1.0 Pendahuluan :
1.1 Objektif :
Menghidupkan pembudayaan bacaan al-Qur'an dalam kalangan ahli qariah fasa 1M.
Memberi peluang kepada ahli qariah fasa 1M khususnya dalam memperbaiki bacaan al-Qur'an.
1.2 Aktiviti Berimpak:
Tadarus Al-Quran telah memberi impak kepada ahli kariah Surau At-Taqwa di mana ianya menunjukkan pengaruh positif tadarus Al-Quran terhadap peserta dan komuniti secara keseluruhannya.
Dari tahun ke tahun, jumlah peserta Tadarus semakin bertambah dan boleh dikatakan hampir setiap hari aktiviti Tadarus sentiasa diadakan.
Sesi Tadarus harian diteruskan seperti berikut :
1) Selepas solat Subuh
2) Selepas solat Tarawih
1.3 Penghargaan dan Pengiktirafan:
Penghargaan atau pengiktirafan ditujukan buat Pengerusi Surau yang sentiasa menyokong dan khusus buat semua peserta Tadarus yang dari masa ke semasa telah dapat meningkatkan prestasi bacaan masing-masing di dalam tadarus Al-Quran.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan dikira sebagai satu ibadah yang membolehkan mendapat ganjaran terbaik dariNya.
1.4 Cadangan untuk Masa Hadapan:
Cadangan atau langkah-langkah untuk meningkatkan lagi program tadarus Al-Quran di Surau At-Taqwa akan terus dibincangkan.
Ini termasuk cadangan jadual baru, cara untuk meningkatkan penyertaan, dan strategi untuk memaksimumkan manfaat daripada aktiviti ini.
2.0 Laporan aktiviti Tadarus Al-Quran Ramadhan 1446H :
1. 24 Mac 2025 - Tadarus Ramadhan 1446H bermula
3.0 Laporan kehadiran aktiviti :
1. Semua Ahli kariah dijemput untuk menyertai sesi Tadarus Al-Quran diadakan selepas setiap hari.
2. InsyaAllah kita akan cuba untuk capai sasaran Khatam sebanyak 2 kali berbanding 1 kali bagi bulan-bulan Ramadhan sebelumnya.
4.0 Aktiviti tadarus Al-Quran yang sedang berlangsung 2025
4.1 Progres Kumpulan Tadarus:
Laporan progres pembacaan Al-Quran oleh kumpulan peserta Tadarus dikongsikan melalui Whatsapp Grup ngaji surau At Taqwa. Ini merangkumi jumlah surah atau juz yang telah dibaca atau sebarang pencapaian khusus.
Aktiviti tadarus telah bermula sebelum Ramadhan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, perkongsian perkembangan aktiviti tadarus harian SATF1M 1446H
Surah dan ayat terakhir dibaca :
Bil ms telah dibaca : 353/604 (58%)
Tarikh Tadarus Terakhir : 2 Mac 2025 selepas Subuh
InshaAllah, target khatam pada Ramadhan 1446H.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء