“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kandungan
Penghargaan Buat Semua Penyumbang
Pihak Surau At-Taqwa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang secara ikhlas telah menyumbang untuk Imarah Ramadhan 1447H.
Pihak Surau ingin mencapai sasaran sebanyak RM20,000 pada kali ini.
Terima kasih diucapkan buat semua para dermawan dan semoga Allah kurniakan ganjaran berganda buat semua.
Tabung akan dibuka untuk aktiviti pengimarahan Surau.
Terima kasih buat semua AJK yang berusaha dalam membantu melaksanakan program-program pengimarahan Surau At-Taqwa.
📢 Surau At-Taqwa Fasa 1M memerlukan sumbangan RM20,000 bagi menjayakan program Ramadan tahun 2026 ini!📢
💚 Antara program yang akan dijalankan:
🍽️ Berbuka Puasa – Berkongsi rezeki dengan jemaah yang berbuka
📖 Tazkirah Ramadan – Menambah ilmu dan keberkatan
🍛 Moreh – Hidangan selepas solat Tarawih
📜 Sambutan Nuzul Al-Quran – Menghargai mukjizat Al-Quran
🍲 Iftar Perdana – Majlis berbuka puasa bersama
🔹Setiap sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti sepanjang Ramadan dan pengimarahan surau.
💳 Cara Menyumbang:
1) Imbas QR Code Bank Rakyat
📌 No. Akaun: 1101530940
📌 Remark: Infaq Ramadan
2) 📅 Kaunter sumbangan tunai, borang tahlil arwah & kaunter khairat akan dibuka bermula 1 Feb 2025 di SATF1M.
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
📍 Encik Jasni Saaban (Bendahari SATF1M) – 017-9403839
💖 Sumbangan anda, saham akhirat yang berkekalan. Jom rebut peluang untuk menggandakan amal dengan penuh keberkatan ini!
🌟#InfaqRamadan #SurauAtTaqwa #JomBerinfaq #Ramadan1446H #SATF1M
INFAQ PENGIMARAHAN RAMADHAN 1446H
Baki sehingga 14/03/2025
PENERIMAAN
1. SumbanganTunai RM 350.00
2. Sumbangan Melalui Online Transfer RM 200.00
JUMLAH PENERIMAAN SEHINGGA 14/03/2025 RM 13,210.00
PEMBAYARAN
Jamuan berbuka harian (2/3 hingga 21/3) (RM50 per hari) RM 1,000.00
Jamuan Moreh (2/3 hingga 13/3) RM 2,210.00
Bayaran Penceramah (8/3 hingga 9/3) RM 650.00
JUMLAH PEMBAYARAN RM 3,860.00
BAKI
JUMLAH BAKI TABUNG INFAQ RM9,350.00
INFAQ PENGIMARAHAN RAMADHAN 1446H
Baki sehingga 19/03/2025
PENERIMAAN
1. Sumbangan Tunai/Online RM 1,100
JUMLAH PENERIMAAN SEHINGGA 19/03/2025 RM 14,310.00
PEMBAYARAN
Jamuan berbuka harian (2/3 hingga 21/3) (RM50 per hari) RM 1,000.00
Jamuan Moreh (2/3 hingga 18/3) RM 4,490.00
Bayaran Penceramah (8/3 hingga 18/3) RM 1700.00
JUMLAH PEMBAYARAN RM 7,190.00
BAKI
JUMLAH BAKI TABUNG INFAQ RM7,120.00
INFAQ PENGIMARAHAN RAMADHAN 1446H
Baki terkini akan dimaklumkan.
Pihak Surau masih menerima sumbangan untuk Program Pengimarahan Ramadhan tahun ini.
Nota :
Jadual takwim tertakluk kepada perubahan. Sekiranya ada perubahan, ahli kariah akan dimaklumkan melalui Whatsapp atau Facebook.
