Aplikasi Jam Solat My-Masjid
1. Pendahuluan
Alhamdulillah, Surau kita kini menggunakan Jam Info Solat My-Masjid, sebuah sistem paparan maklumat solat yang moden, mesra pengguna dan PERCUMA sepenuhnya!
Sebagai sebuah Surau kita memerlukan solusi jam solat yang menjimatkan dan menggunakan sumber yang sedia ada.
Dengan teknologi My-Masjid, pihak pengurusan Surau dapat:
✅ Menyampaikan waktu azan dan iqamah yang tepat, disesuaikan mengikut lokasi
✅ Menyiarkan maklumat poster aktiviti dan kuliah kepada ahli jemaah
✅ Menyampaikan pesanan nasihat dan peringatan berbentuk teks dan visual
✅ Mengemas kini maklumat dengan mudah dan pantas, hanya terus dari telefon pintar
2. Cara Install di telefon bimbit
Aplikasi ini dapat digunakan di telefon bimbit, hanya install aplikasi my-masjid.
Google :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.teo.mymasjid
Apple :
https://apps.apple.com/us/app/my-masjid-community/id1452575134
1.2 Selepas install aplikasi my masjid di telefon :
Untuk setting, pilih negara Malaysia, pilih bandar Beranang dan pilih Surau At-Taqwa, Fasa 1M
3. Apa yang menarik tentang Jam Info Solat My-Masjid?
Paparan maklumat boleh dilihat di skrin TV di dalam surau
Ahli kariah juga boleh mengakses maklumat terkini melalui aplikasi My-Masjid di telefon bimbit
Sesuai digunakan oleh surau yang mempunyai Unifi dan Android box tetapi bajet terhad untuk membeli aplikasi atau solusi jam solat yang mahal.
Tiada kos tersembunyi – semuanya percuma!
🧠 Sistem ini sangat membantu pentadbir surau untuk menyampaikan maklumat secara berkesan, tepat masa dan mesra komuniti.
4. Pendaftaran atau control panel
📲 Kepada surau lain yang ingin turut serta, boleh mendaftar secara percuma terlebih dahulu di:
🌟 Ayuh kita manfaatkan kemudahan ini untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kariah dan menghidupkan rumah Allah dengan ilmu dan ingatan kepada-Nya.
Time Info Screen
#MyMasjid #InfoSolat #SurauDigital #AzanTepat #MesejNasihat #TeknologiUntukUmmah #MasjidDigital
https://youtu.be/iwO8_x9ANUk
5. Maklumat
Nama Aplikasi : 🔗 https://my-masjid.com
Harga: Percuma
6. Ciri-Ciri Aplikasi my-masjid
Paparan waktu solat berdasarkan data JAKIM.
Notifikasi masuk waktu dan countdown iqamah dengan audio.
Pesanan umum dalam bentuk image atau teks tetapi terhad kepada 10 sahaja.
Paparan imej dalam format PNG dan JPG.
Maklumat semasa dalam bentuk video, tulisan bergerak, atau gambar terhad kepada 10 sahaja.
Kemaskini data solat untuk setahun dengan hanya 1 klik.
Sokongan audio azan dan iqamah yang boleh dimuatkan sendiri.
Tidak memerlukan komputer dan mudah dikemaskini.
Tiada yuran bulanan atau tahunan.
Internet diperlukan untuk memastikan aplikasi dipaparkan.
7. Penutup
Pihak surau berterima kasih kepada semua ahli kariah yang sentiasa memberikan pandangan dan penambahbaikan tentang jam solat ini. Semoga Allah memberkati niat ikhlas dan memakbulkan segala niat yang dihajati.