Berdasarkan kepada penggunaan aplikasi JomSolat mempunyai beberapa masalah, pihak Surau kini beralih menggunakan Jam Info Solat My-Masjid, iaitu sebuah sistem paparan maklumat solat yang moden, mesra pengguna dan PERCUMA sepenuhnya!
Sebagai sebuah Surau kecil kita memerlukan solusi jam solat yang menjimatkan dan menggunakan sumber yang sedia ada.
Dengan teknologi My-Masjid, pihak pengurusan Surau dapat:
✅ Menyampaikan waktu azan dan iqamah yang tepat, disesuaikan mengikut lokasi
✅ Menyiarkan maklumat poster aktiviti dan kuliah kepada ahli jemaah secara terus dari handphone
✅ Menyampaikan pesanan nasihat dan peringatan berbentuk teks dan visual
✅ Mengemas kini maklumat dengan mudah dan pantas, hanya terus dari telefon pintar
Rujuk https://sites.google.com/view/satf1m/info-aktiviti/biro-multimedia/jam-solat-my-masjid?authuser=0
1. Pendahuluan
Pada 26 Disember 2024 yang lalu, satu insiden kecurian telah berlaku di Surau At-Taqwa menyebabkan 1 unit Jam Solat TV (Aplikasi JomSolat) berasaskan Android Box yang telah digunakan sejak beberapa tahun lalu telah dicuri. Dianggarkan harga pembelian jam solat pada masa tersebut adalah lebih kurang RM2000 yang telah dibeli oleh AJK yang dilantik pada masa tersebut.
Sistem Jam Solat TV memudahkan pengurusan masa dan menyediakan maklumat tambahan kepada jemaah. Surau At-Taqwa sangat memerlukan solusi jam solat digital berasaskan Android Box bagi memudahkan paparan waktu solat yang tepat dan terkini. Buat sementara waktu, pihak Surau menggunakan aplikasi secara sementara iaitu Jam Solat TV (Aplikasi Ayuh Solat - Waktu Solat TV) untuk tempoh 3 bulan menggunakan 1 unit Android box yang telah dipinjam.
Pada 30 Disember 2024, satu kertas kerja telah dihantar dan telah mendapat persetujuan dari Pengerusi dan Timbalan Pengerusi untuk membuka peluang kepada AJK dan keluarga untuk membuat sumbangan dana terlebih dahulu. Pada 31 Disember 2024, pihak Surau At-Taqwa telah menerima sumbangan sebanyak RM500 daripada beberapa orang AJK serta keluarga yang sudi memberikan sumbangan bagi menggantikan Jam Solat TV yang hilang. Dana ini telah digunakan untuk pembelian set Android Box Jam Solat TV yang baru.
Terdapat pelbagai jenis Jam Solat di pasaran dengan harga yang paling murah bergantung kepada aplikasi dan khidmat selepas jualan. Dengan dana sumbangan yang ada, pihak surau yang diwakili oleh Ahmad Najib telah mendapatkan solusi Jam Solat TV online yang infonya boleh diperolehi melalui beberapa tinjauan yang telah dibuat.
Langkah membuat pembelian Jam Solat TV dengan harga yang lebih murah adalah bagi mengurangkan risiko kerugian akibat kecurian jika berlaku.
2. Butiran Pembelian
Nama Aplikasi : TV Solat rujuk https://www.tvsolat.com/ versi 1.0.24
Harga: RM494 (tambahan RM4 termasuk untuk Power adaptor converter)
2.1 Ciri-Ciri Aplikasi TV Solat
Paparan waktu solat mengikut zon berdasarkan data JAKIM.
Notifikasi masuk waktu dan countdown iqamah dengan audio.
Pesanan umum dalam bentuk tulisan bergerak (running text).
Paparan imej dalam format PNG dan JPG.
Maklumat semasa dalam bentuk video, tulisan bergerak, atau gambar tanpa had.
Kemaskini data solat untuk setahun dengan hanya 1 klik.
Sokongan audio azan dan iqamah yang boleh dimuatkan sendiri.
Paparan slide berhenti ketika solat dan khutbah berlangsung.
Tidak memerlukan komputer dan mudah dikemaskini.
Tiada yuran bulanan atau tahunan.
Internet hanya diperlukan untuk kemaskini data solat dan tetapan masa.
2.2 Penambahbaikan yang diperlukan untuk Aplikasi TV Solat
Pihak Surau telah dimaklumkan bahawa akan terdapat Versi Pro yang akan diedarkan melalui Google Play tetapi tiada tarikh yang diberikan.
Berikut adalah beberapa penambahbaikan Aplikasi TV Solat yang dicadangkan untuk versi akan datang dan telah dikongsikan kepada pembekal.
1. Saiz gambar tidak mengikut skala secara automatik
2. Tarikh penting kalendar Islam tidak keluar
3. Nama bulan Islam tidak mengikut ejaan sepatutnya
4. Tiada notifikasi countdown timer sebelum Azan
5. Tidak boleh membuang bunyi selepas countdown Iqamat tamat
6. Paparan muka terhad hanya kepada 2 pilihan sahaja
7. Paparan logo bertindih dengan logo jam solat.
Walaupun mempunyai asas sebagai sebuah jam solat TV yang boleh digunakan, penambahbaikan Aplikasi TV Solat diperlukan bagi menjadikan ianya sebagai sebuah jam solat TV yang mesra pengguna dan lebih menarik.
3. Pakej yang Diterima
Pakej yang diterima dengan pembelian ini termasuk:
1 Unit HD Box Solat TV
1 Unit Remote Control
1 Unit Power Adaptor (5V)
1 Unit Kabel HDMI (1 Meter)
3 Bulan Bantuan Teknikal
1 Tahun Jaminan Hardware Box sahaja bermula dari 31 Disember 2024
Support : 0125411355 (Fauzi)
Email : tvsolat@gmail.com
https://www.tvsolat.com/
4. Penggunaan Dana
Jumlah Dana Sumbangan: RM500 (Sumbangan dimasukkan terus ke Tabung Akaun Bank Surau)
Kos Pembelian Android Box: RM494
Baki Dana: RM6 (Ada di Tabung Akaun Bank Surau).
5. Penutup
Pembelian Android Box ini diharapkan dapat meningkatkan pengalaman jemaah Surau At-Taqwa dengan penyampaian maklumat solat dan Islamik yang lebih efektif. Dengan ciri-ciri interaktif dan kemudahan penggunaan, sistem ini akan menjadi nilai tambah yang besar kepada surau.
Pihak surau jberterima kasih kepada semua para penyumbang yang telah menjayakan inisiatif ini. Semoga Allah memberkati niat ikhlas dan memakbulkan segala niat yang dihajati.
Folder info : Click here
Disediakan Oleh: Ahmad Najib bin Ahmad Dahalan
Tarikh Laporan : 1 Januari 2025
6 Prosedur :
Main channel for tv solat di youtube : https://www.youtube.com/@tvsolat
Cara masuk gambar dengan telefon
https://www.youtube.com/watch?v=Wc2LVSYPpOE
2. Manual TV Solat