Pihak Surau At-Taqwa juga mengadakan majlis Tahlil Arwah bagi ahli kariah yang akan diadakan seperti berikut:
📅 Hari :
🟢 Khamis (Selepas solat sunat baqdiah Isyak)
🟢 Jumaat, (Selepas solat sunat baqdiah Isyak)
(Selepas solat sunat baqdiah Isyak)
Semoga dengan kehadiran kita semua, majlis ini mendapat keberkatan dan amalan kita diterima di sisi Allah SWT.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Pihak Surau At-Taqwa ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian ahli kariah mengadakan tahlil arwah di surau ini. Semoga Allah merahmati dan mengampuni mereka yang telah pergi serta memberikan ganjaran kebaikan buat kita semua.
Ringkasan Laporan
Dengan penuh kesyukuran, program Kuliah dan Ramadhan 1446H telah berlangsung dengan jayanya. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para jemaah, dengan kehadiran ramai peserta yang bersama-sama menghidupkan malam Ramadhan dengan ibadah.
Sorotan Program
Sejumlah 5 slot Kuliah Subuh dan 7 slot Tazkirah sepanjang bulan Ramadhan telah berlangsung.
Ucapan Penghargaan
Pihak Surau At-Taqwa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program ini, terutamanya kepada para jemaah yang hadir serta para penyumbang Tabung Ramadhan 1446H. Sokongan dan sumbangan anda amat dihargai dan semoga mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memperkukuhkan ukhuwah Islamiah dan meningkatkan kecintaan kita kepada ibadah di bulan Ramadhan.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, dan salah satu amalan yang sangat dianjurkan adalah memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barang siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibn Majah)
Bagi pihak Pengerusi dan ahli jawatankuasa Surau At-Taqwa, kami dengan penuh rasa hormat menjemput seluruh ahli kariah dan semua untuk bersama-sama dalam IFTAR PERDANA SURAU AT-TAQWA.
Butiran :
📅 Tarikh : 18 Mac 2025 (Hari Selasa)
⏰ Masa : Bermula dari jam 6:30 petang
📍 Lokasi : Surau At-Taqwa
Antara Program Pengisian :
✨ Berbuka puasa bersama dalam suasana ukhuwah dan keberkatan
✨ Solat sunat Tarawih dan Witir diimamkan oleh Ustaz Ahmad Shakil
✨ Tazkirah Ramadan sempena Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Ahmad Shakil
Kami juga amat mengalu-alukan sumbangan kuih-muih dan buah-buahan daripada ahli kariah.
Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat kita semua.
Jom hadir dan sebarkan jemputan ini! Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.
#IftarPerdana #SurauAtTaqwa #KeberkatanRamadan #TazkirahNuzulQuran
🌙 Laporan Ringkas Iftar Perdana Surau At-Taqwa 🌙
Alhamdulillah, IFTAR PERDANA SURAU AT-TAQWA telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Mac 2025 dengan sambutan kali ini yang cukup baik. Kehadiran lebih 80 ahli kariah, termasuk AJK dan ahli keluarga kariah Fasa 1M.
📌 Antara pengisian majlis:
✅ Majlis tahlil ringkas dipimpin oleh Imam 1, Encik Suhaimi
✅ Ucapan aluan & terima kasih buat semua yang memberikan sumbangan dan menyokong aktiviti pengimarahan Ramadhan 1446H oleh Pengerusi Surau
✅ Kehadiran jemputan khas Setiausaha MKKRH, Tuan Fazil
✅ Jamuan berbuka puasa ringan & hidangan utama Nasi Kukus Briyani Padu (100 pek)
✅ Solat Isyak, Tarawih & Witir diimamkan oleh Ustaz Ahmad Shakil
✅ Tazkirah Ramadan sempena Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Ahmad Shakil
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang kuih-muih dan buah-buahan serta semua yang hadir. Semoga segala amal diterima Allah SWT dan Ramadan ini membawa keberkatan buat kita semua.
🤲 Teruskan menyokong aktiviti surau!
#IftarPerdana #SurauAtTaqwa #KeberkatanRamadan #UkhuwahIslamiah
🌙 Laporan Pelaksanaan Solat Tarawih & Witir Ramadhan 1446H 🌙
Alhamdulillah, bagi mengimarahkan Ramadhan 1446H, pihak Surau At-Taqwa telah melantik imam tetap seramai 3 orang secara bergilir-gilir bagi memimpin Solat Tarawih & Witir sepanjang bulan mulia ini.
Sebagai penambahbaikan, kami juga menjemput Imam Jemputan yang terdiri daripada Ustaz terpilih untuk menyampaikan Tazkirah ringkas selepas Solat Sunat Tarawih.
Jika terdapat Imam Jemputan, keutamaan akan diberikan kepada mereka untuk memimpin Solat Tarawih.
📖 Bacaan Solat Tarawih:
✅ Bermula dari Surah Al-Baqarah dengan kadar setengah muka surat Al-Quran bagi setiap rakaat.
✅ Khusus hari Khamis & Jumaat, bacaan akan diambil dari Surah Al-Kahfi bagi menghidupkan sunnah dan menambah keberkatan.
Jadual imam bertugas tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Semoga usaha ini membawa lebih keberkatan dan kekhusyukan dalam beribadah.
🤲 Para ahli kariah adalah dijemput hadir bersama keluarga dan menikmati kemuliaan Ramadhan dengan penuh keikhlasan!
#SolatTarawih #ImarahkanRamadhan #SurauAtTaqwa #TazkirahRamadhan
Tadarus Al-Quran sempena Ramadhan telah bermula pada 2 Ramadhan 1446H sehingga khatam
Dari tahun ke tahun, jumlah peserta Tadarus semakin bertambah dan boleh dikatakan hampir setiap hari aktiviti Tadarus sentiasa diadakan. Peserta akan membaca sekurang-kurangnya 1 mukasurat.
2 Sesi Tadarus diadakan pada setiap hari seperti berikut :
1) Selepas solat Subuh
2) Selepas solat Tarawih
📖✨ Jemputan ke Majlis Khatam Al-Quran ✨📖
🌿 Bagi Pihak Surau At-Taqwa, kami ingin menjemput seluruh ahli kariah Fasa 1M dan semua ke Majlis Khatam Al-Quran, Ramadhan 1446H.
📅 Tarikh : Khamis, 27 Mac 2025
Untuk makluman, malam ini merupakan malam ke 27 Ramadhan
🕰️ Masa : Selepas Solat Sunat Baqdiah Isyak
📍 Lokasi: Surau At-Taqwa
📜 *Keutamaan Majlis Khatam Al-Quran:*
"Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, membaca Kitabullah (Al-Quran) dan saling mempelajarinya, melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka di sisi makhluk yang ada di sisi-Nya."
(Hadis Riwayat Muslim)
🤲 Mari bersama meraih keberkatan dan rahmat Allah!
📢 Dijemput semua Muslimin dan Muslimat hadir.
#malamlailatulqadar#10terakhir#andaikaniniramadhanterakhir#pahalakhatam#ganjaranseribubulan
Program Moreh Ramadhan 1446H di Surau At-Taqwa akan diadakan setiap malam sepanjang bulan Ramadhan selepas solat Tarawih.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama jemaah sambil menikmati hidangan ringan yang disediakan.
Diharapkan program ini dapat menyuburkan semangat kebersamaan serta menambah keberkatan dalam ibadah kita sepanjang bulan yang mulia ini. Semua jemaah dijemput hadir untuk bersama-sama menikmati juadah yang disediakan.
Pada 8 Mac 2025, pihak Surau menyediakan sendiri juadah Moreh Kari Kambing
Kaunter bayaran zakat akan dibuka pada hari-hari tertentu pada malam di bulan Ramadhan selepas solat Tarawih.
Ini memberi kemudahan kepada ahli kariah untuk menunaikan zakat fitrah secara langsung kepada amil yang dilantik.
Tahun ini, bagi memudahkan urusan dan mengurangkan penggunaan kertas, resit zakat fitrah akan dihantar melalui WhatsApp ke nombor telefon pembayar zakat.
