“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)
SUMBANGAN BIL UTILITI PELAN JALUR LEBAR (UNIFI)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Penghargaan Kepada Para Penderma
Pihak Surau At-Taqwa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penderma yang secara ikhlas telah menyumbang untuk bayaran bil UTILITI setiap bulan.
Berdasarkan laporan terkini:
Jumlah bil UTILITI semasa setiap bulan menunjukkan komitmen yang BERTERUSAN untuk memastikan ahli kariah dapat menggunakan kemudahan data ketika berada di ruang surau.
Sumbangan ikhlas daripada individu yang dermawan telah membantu pihak Surau dapat membayar bil dengan konsisten.
Kutipan daripada tabung surau juga telah digunakan untuk menampung baki bayaran, membuktikan sokongan padu komuniti kariah terhadap pengurusan surau.
Kami amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap agar lebih ramai ahli kariah dapat terus menyumbang demi kemakmuran Surau At-Taqwa. Segala sumbangan ini adalah satu amal jariah yang besar manfaatnya, bukan sahaja kepada komuniti tetapi juga untuk akhirat kelak.
Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan kepada semua penderma.
JomPAY online di Perbankan Internet dan Telefon Mudah Alih dengan akaun semasa, simpanan atau kad kredit
Nombor akaun Unifi Surau At Taqwa : 1049478066
PENGERUSI SURAU AT TAQWA
Rujukan : Pelan Unifi