Pihak Surau mengalu-alukan sumbangan wang tunai dari semua pihak yang sudi untuk menaja cadangan Penambahan & Pembaikan Bilik Pengurusan Jenazah
Surau At-Taqwa, Bandar Tasik Kesuma.
LAPORAN CADANGAN
Penambahan & Pembaikan Bilik Pengurusan Jenazah
Surau At-Taqwa, Bandar Tasik Kesuma
1. Pengenalan
Surau At-Taqwa bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah, malah juga memainkan peranan penting dalam menguruskan hal ehwal kebajikan masyarakat setempat, termasuklah pengurusan jenazah. Buat sementara ini, Surau masih belum mempunyai bilik pengurusan jenazah untuk mandi dan kafan.
Pengurusan mandi dan kapan jenazah hanya menggunakan ruang bahagian luar dewan solat dan didapati sesuai dari aspek privasi, ruang, susun atur dan kelengkapan. Justeru, cadangan penambahan dan pembaikan ini disediakan bagi memastikan proses pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna, teratur, serta menepati syariat Islam di dalam tempat atau bilik khas.
2. Latar Belakang & Keperluan
Kekangan Ruang – Ruang sedia ada kurang sesuai untuk menampung proses pengurusan jenazah, terutama apabila melibatkan ramai ahli keluarga atau sukarelawan.
Penyediaan Kelengkapan memerlukan Tenaga yang ramai – Kemudahan seperti meja mandi jenazah, ruang simpanan peralatan, dan saluran air bersih yang terpaksa dikeluarkan dari bilik jenazah dan dibawa ke ruangan jenazah diuruskan.
Keselesaan & Kebersihan – Ruang memerlukan kebersihan yang mudah dijaga kerana tempat digunakan untuk tujuan mesyuarat dan juga tempat makan muslimah.
Keperluan Komuniti – Dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat, kemudahan pengurusan jenazah yang lengkap amat diperlukan untuk memberi khidmat segera tanpa bergantung sepenuhnya pada pihak luar.
3. Objektif Cadangan
Menyediakan ruang khas pengurusan jenazah yang selesa, bersih dan praktikal.
Memastikan proses pengurusan jenazah (mandi, kafan, solat jenazah) dapat dijalankan mengikut syariat Islam dengan lebih lancar di ruang yang lebih tertutup dan privasi.
Mengelakkan penggunaan ruang lain di surau yang tidak sesuai dijadikan tempat pengurusan jenazah.
Menjadikan Surau At-Taqwa sebagai pusat komuniti setempat yang lengkap dari aspek kebajikan.
4. Cadangan Pelan Pembangunan
Cadangan pembangunan bilik pengurusan jenazah adalah seperti berikut:
4.1 Struktur & Ruang
Bilik Mandi Jenazah
- Dilengkapi meja mandi jenazah tahan karat (stainless steel) dengan sistem saliran air bersih & air kumbahan terus ke longkang khas.
- Lantai antiselip dengan kemasan jubin sesuai untuk kebersihan.
- Paip air panas & sejuk (jika diperlukan).
Ruang Kafan & Persediaan
- Ruang berasingan selepas mandi untuk proses mengkafan.
- Rak simpanan kain kafan, kapas, sabun, sarung tangan, dan peralatan berkaitan.
Ruang Penyimpanan Peralatan
- Kabinet khas untuk menyimpan peralatan pengurusan (baldi, gayung, sabun, wangian, sarung tangan, plastik, dan lain-lain).
Sistem Sokongan
- Sistem pengudaraan (ekzos kipas & tingkap pengudaraan atau aircond).
- Lampu pencahayaan LED putih yang terang.
- Saliran air bersih dan sistem perpaipan yang tersusun.
- Tangki simpanan air yang mencukupi sekiranya tiada bekalan air
4.2 Peralatan Cadangan
Meja mandi jenazah tahan karat lengkap dengan saliran.
Paip & kepala pancuran air mudah alih.
Baldi, gayung & hos paip.
Rak penyimpanan (besi tahan karat).
Peralatan asas: sabun, kapur barus, kapas, sarung tangan, apron plastik, kain kafan.
5. Anggaran Kos (Indicative)
Kerja-kerja ubahsuai & pembinaan – RM 30,000
Meja mandi jenazah & kelengkapan – RM 5,000
Rak & kabinet penyimpanan – RM 1,000
Kos peralatan lain & bahan guna habis – RM 2,000
(Jumlah keseluruhan akan ditentukan setelah mendapatkan sebut harga daripada kontraktor & pembekal peralatan.)
6. Penutup
Cadangan penambahan dan pembaikan bilik pengurusan jenazah Surau At-Taqwa ini adalah satu usaha proaktif dalam meningkatkan kebajikan masyarakat setempat. Dengan adanya kemudahan yang lengkap, tersusun dan selesa, ia dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk sekitar, tetapi juga mengangkat peranan Surau At-Taqwa sebagai pusat komuniti Islam yang menyeluruh.
Sehubungan itu, kami mengesyorkan agar cadangan ini mendapat pertimbangan dan sokongan daripada pihak pengurusan surau, penduduk setempat, serta sumbangan daripada pihak berkaitan bagi menjayakan pelaksanaannya.