29 Ogos 2025 : Program Gotong Royong Merdeka EKSA telah berlangsung dengan penuh meriah di kawasan Parking PSA Sports Arena, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pada pagi tadi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian Lagu Negaraku serta aktiviti senamrobik EKSA yang menceriakan suasana. Seterusnya, seluruh warga PSA berganding bahu menjayakan aktiviti gotong-royong di 15 Zon EKSA melalui Program KUDAH (Kutip Sampah Sambil Beriadah).
Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan di samping menggalakkan amalan kebersihan, meningkatkan keceriaan persekitaran serta mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif dalam kalangan warga PSA.
6 Januari 2025 : Slot Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PSA bertemakan "MHS Fun Run" yang disempurnakan oleh pengarah PSA Puan Zainah Rujihan.