Terima Kasih kepada Para Dermawan
Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadan 1446H, Surau At-Taqwa telah menerima pelbagai sumbangan daripada individu dan organisasi yang budiman. Sokongan ini amat bermakna dalam usaha kita menyemarakkan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki di bulan yang penuh keberkatan ini.
Antara sumbangan yang telah diterima:
✅ 16 Mac 2025 – Sumbangan 500 pek kurma daripada seorang Hamba Allah.
✅ 19 Mac 2025 – Sumbangan sebanyak RM15,500.00 daripada Bank Rakyat.
✅ 21 Mac 2025 – Sumbangan 50 pek bubur lambuk daripada Klinik Famili.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan bantuan. Semoga Allah membalas segala kebaikan ini dengan ganjaran yang berlipat ganda dan memberkati rezeki serta kehidupan para dermawan sekalian. Aamiin. 🤲🏼✨
#TerimaKasih #Ramadan1446H #SumbanganIkhlas #KeberkatanRamadan
Sumbangan 500 pek kurma
Sumbangan sebanyak RM15,500.00
Sumbangan 50 pek bubur lambuk
Ringkasan Laporan
Tarikh : 23 Mac 2025 (Ahad)
Tempat : Surau At-Taqwa, Fasa 1M
Masa : 4:00 pagi – 7:30 pagi
Dengan penuh kesyukuran, program Qiyamullail Perdana Ramadhan 1446H yang diadakan di Surau At-Taqwa telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Mac 2025. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para jemaah, dengan kehadiran ramai peserta yang bersama-sama menghidupkan malam Ramadhan dengan ibadah.
Aturcara Program
3:50 pagi – Ketibaan peserta
4:00 pagi – Bermulanya Program Qiyamullail Perdana
5:30 pagi – Program Bersahur
6:15 pagi – Solat Subuh berjemaah
6:45 pagi – Kuliah Subuh
Sorotan Program
Program ini dimulakan dengan solat tahajjud, taubat serta hajat dengan bacaan Al-Quran serta doa munajat yang dipimpin oleh imam jemputan, Al-Fadhil Ustaz Muhamad Husaini.
Lebih kurang 30 ahli kariah telah menyertai program kali ini.
Selepas itu, para peserta menikmati hidangan sahur yang disediakan oleh pihak surau.
Selepas solat Subuh berjemaah, program diteruskan dengan kuliah Subuh yang disampaikan oleh juga imam jemputan, Al-Fadhil Ustaz Muhamad Husaini. Kuliah tersebut memberikan pengisian yang bermanfaat mengenai keutamaan menghidupkan malam-malam akhir Ramadhan.
Ucapan Penghargaan
Pihak Surau At-Taqwa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program ini, terutamanya kepada para jemaah yang hadir serta para penyumbang Tabung Ramadhan 1446H. Sokongan dan sumbangan anda amat dihargai dan semoga mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memperkukuhkan ukhuwah Islamiah dan meningkatkan kecintaan kita kepada ibadah di bulan Ramadhan.
Sekian, terima kasih.
Alhamdulillah! Seramai 39 penerima bantuan telah menerima sumbangan sempena Hari Raya hasil tajaan Bank Rakyat, dengan kerjasama Surau At-Taqwa Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma.
Majlis penyampaian bantuan disempurnakan oleh Penolong Pengurus Bank Rakyat, Ustaz Wan Mohd Sharizan, yang turut berkongsi keprihatinan terhadap kesejahteraan komuniti kita.
Tahun ini, Bank Rakyat telah menyumbangkan sebanyak RM10,500, meneruskan tradisi kebajikan buat tahun ke-5 berturut-turut.
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha baik ini dan menjadikan Bank Rakyat terus cemerlang sebagai Institusi Kewangan Islam yang prihatin kepada masyarakat.
🌟 Jom teruskan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki demi kebahagiaan semua! 🌟
#PrihatinBersama #BankRakyat #BantuanHariRaya #KongsiRezeki #Kariah1M