1.0 Pendahuluan
Biro kebajikan diterajui oleh Encik Abdul Aziz bin Abdul Halim Husni dan Encik Mohayan bin Tapsir. Ianya dibantu oleh Tuan Haji Zamry bin Hassan serta AJK yang lain.
Semua aktiviti adalah di bawah pemantauan, nasihat dan kelulusan Pengerusi Surau At-Taqwa bagi memastikan semua sumbangan yang dibuat diterima oleh semua pihak yang memerlukan.
1.1 Laporan Kewangan - Ringkasan Peruntukan & Sumbangan 2025 (berakhir pada 29/9/2025)
Peruntukan
Peruntukan 2025 : RM4,700
Baki 2024 : RM100
Jumlah Peruntukan 2025 : RM4,800
Sumbangan
Sumbangan 2025 : RM4,440
Baki semasa : RM360
Rumusan:
Jumlah keseluruhan dana 2025 sebanyak RM4,800.
Sehingga tarikh 29/9/2025, telah digunakan/diagihkan RM4,440, dengan baki semasa RM360.
Kematian : 16 penerima
Kemalangan : 5 penerima
Sakit Kronik : 8 penerima
OKU : 4 penerima
Pusat Tahfiz : 1 penerima
Jumlah keseluruhan penerima : 34 orang dan 1 institusi
2.0 Laporan Biro
Sebagai sebuah biro kebajikan yang terlibat di dalam aktiviti sosial, pelbagai inisiatif telah dijalankan untuk membantu mereka yang terkesan bukan saja oleh pandemik COVID-19 malah juga hal-hal lain yang melibatkan kesihatan, kemalangan dan juga perkara asas cabaran kehidupan yang lain. Semua sumbangan yang disalurkan terutamanya dalam bentuk wang tunai mahupun bekalan asas makanan atau perubatan adalah hasil daripada semua ahli kariah, orang perseorangan atau badan korporat yang lain seperti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang sentiasa memberikan sokongan setiap masa.
Bantuan Kewangan:
Menyalurkan sumbangan kewangan kepada individu atau keluarga yang terjejas secara ekonomi akibat kehilangan pekerjaan atau pendapatan semasa pandemik.
Pembekalan Makanan dan Keperluan Asas:
Menyediakan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan, terutama kepada golongan yang terjejas secara langsung oleh kesan ekonomi pandemik.
Bantuan Perubatan:
Menyokong dalam penyediaan bantuan perubatan seperti ubat-ubatan atau peralatan perubatan kepada individu yang memerlukan rawatan atau tidak mampu untuk membelinya sendiri.
Sokongan Komuniti Tempatan:
Bekerjasama dengan komuniti tempatan, badan-badan keagamaan, dan badan-badan lain untuk menyampaikan sokongan yang bersepadu kepada mereka yang memerlukan.
3.0 Peranan biro kebajikan semasa fasa COVID-19
Peranan biro kebajikan semasa fasa COVID-19 menjadi lebih penting, dan banyak organisasi masyarakat awam dan swasta telah bersatu tenaga untuk membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya ahli kariah fasa 1M.
Antara bentuk bantuan adalah di dalam wang tunai ataupun barangan asas.
Kelayakan untuk mereka yang menerima bantuan ini adalah seperti mereka yang kematian ahli keluarga, dimasukkan ke hospital oleh sakit yang disebabkan oleh covid, hilang punca pendapatan, sakit, anak kurang upaya serta juga golongan emas yang terus sentiasa mendapat perhatian dari pihak surau.
4.0 Laporan Sumbangan Agihan Bantuan dari Tahun 2020 sehingga Tahun 2024
(Tabung surau dan Tabung aktiviti surau)
Ringkasan jumlah agihan sumbangan biro kebajikan dari tahun 2020 hingga 2023 adalah seperti berikut:
Tahun 2020: RM 4,829
Tahun 2021: RM 2,700
Tahun 2022: RM 4,150
Tahun 2023: RM 7,685
Tahun 2024 : RM 6,844
Jumlah ini menunjukkan sejumlah RM26,208.00 dana yang telah diagihkan oleh biro kebajikan untuk membantu kegiatan amal dan program kebajikan ahli kariah.
Duit sumbangan tersebut adalah dari tabung surau dan tabung aktiviti surau untuk agihan sumbangan kebajikan kepada kariah yang mendapat musibah. Ini tidak termasuk sumbangan dari Bank Rakyat untuk balu, anak yatim, OKU dan golongan B40.
Pihak Surau At-Taqwa sangat mengalu-alukan sumbangan daripada ahli kariah untuk kami membantu mereka-mereka yang telah dikenalpasti yang memerlukan. Sedikit sebanyak sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan kewangan yang ditanggung.
Pembahagian sumbangan secara terperinci boleh diakses di sini - Klik sini
5.0 Laporan Sumbangan Agihan Bantuan dari Tahun 2021 sehingga Tahun 2023
(Sumbangan Bank Rakyat)
Ringkasan jumlah agihan sumbangan Bank Rakyat dari tahun 2021 hingga 2023 adalah seperti berikut:
Tahun 2021: RM 6,000
Tahun 2022: RM 7,750
Tahun 2023: RM 7,000
Jumlah ini menunjukkan sejumlah RM27,750.00 dana yang telah diagihkan oleh biro kebajikan untuk membantu kegiatan amal dan program kebajikan ahli kariah.
Ini adalah sumbangan dari Bank Rakyat untuk balu, anak yatim, OKU dan golongan B40 yang berdaftar sebagai ahli kariah.
6.0 Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan atas Sumbangan Anda
Dengan penuh rasa syukur dan kerendahan hati, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan sumbangan. Sumbangan anda tidak hanya memberi kesejahteraan kepada mereka yang memerlukan, tetapi juga membawa sinar kebaikan dan harapan kepada ahli kariah fasa 1M khususnya.
Sumbangan anda mencerminkan kekuatan bersama dan kepedulian kita boleh membawa perubahan positif dalam kehidupan orang lain. Kita bersama-sama membina jaringan kasih sayang dan sokongan yang begitu diperlukan, terutamanya dalam keadaan yang mencabar seperti yang kita alami bersama sepanjang fasa pandemik covid.
Setiap ringgit, setiap usaha, dan setiap doa yang disumbangkan, semoga dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Kami berdoa untuk setiap sumbangan yang diberikan, semoga Allah membalasnya dengan keberkatan dan ganjaran yang lebih baik.
Sekali lagi, terima kasih atas kebaikan anda. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang anda lakukan, dan semoga kita terus bersama-sama istiqamah di dalam misi kebaikan ini.
7.0 Senarai Aset Biro Kebajikan
8.0 Senarai Pergerakan Aset Biro Kebajikan