1.0 Pendahuluan
Biro ini diketuai oleh Timbalan Pengerusi, Encik Mohd Lotfi bin Yaakob dan dibantu oleh Encik Jafri bin Ali. Segala aktiviti sentiasa mendapat sokongan oleh Pengerusi surau serta AJK yang lain.
Biro Dakwah memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan dan memperkuatkan nilai-nilai Islam serta mendidik masyarakat tentang ajaran agama.
Berikut adalah beberapa peranan utama yang dilakukan oleh Biro Dakwah dan Tarbiah sepanjang Tahun 2024:
Penyampaian melalui kuliah subuh dan kuliah maghrib, ceramah khas sempena sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Sambutan Ramadhan dan lain-lain.
1.1 Jadual Kuliah
Pembinaan Ilmu dan Pendidikan: Menyediakan program-program pendidikan agama yang meliputi pelbagai tahap umur dan pengetahuan.
2.1 Kelas Bimbingan Asas Al-Quran dan Aktiviti Tadarus (Program mengimarahkan surau melalui aktiviti melibatkan Al-Quran)
2.2 Pelapis Muaazin muda dibentuk bagi memberikan galakan dan bimbingan yang berteruskan buat mereka. Pihak Surau sentiasa berbesar hati untuk melatih dan memberikan bimbingan yang berterusan buat anak-anak muda kariah yang berminat. Adik Ifat, Amzar dan Adam telah secara sukarela menyertai sebagai Muaazin muda Surau At-Taqwa. Mereka ini akan terus diberikan bimbingan oleh Encik Mohd Lotfi, Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa dan barisan Bilal serta AJK yang lain.
Program / Aktiviti Khusus dalam pengimarahan surau :
3.1 Solat Aidiladha di Surau
3.2 Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
3.3 Bacaan hadis ringkas selepas solat Subuh (Jika tiada ceramah/kuliah)
3.4 Bacaan surah Al-Mulk selepas solat baqdiah Maghrib (Jika tiada ceramah/kuliah)
3.5 Bacaan surah lazim (Surah Al-Kahfi, Surah Al-Rahman dan Surah Al-Waqiah) sebelum solat Isyak (Jika tiada ceramah/kuliah)
3.6 Bacaan Yassin dan Solat Hajat sempena peperiksaan atau hajat dari ahli kariah.
3.7 Bacaan Yassin selepas solat Maghrib (Jika tiada ceramah/kuliah)
3.8 Tadarus al-quran beserta Tadabbur ayat al-quran selepas solat Subuh setiap hari.
Bantuan dan Sokongan: Menyediakan bantuan sosial dan bimbingan kepada masyarakat dalam keadaan tertentu seperti kematian, kecemasan, atau bantuan pendidikan.
Koordinasi Program: Bertanggungjawab dalam mengkoordinasikan program-program keagamaan dan dakwah di dalam surau atau masyarakat setempat.
5.1 Jadual Imam Bilal
Media Dakwah: Menggunakan media sosial, web, atau saluran digital lain untuk menyampaikan ajaran agama dan nilai-nilai Islam kepada masyarakat.
6.1 Pengemaskinian waktu solat dan informasi berterusan jam solat TV sambil dibantu oleh Biro Multimedia
6.2 Penyampaian dan penyediaan Jadual Kuliah
Peranan Biro Dakwah merupakan aspek penting dalam memperkukuhkan aspek keagamaan dan keislaman dalam masyarakat. Dengan menyelaraskan berbagai program dan inisiatif, biro ini dapat membantu dalam membangun masyarakat yang lebih baik berlandaskan nilai-nilai Islam.
Majlis Khatam Ramadhan 2023
Majlis Khatam Bulan Disember 2023
Kelas bimbingan asas sebutan huruf Al-Quran 2023
Kelas bimbingan asas sebutan huruf Al-Quran 2023
Setiap hari Jumaat selepas solat Isyak
Bacaan Yassin dan Tahlil
Setiap hari Khamis selepas solat Maghrib
Sesi Tadarus Harian
Selepas solat Subuh dan Maghrib
Adik Ifat, Amzar dgn Adam menyertai secara sukarela sebagai Pelapis Muaazin Muda dibimbing oleh Cikgu Mohd Lotfi.