa Kira-kira 2
3. Laporan yang lengkap akan disemak dan disahkan oleh Pengerusi
4. Laporan akan dihantar ke MAIS melalui portal :
https://sispem.mais.gov.my/